Assalamualaikum
Dah lama tak share apa2 pasal makanan kan. Walaupun tak share, tuan blog ni membesar dengan jayanya. sebab suka sgt makan sekarang. Sebab suka sgt makan sekarang, petang ni decide untuk buat banana muffin. Ada dua sebab kenapa buat banana muffin hari ni. Firstly sebab 2 hari lepas kawan upload dia buat banana choc chip muffin. Secondly sebab mmg beli pisang pon dekat pasar tani semalam. So, dari biar pisang tu x dimakan (sebab ada beli buah buahan lain jugak), baik guna buat something else. Terhasil lah ini..
Caramelized Banana Muffin
Resepi asal dari google and terus directed to Azie Kitchen
I memang follow resepi dari blog Azie Kitchen ni je sbb mudah, but I omit choc chip coz takde dalam fridge.
Bahan-bahannya;-
Bahan A:
1 cawan pisang lecek - saya guna pisang emas
1 cawan gula kaster (200 g) - kurangkan 180g
125 g mentega
1 sudu kecil bicarbonate soda
2 sudu besar susu segar (I used more dalam 4 sudu)
Bahan B:
3 biji telur size B
Sedikit assen vanila
1 1/2 cawan tepung gandung diayak (kalau ada tepung naik sendiri lagi mudah)
1 sudu kecil ovalet (optional)
Mula-mula, lecek pisang.
Then, masukkan semua Bahan A dalam periuk dan cairkan atas api.
Kacau sampai semuanya cair dan mendidih (berbuih).
Teruskan kacau sampai buih2 hilang dan adunan mendap.
Sejukkan.
At the same time, pukul telur hingga kembang dan masukkan sedikit assen vanila.
Masukkan adunan bahan A dan gaul sebati.
Then campurkan adunan tepung sedikit demi sedikit and gaul.
Tak perlu guna mixer. Just guna senduk untuk menggaul.
Once dah sebati, boleh panaskan oven ke suhu 180 degrees celcius.
Bakar selama 20 minit.
Rasa moist kat dalam and crunchy di luar.
Kalau suka boleh tambah choc chip or almond or walnut jugak.
Selain bakar, saya try jugak guna pengukus.
Rupa adunan yang dikukus. Tak berapa cantik sbb shape dia lari.
Tapi rasa nya ok, lembut mcm apam.
Bagi yg jenis suka kuih muih tradisional, mungkin lebih suka jenis yg dikukus ni.
I like both of them. hahhaha
kan suka makan.
comparison warna dan tekstur muffin kukus dan bakar
I kukus guna pengukus from Tupperware ni je,
my cute steamer. I suka sgt2.
rasa nye ni antara investment yg I buat melalui Tupperware and sgt2 berbaloi.
Yg jenis 3 tier warna purple ni limited edition, RM66 je I beli.
Kalau tak warna merah, 2 tier RM80.
Sejak dua menjak ni, dah terjebak dengan barang2 Tuppy dah...
Nampak sangat usia di penghujung 20an dah ni..
Pikir pasal pinggan mangkuk, periuk belanga dan seangkatan dengannya.
Untuk kukus ni pun, I kukus selama 20minit. Patutnya I kukus dalam bekas buat agar2 individual or buat apam, so shape tak lari. tapi lupa nak keluarkan :D
Well, untuk Banana Muffin ni, I rasa boleh la korang nak cuba resepi ni (heheheh ada ke nak cuba?)
Sebab mudah dan menjadi...
Warna gelap sikit tapi rasa well done...Puji diri sendiri....
Boleh jadi bekal untuk anak-anak ke sekolah, and
bekalan untuk alas perut diorang sebelum dinner too.
Selamat Mencuba dan Selamat Menjamu Selera!
No comments:
Post a Comment
Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...