Friday, February 3, 2017

Imani Hafiyya 4th Birthday

Imani Hafiyya dah 4 tahun sekarang. Alahai, budak kecik ni, makin menjadi manja dia. 
Sebabkan dia sorang je girl, mmg kuat la mengamuk, menangis and merajuk. 

Buat masa ni, nampak Imani ni agak dominan. Abang dia slalu kena mengalah. Bukan kata abang dia je, umi dengan ayah dia pon kena mengalah. 

Apepun budak kecik ni tetap menjadi kesayangan kami. Anak sendiri kan, tak kan tak sayang. heheh

So, birthday Imani kali ni mmg I dh plan awal. Sebab tak nak last minute baru nak order kek, pastu tak puas hati sbb x dapat kek yg cantik and rasa yg tak sedap sangat. Kali ni I survey home -based bakery sekitar seri iskandar dan decide utk order dari Pastri Love Bakery. 




Imani plak request nak celebrate dengan kawan-kawan dekat taska. 
Jadi, I kaw team dengan teachers dia utk bawa kek waktu makan pagi kat sekolah, around 9.30 am. 



Imani mesti la suka, tersenyum simpul sorang2 bila tengok umi datang bawa kek, and goodies bag ke taska dia. Teachers pon sporting, siap tolong deco kan sikit2 kat taska tu nak bagi ada feeling birthday party.  

Imani requested untuk kek tema My Little Ponny. 



I helped her to cut the cake. Thank You teachers tolong ambilkan gambar. 
Tolong decorate kat belakang tu. 
And siap bakarkan kek coklat extra untuk Imani dan kawan-kawan dia. 


Sayang princess umi. 
Walaupun hari2 kita bertengkar bertekak. 
I still love you baby busuk. 


The cake was very thick and yummy actually. 



Selain kek, I dah orderkan air minuman laici yg dah di pack untuk birthday Imani. 
I order from hanagift_penang (Instagram). 
Satu bekas air mcm yg Imani tgh minum tu RM1 je you all. And ni product bumiputra. 
Kilang air ni kat Kg. Gajah Perak, so masa I order tu, supplier hantar terus ke rumah dari kilang sebab tak jauh sgt from my home. I just contact dengan Puan Farah dari hanagift_penang. 



Kek Birthday Imani yg ke-4. 
I sgt berpuas hati dengan kek ni. Sebab decoration cantik. 



Rasa pun sedap. Kek choc indulgence. 
Rasa almost sama dengan secret recipe tp tak terlalu manis. 
Cream dia mcm ice cream. 


And sangat tebal too! 

RM80 je with our personalized decoration. 



untuk birthday Imani yg ke -4 ni, I ada sediakan goodies bag jugak. 
Buat sendiri je. Print Sticker dan tampal dekat paper bag ni. 



Dalam setiap paper bag ada jajan for the kids and one ruler yg boleh lukis2 corak. 


Disebabkan birthday girl request theme my little pony, I pon just amik sticker my little pony yg ada dkat rumah and tampal je kat blakang goodies bag ni. Jimat sbb Imani dah banyak buku colour and sticker my little pony. 

Untuk birthday yg ke 4 ni Imani dapat hadiah soft toy Zirafah sebab dia sndiri pilih. Lupa pulak nak snap gambr Alex, Zirafah Imani tu. 
Alex tu sama besar dgn Iyaadh.... Malam2 Imani peluk Alex .. 
Lepas tu dia panjat katil umi dgn ayah, tolak ayah ke bawah and tidur sebelah ketiak umi..

that is my four years old girl. 

Balik nnt jgn ajak umi bertengkar ok!

Love you sayang. 

Semoga jadi anak solehah penyejuk mata umi dan ayah. 
Moga anak umi dan ayah terang hati dan sentiasa dilindungi Allah walau dimana jua berada. 

Sedikit update tentang progress dan milestone Imani pada usia 4 tahun ni:-


  • Imani dah berjaya membaca buku anakku jilid 1. sekarang dah masuk ke buku kedua. Terima kasih teachers yg tak jemu mengajar Imani. 
  • Imani dah fully diaper free since 3 tahun. Dan menjelang hujung 3 years haritu, dia dah tak pakai pampers untuk tidur. Lega sikit. 
  • Very helpful dekat rumah, rajin menolong. Lipat baju, jemur baju, kupas kulit bawang. 
  • Sangat suka minum susu Fresh Milk. Totally off from bottle feeding since 3 years old +. Susu Dugro minum sekali sekala dalam cup. 
  • Sgt suka cakap merapu, sebab dia rasa dia buat lawak dan adik dia akan gelak bila dengar kakak cakap merapu. Merapu here means cakap bahasa yg kitaorg tak faham, sort of her baby+ toddler talk gitu. 
  • Suka merajuk, menangis dan sebagainya. Tak boleh tegur nnt hati tisu. 
  • Salah cakap je, dia ingt kita marah dia. 
  • Suka menjawab! eeee geram sgt. rasa nak cubit bibir tu. Tak padan kecik dia punya menjawab saja nak bakar umi dengan ayah... 
hey, okaylah, nnt sambung lagi. 

No comments:

Post a Comment

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...