Friday, April 27, 2018

Langkawi 2018 Day 2- Makam Mahsuri

Assalamualaikum.. 

Now baru nak sambung entry for cuti2 kat Langkawi masa school holiday March haritu. 

Lepas makan tgh hari, kitaorg gi Makam Mahsuri. 

Location Makam Mahsuri ni dekat Mukim Ulu Melaka. 

Kalau google, harga tiket masuk untuk adults RM7, but actually dah naik harga, for adults with MyKad is RM12. 

Sekeliling kawasan Makam Mahsuri ni, ada banyak gerai2 jual souvenir and jual makanan ringan. nak beli souvenir kat sini pon boleh , tapi I am not sure la harga dia mcm mana sebab kitaorg mmg x beli any souvenir Langkawi bawa balik pon this time around. 

What's inside the Makam Mahsuri complex? 

Sepanjang dari pintu masuk ke betul2 perkuburan mahsuri tu, kena jalan dalam kawasan indoor. ada pameran cara hidup orang melayu di Langkawi pada zaman Mahsuri. Macam mini muzuim la. 

dalam tu pon ada 2-3 stalls jual souvenir. 

Keluar dlm kawasan berbumbung, terus ke Makam Mahsuri. 

sebelah makam tu ada banyak rumah tradisional Melayu yg menunjukkan suasana perkampungan Melayu masa dulu. boleh naik atas rumah2 tu. 


Ni rumah penghulu. yg paling besar dan dijadikan muzium. 



dekat atas rumah penghulu

Ilyaas dgn Imani seronok jugak la kat sini sbb dorg mmg x pernah pon merasa duduk kat perkampungan melayu yg real betul2 pakai atap nipah etc. 

Lepas keluar masuk rumah2 tu, kitaorg ke Perigi Mahsuri. 

Air dia sejuk of course la sbb from sumber bawah tanah kan. 

Ada banyak kisah kata air perigi ni berkhasiat, dan sebagainya. Wallahualam. 




Kawsan sawah padi dekat belakang perigi tu. cantik, cuma dah lepas musim menuai sekarang ni.


Tak jauh from perigi tu ada jualan kuih tradisional melayu macam loyang and karas. 
I beli la sikit nak rasa. Sedap! 
Sangat sedap. menyesal pulak beli sikit. 



Berdepan dgn stalls ni ada kawasan dewan utk pertunjukkan majlis berendoi. i xsure timing utk pertunjukkan tu pukul berapa. 

Lepas settle kat bahagian outdoor, kitaorg masuk balik ke indoor side of the complex. continue mcm muzium style and ada pementasan (yg ditayangkan kat tv) tentang penceritaan semula kisah hidup Mahsuri etc. ok jugak la, bila dah tgk pementasan tu, Ilyaas dah tak tanya banyak soalan sbb dah terjawab from the video itself. heheheh. 


Utk yg sukakan sejarah, sesuai la pergi sini. 


No comments:

Post a Comment

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...