Tuesday, December 20, 2016

Gunung Lang Recreational Park, Ipoh

Assalamualaikum wbt, 

Semenjak pindah ke Perak ni, kitaorg x rajin lagi explore Bandaraya Ipoh. Jadi, dlm bulan 11 aritu, kami berkesempatan keluar jalan2 sekitar Ipoh. Kitaorg pergi ke Taman Rekreasi Gunung Lang, yg terletak tak jauh from exit PLUS highway. Actually dari arah KL-Utara, boleh nampak signboard Gunung Lang. 




Kawasan Gunung Lang ni terletak di kawasan batu kapur, tinggalan lombong bijih timah. 
dah beberapa kali I datang sini bawa students tengok batu dan buat kajian struktur. Tapi dtg dengan anak2 sekali belum pernah. Untuk Ilyaas pulak, dia pernah datang dengan lawatan Tadika Kemas tahun 2015. 





Kali ni dia berkesempatan bawa boat sendiri. 
Seronok bukan main dia ...





Cantik kan view background tu. 
Kat sini, kalau nak ke kawasan taman, kena naik boat. tp boat ni boat biasa2 je. 
seriau jugak nak naik sbb tak de ciri2 keselamatan yg kuat untuk boat ni. Semua penumpang tak pakai pon jaket keselamatan. 
tp boat ni dipandu perlahan2 je. 

Tasik buatan ni of course la agak dlm sbb bekas lombong. huhu..
dlm tasik ni banyak ikan, termasuk ikan keli. besar2 pulak tu. 
boleh beli makanan ikan yg dijual kat sini utk bagi ikan makan. 

harga tiket untuk naik boat di sini ialah

Rm3 utk dewasa with my kad. 
Rm1 untuk kanak2 with my kid
harga tiket untuk to and fro. 

Nak naik boat tu, tunggu je dekat jetty. Sampai the other side, boleh jalan2 dulu dkt situ. 
Ada jugak family yg bawa bekal makanan untuk berkelah kat kawasan taman. 

Ada playground besar untuk budak2 bermain, then ada perkidmatan sewa basikal untuk mereka yg nak beriadah dgn basikal. Selain daripada tu, ada beberapa ekor rusa and burung unta yg di pelihara dekat taman ni...Ilyaas and Imani agak teruja jugak la tengok rusa dan burung unta berlari2...




Dalam taman ni dorang bina beberapa buah replika rumah kampung tradisional. Boleh kita tinjau2 tengok tp rumah replika ni kosong je. 




With my permata hati..
Ilyaas Hafiy 5yrs9m
Imani Hafiyya 2yrs11m
Iyaadh Hafiy 6m


Abang Ilyaas dan Kak Imani buat inspection untuk setiap rumah replika yg ada


Dengan rusa


untuk lepak dan riadah di kawasan taman ni takde had masa.. 
Nak duduk situ dari pagi sampai petang pun takpe.. 
Rasa dah bosan nak balik ke seberang, tunggu je dekat jetty, dan bila boat sampai boleh naik. 
Harga tiket tadi, dah include pergi dan balik. 


Sebelum balik, kami bergambar dengan waterfall buatan dekat bawah signboard Gunung Lang. 

Air terjun buatan ni tak dibuka sepanjang masa. Setiap 2 jam je dia buka..




Hubby and the kids
berlatar belakangkan outcrop batu kapur.






No comments:

Post a Comment

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...