Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt. Harini, saya nak menulis tentang pengalaman saya menjejakkan kaki ke Kota Mandinah Al Munawwarah, di Arab Saudi, dalam kunjungan ziarah ke Kota Rasulullah SAW sepanjang tempoh kembara rohaniah di Arab Saudi.
Perjalanan bermula pada Jumaat, 16 November 2018.
Ini umrah pertama buat saya. Perasaan bercampur baur. Gembira, Takut. Sedih.
Semuanya ada.
Saya pergi dengan suami, mak dan ayah mertua, serta seorang adik ipar, Awa.
Itinerary kami ke Madinah dulu, dan pulang dari Jeddah.
Sewaktu mendarat di Kota Madinah, jam sudah lebih kurang pukul 10malam (waktu Saudi).
Proses imigresen sangat sangat lah mudah. Syukur Allah mudahkan.
Saya jadi antara orang pertama dalam rombongan kami yg dapat keluar.
Sementara menunggu bagasi keluar, kami solat dulu. Ruang surau bersih dan selesa.
Surau juga sama floor dengan ruang menunggu bagasi.
Habis solat, bagasi dah siap di keluarkan dan kami menunggu ahli rombongan yang lain untuk menaiki bus. Bus yg disediakan oleh pihak Andalusia memang dah sedia menunggu. Airport pon tak terlalu sibuk sangat, jadi proses berjalan lancar untuk kesemua ahli rombongan.
Dalam bus nak ke hotel, Ustaz Hafiz menceritakan serba sedikit tentang sejarah Kota Madinah.
Dari kejauhan, dah boleh nampak terang benderang Kota Madinah Al Munawwarah ni.
Bercahaya sgt. dengan langit malam yg indah.
Kami melalui tepi Perkuburan Baqi', perkuburan ahli syurga sebelum sampai ke hotel.
Selepas check in, semua ahli rombongan diberikan Nasi Arab dan air mineral sebelum masuk ke bilik masing2. Walaupun dah almost tengah malam, kitaorg makan jugak nasi arab yg sgt sedap tu. Lebih kurang jam 1pg, semua tidur dan kami bangun semula jam 3pg untuk bersiap2 ke Masjid Nabawi.
Tak sabarnya rasa hati untuk berada sgt dekat dengan Baginda Rasulullah.
Walaupun badan penat, tapi keseronokkan berada di Kota Madinah lain rasanya.
Hilang penat bila dapat memasuki perkarangan Masjid Nabawi.
Subuh pertama di Masjid Nabawi
Solat Subuh di sini tanpa bacaan doa Qunut. Jadi, tak perlu rasa hairan buat yg pertama kali mcm saya ni. Dewan solat mmg sgtlah penuh. tp Alhamdulillah kami dpt jugak berada di antara saf depan. Kebiasaannya, kami solat di dewan solat melalui pintu 16.