Thursday, December 19, 2013

Rezeki

Rezeki pastinya datang dari Allah. Kadang rezeki yg kita harap-harapkan datang tanpa di duga. Kadang kita tak mengharap rezeki tu datang, tiba-tiba Allah datangkan dia pada kita. Semua nya di dalam pengetahuan Allah.

Kita selalu minta bersungguh-sungguh supaya sesuatu rezeki tu di datangkan pada kita, saat2 kita amat memerlukannya..tp kadang Allah lambat sampaikan pada kita. Atau Allah tak beri langsung pada kita. Tp, kita kena ingat, Allah itu Maha Adil. Apa yg kita mintak , bila tak dapat, tak bermakna Allah tak sayangkan kita. Allah berikan dalam bentuk lain dari yg kita mintak, dan kadang Allah tak beri pada kita, tp Allah beri pada anak-anak kita, pada ibu bapa kita ataupun pada cucu-cucu kita di masa akan datang.

Dalam urusan pekerjaan, Allah beri gaji sebab kita kerja setiap hari. Penat lelah kita. Sekarang ni, kalau kerja, mcm-mcm kena buat. Contohnya, pengenalan sistem KPI. semua agency kerajaan, n swasta semua ada sistem KPI. cukup hujung tahun, kena buat pengiraan markah. orang ni evaluate kita, orang tu evalaute kita. kalau dekat swasta, dalam KPI rendah beberapa kali berturut-turut, kena warning...kalau KPI masih rendah, boleh kena berhenti kerja. Adakah itu adil? hmmmm

Itu dari segi pekerjaan..klau rezeki dalam alam perkahwinan, yang paling senang kita lihat ialah rezeki seorang anak. Ada pasangan, senang sgt dpt anak. terus kawin terus pregnant..
Ada yg susah, atau pun Allah lambatkan sedikit..
bagi ibu yang nak melahirkan, ada yg dpt rezeki merasai nikmatnya bersalin normal. kemudian dapt lagi rezeki susu badan melimpah ruah, dapat lagi rezeki anak suka minum susu, tak kisah bottle feed or direct feed. Syukur Alhamdulillah.

Allah kan Maha Adil. Saya tak dpt lahirkan anak2 saya secara normal. tp Alhamdulillah, rezeki susu utk mereka mmg banyak setakat hari ini. Tapi ada setengah orang, rezeki melahirkan anak secara normal, senang sgt. masuk LR 3-4jam dah beranak...tp Allah tak bgi rezeki susu badan melimpah ruah..

saya nampak keseimbangan dalam setiap rezeki pemberian Allah. sebab Allah Maha Adil.
kalau nak tulis pasal rezeki, mmg panjang. semua benda yg ada di sekeliling kita adalah rezeki. dan saya pun bukan ustazah nak tulis secara details. tp just nak nyatakan dalam setiap perkara, kita kena redha, sabar dan syukur. rezeki itu milik Allah.

Dia Maha Pemurah. Dia Maha Kaya. Dia Maha Adil. Dia Maha Mengetahui.


8 comments:

  1. agreed.. kalau kita nak sebut semua rezeki yg Allah bg... berhari2 tanpa henti menulis kat blog ni pun belum tentu habis kan...

    ReplyDelete
  2. hurmmm....betul sgt....

    bila kerja sendri ni, rasanya lebih menghargai rezeki....dpt sorang ptt, rs syukur sgt...
    kalo masa keje kerajaan dulu, rasa kebergantungan pd Allah dari segi rezeki kewangan tu, kurang nmpk..tp bila kerja sendri, br lah nampak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..kadang2 penghijrahan kita ke satu perkara yg baru membuatkan kita lebih dekat dengan Allah...itu yg terbaik sebenarnya

      Delete
  3. huuu.. athi, asha bersalin normal tp bf smpi el amer 1 yr je sbb masa tu kena offshore.. tp still syukur masih boleh bf sbb ada jg mummies yg masuk kerja je dh x dpt bf.. sometimes bkn sbb diorg xnk tp byk lg mslh lain Allah nak uji.. yepp, rezeki Allah bagi, ada bahagian masing2.. yg penting kena sentaisa bersyukur setiap apa yg kita dpt...

    ReplyDelete
  4. I love this!..Apabila diuji kita fikir apa yang Allah dah beri banyak kpd kita..salam kenal :)

    Visit my blog- journey to WAHM

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...