Thursday, January 22, 2015

Imani Hafiyya is Two


Assalamualaikum semua, 


I bersiaran kembali hari ni. Dengan tujuan nak update pasal birthday anak dara kesayangan I tu. 
Cik Imani Hafiyya kita dah berusia 2 tahun semalam, 21 Januari 2015. 

Alhamdulillah. Of course, ayat cliche mak mak kan, kejap je anak dah besar. Memang pun, rasa mcm baru je sakit nak beranak kan budak ni, tibe2 dia dah 2 tahun (cliche lagi), dah xsuka berdukung sekarang ni. Bukan main sekarang ni anak dara sorang ni, makin menjadi jadi tunjuk taring kenakalan dia. Al maklumlah, Terrible Two gitu. Umi ayah dia redha je la melalui fasa ni dengan penuh kesabaran. 

Sempena birthday Imani yang kedua, I order cheese cake sebijik. Last minit order sebab plan nak beli terus kat kedai, tp pikir pikir, mcm kena bagi tema sikit la (walaupun tak berapa nak bertema sgt) untuk si kecik yg minat Princess Sofia. Nak order kek princess sofia mmg tak sempat dah, so order kek yg warna purple white. At least masuk theme kaler la. Print A3 poster gambar Imani ngn Princess Sofia lekat kat dinding. 
Dah jadi la mcm tu je celebration kami anak beranak. Cukup sekadar ingatan. 


Budak excited tengok birthday cake sendiri. 
Segan2 dia nak tiup lilin tu.. 
Last2 dia tak tiup lilin pon, dia cubit kek tu makan dengan jari terus. 
Nak suruh dia pakai night gown Princess Sofia, baru kena tema, tp dia dah nekad pilih nak 
night gown frozen pulak semalam. Belasah je la. 



Lepas sessi makan malam (kek tu xde sapa pon makan, hahahah), baru bagi hadiah. 
Part ni Imani excited, Abang Ilyaas pulak start ngamuk sebab dia kata dia x dapat hadiah. 
Padahal dah belikan lego Ironman yg ciplak kat dia. 
Dua beradik ni memang kurang sikit rasa nak berkongsi mainan sesama dorang. 


Berapa kali Ilyaas dok pujuk adik dia nak main kejap mainan baru adik. 
Adik pon dah pandai tak nak share dengan abang dia. 
haiyaaa, pokai la umi kalau setiap kali beli mainan nak kena beli 2 set utk korang. 
belajar la sharing2 anak2 ku sayang..




Ni la hadiah Imani.. Shopping cart. 
Kemain dia tolak keliling rumah. 
Si Abang pon bukan main jelez. Bila adik bagi chance dia tolak, 
kemain sengih sampai telinga, bawa trolley tu mcm mat rempit sampai bertabur buah buah kat dalam tu.. 

Alhamdulillah, walaupun tak de celebration besar besaran, at least ada few pictures and cake for her to remember. Umi sayang sangat2 kat adik tau. 

Ayah pun sayang adik sangat2.. 
Abang Yash pon sayang adik sangat2. 

Adik nnt besar jaga diri elok2 kay. 

Love you sayang..

XOXO

Umi

2 comments:

  1. Sedapnya nama Imani Hafiyya...happy birthday sweetie...;)

    ReplyDelete
  2. hadiah imani and yash ada lagi ni kat rumahhhh sobs

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...