Assalamualaikum,
Patutnya up entry ni sebulan lepas. Sambutan hari lahir Ilyaas Hafiy Abdul Halim yang ke 5.
Maaf sayang, umi lambat update kat sini. Tapi sambutan dah kita buat on your 5th birthday.
Tahun ni hari lahir Ilyaas jatuh pada hari Jumaat. Penghulu segala hari. Weekend sebelum tu, umi bawa Ilyaas ke kedai kek. Kita tempah kek. Ilyaas pilih nak gambar BoboiBoy tahun ni.
Tahun lepas Ilyaas requested for Spiderman Cake.
Alamak, sebak bila baca balik all the previous years of his birthdays' celebration. sobs2...besar mcm mana pun anak sulung umi ni tetap akan jadi baby di mata hati umi. You are always my first love sayang. No one can't deny that.
Umi doakan semoga Ilyaas panjang umur dah sihat selalu.
Kek birthday Ilyaas untuk yang ke-5 tahun.
Kek biasa je, Ilyaas sendiri pilih nak kek sponge dan perasa pandan.
Such a big boy taste. Ingatkan dia nak coklat or something more fancy.
Actually kami tak celebrate di rumah pon. Just beli kek dan hantar ke taska tempat Ilyaas belajar dan diasuh. Ambil kek pukul 3 ptg dan terus hantar ke taska. Dorang makan kek untuk minum petang.
Gambar2 ni semua di wassap oleh teacher Ilyaas. Terima kasih banyak2 tlg snapkan picture on behalf. Happy umi tengok muka anak umi so excited nak potong kek. Kawan2 nyanyi lagu birthday lagi untuk dia. Alhamdulillah, little things that made him happy kid.
Tengok la muka tu control handsome. Tgh tahan malu tu sbb dia jadi center of attraction for that day.
Comot-comot makan kek.
Sedap sgt eh sayang?
Lupa nak pesan kat teacher Ilyaas untuk simpan sepotong buat Imani.
Petang tu Imani tertanya tanya mana kek abang yash. rupanya dah habis.
Sebab Imani tak stay at the same taska with Ilyaas, so dorang tak berjumpa pon sepanjang hari.
A little bit on Ilyaas' progress for 5 years old,
Yes, sebelum birthday dia kali ni, Ilyaas admitted di Hosp. Pantai Ipoh atas sebab Influenza B dan mild pneumonia. Kisah nya di sini.
Umi dan ayah redha dengan keadaan ni. Ilyaas memang kurang sikit sistem imunisasi compare to Imani. Bukan sebab umi tak follow vaksin plan ke apa, mmg umi x pernah skip malah ambil vaksin tambahan untuk anak2 umi. Tapi sudah ketentuan Allah pada Ilyaas. Mungkin juga sbb Ilyaas lahir at 37 weeks.belum betul2 matang, wallahualam. Mungkin juga sebab umi mengandungkan Imani time umi tgh breastfeed Ilyaas and had to stop breastfeeding you earlier compared to the duration I feed Imani. So, you have less immune from my milk, wallahualam.
Apepun, sekiranya kekurangan tersebut berpunca daripada umi, umi mintak maaf sgt2 ye sayang.
Skrg pun Ilyaas mmg mudah batuk dan selesema.
Kalau main sukan/berlari/berbasikal, Ilyaas mudah kena exercise induce astma...kata doktor, sebab Ilyaas mmg menunjukkan tanda2 ke arah asma tp tidak terlalu serius.. Umi doakan tidak akan serius sampai bila2 dan boleh sembuh as you grow older.
Pada usia 5 thn, Ilyaas dah boleh membaca buku bahasa melayu dengan agak lancar. Am so proud of you. Basic english words pon dah boleh, tp masih perlu polish. Ilyaas dah boleh mengira, simple matematik such as tambah and tolak. tapi masih polish lagi untuk pengiraan tolak.
Umi tak paksa Ilyaas belajar, tp Ilyaas suka belajar. Ada hari rasa nak main lego or tengok TV je umi tak halang pon...
Ilyaas pon dah pandai naik basikal tak ada roda dua kat tepi tu. Inspirasi from cousin di Johor.
Skrg ni Ilyaas banyak tolong umi. Boleh lah diharap.
Umi doakan semoga Ilyaas membesar sihat dan cemerlang dunia dan akhirat.
Moga Ilyaas menjadi bekalan umi dan ayah nanti.
Begitu jugak untuk Imani dan adik IH3...
Love you sayang...
No comments:
Post a Comment
Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...