Friday, November 7, 2014

First Time berjauhan dengan anak2 dan suami

Assalamualaikum korang,

I pergi Langkawi minggu lepas atas urusan kerja n minggu ni ke lumut 4 hari plak atas urusan kerja lagi..

The last time I datang Langkawi masa umur I 4 tahun, masa tu datang dengan mak ngn ayah je. Adik, Imran masa tu baru umur 6 bulan camtu kot, So mak tinggal dia dengan tok dekat Penang.
Masa tu datang join trip family day office my parents.

Sekarang ni I datang bawa students tgk batu. Langkawi kan di isytiharkan sebagai Cambrian Geopark. Cambrian tu refer kepada Geological Time Scale lebih 485,000 hingga 500,000 tahun yang lalu.. Bermakna batu2 kat Langkawi ni kebanyakkan nya terbentuk pada 500, 000 tahun yang lalu lah. Batu yang sama tu jugak la menjadi saksi segala peristiwa dekat Langkawi termasuk kemahsyuran Mahsuri, kematian Mahsuri, sumpahan Mahsuri terhadap Langkawi dan sehinggalah ke hari ni..

Sebenarnya, I rasa seksa betul ikut field work ni. Bukan seksa kena jaga students and panjat bukit batu etc. Tapi ni seksa sebab ini la first time I berjauhan dengan anak-anak & suami. I pernah sekali jer tinggalkan Ilyaas sebab I pergi hospital bersalinkan Imani.

Dengan Imani memang tak pernah walaupun sehari I berenggang dengan dia. Seksa betul rindukan anak-anak ni. Ikutkan hati I rasa nak amik flight balik Penang malam ni, pastu mintak my parents send me to my house in Perak or my husband drive bawa anak2 datang Penang. Tapi mcm ridiculous pulak idea tu. Lagipun tak kan I nak tinggalkan students I balik alone takde lecturer perempuan iring perjalanan dorang plak..

Sepanjang kat Langkawi beberapa hari, I sempat la jugak borong coklat mcm2.. Memang murah sesangat la.. Corelle pyrex segala tu I just survey2 jer tak beli pon. Tunggu la bila dah bersedia nanti baru beli.

btw in between ke Langkawi n ke Lumut dpt la gap 2 malam dpt tidur dgn anak2..dpt la kurangkan rindu ni..Imani memang nmpk cool je memula jumpa tapi time nak tido dia mula menangis tersedu2 n protes xnak ayah dia..nk umi je tp bila I pegang dia still menangis..so obvious yg dia marah n pendam rasa rindu dlm hati dia..spnjg 4 hari i xde kat rumah husband ckp anak2 xberapa nak makan..tp xla menangis cari umi dorang..

esok nak pergi lagi 4 hari 3malam...sobsssssss..ikut hati xnak pergi xnak tnglkan anak2 and husband...tp dh kerja ada tanggungjawab kena la jugak pergi.moga semuanya dipermudahkan...

thank u so much to my husband tlg handle anak2 while Im away..love u abang...

4 comments:

  1. i belom penah berjauhan dgn anak-anak. even i ni makcik2 gomen i sedaya upaya cari kursus yang dalam pejabat je utk cukupkan kuota 7 hari hahahaha. adoi camne la kalo kena kursus/outstation luo ni. huwaaaa seriau!

    ReplyDelete
  2. Ish.camne la akk nk tgglkan aish ni..
    Huhuhu..
    Aish lagi dasat dia xlena tido sgt kalau akk xd sebelah..n tak dpt netek..huhuhu

    ReplyDelete
  3. selalu rasa terharu baca cerita cerita macam ni..buat rasa macam nak ada family pulak walaupon rasa mcm jauh lagi benda tu.. hee.. saya org manjung, mmg lumut tu tempat kami melepak la..dtgla malam2..cantikkkk..langkawi dah pergi 2 3 kali jugak..suka pergi tempat mahsuri tu...rasa mistikal betul..

    P/S : Jom sokong segmen pertama kami! >>> Segmen Blogwalking bersama AfifahAddnan dan Amiez

    ReplyDelete
  4. Salam. Hee sungguh seronok ke langkawi.

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...