Saturday, April 20, 2013

Cara Simpan Susu dalam Storage Bag

Entry ni sesuai dibaca oleh golongan yang nak mula belajar pasal cara nak simpan susu ibu yang dah diperah. Lebih general, untuk mereka yang first time mum. Mostly my gorgeous followers ni semuanya dah terrer bab menguruskan ebm masing-masing, harap korang tak boring la pulak bila ada entry yang korang sendiri pon dah tau (malah lagi expert) :) 

Kan ada banyak jenis bekas untuk simpan susu ibu kan? Botol boleh, plastik boleh. Bekas tupperware pon boleh. Bekas plastik isi dadih pon boleh. Apa-apa je yang bersih dan terjamin keselamatan dan kesihatannya. Saya mmg sgt suka guna plastik storage or storage bag, jenama Autumnz.  Selain daripada paling murah di pasaran, kualiti dia juga sgt tip top. Plastik tebal, double zipper lock. Setakat ni tak pernah lagi tertumpah susu simpanan saya. Labelling pon terang. 

Back to the title.. Apa yang saya buat untuk simpan susu perahan dalam storage bag ni..

Mula-mula, saya tulis tarikh, masa dan jumlah susu yang telah di pump. Saya lebih suka sukat susu dalam botol sebelum transfer ke dalam storage bag ni, sebab kebiasaannya ukuran di storage bag tu tak berapa tepat sebab bag tu expand once kita masukkan susu. Saya tulis guna permanent marker. 


I always prefer to use 12oz storage bag rather than 7oz storage bag. Biar besar, walaupun tak isi penuh-penuh, sebab kadang-kadang susu terbanyak boleh simpan dlm one bag je. Plus bila nak lay down kan plastik ni, akan jadi lebih nipis. Tak kembung mcm ikan buntal. 


After dah transfer susu dr botol ke dalam storage bag, saya keluarkan angin dari plastic tu, dengan cara lekapkan kedua-dua belah tapak tangan saya. Kira mcm kempiskan plastik tu. And leave a little bit of room for milk expansion masa membeku nnt. 



Then, saya baringkan plastik ni secara flat. pastikan zip tu dah betul2 lock ye. kang menangis tak berlagu pulak tengok susu mengalir. Nampak kan ada sedik gelembung2 udara tu. tu la ruang untuk susu ni expand bila membeku nanti. 

Lepas dah flatkan, boleh la terus bekukan. Kalau ikut saya, dah kelam kabut balik petang2 baru buat semua ni, saya campak je terus dalam deep freezer. Tunggu weekend baru susun. Tp bila ter-skip satu weekend untuk susun susu dalam deep freezer, akan jadi camni la. (merujuk pic bawah ni)

deep freezer tak tersusun. susah dah nak amik susu yang lebih awal masuk...

Dah jadi keserabutan cam kat gambar tu, saya cepat2 la ajak husband berjemaah susun susu dalam deep freezer. sort ikut date. kena amalkan konsep first in first out (fifo). Ada cara lain jugak. Dari blog ni. Saya rasa cara ni pun bagus, tp kurang praktikal untuk saya sebab deep freezer dalam (eh dah nama pun deep!)


Susu yang bakal digunakan untuk the whole next week, saya letak dalam raga mcm kat gambar atas ni..senang nak ambil untuk dicairk (thaw) nanti. 

Bagi susu yang masih baru dan belum nak guna lagi, saya simpan dlm plastik. Ada la beberapa plastik buat masa ni. Saya sort ikut tarikh. Mungkin one week satu plastik, or two week satu plastik. Tengok la size plastik tu camne. Yang dalam plastik ni saya simpan bawah-bawah sekali. Dah sampai turn nak guna nnt, baru keluarkan susun dalam raga mcm gambar atas tu. 

Akhirnya, tersusunlah jugak deep freezer saya. lebih tenang melihat. Ada bekas tupperware jugak. Hehehe, Ini kes kehabisan storage bag ye. 




*Alhamdulillah rezeki susu buat Imani dan Zarifa, InsyaAllah*

Ok, hope first time mummy or mummy wanna be yang menyimpan niat murni nak susukan bayi mereka dpt benefit dari entry ni..



9 comments:

  1. tak sabar nak mulakan buat stok susu kembali.. =)

    ReplyDelete
  2. Nice tip...saya pun first born..so mmg da strt kumpul susu utk baby..suka jgk guna yg 12 oz..tp saya guna yg jingle jungle...harga pun murah...
    Btw jmout singgah ke belog saya
    http://aliafarhansaid.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Nice tip...saya pun first born..so mmg da strt kumpul susu utk baby..suka jgk guna yg 12 oz..tp saya guna yg jingle jungle...harga pun murah...
    Btw jmout singgah ke belog saya
    http://aliafarhansaid.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. klo guna plastik antumz tu pun nak kene basuh kan jugak ke??

    ReplyDelete
  5. plstik tu leh guna smula or untk skali guna jer??

    ReplyDelete
  6. Salam sis..nk tanya chest freezer sis brand apa yer? N bape liter? Sy tgh survey chest freezer

    ReplyDelete
  7. terimakasih, saya punya informasi penting, susu sangat baik bagi pertumbuhan dan sangat dibutuhkan oleh manusia, tetapi jika penyimpannya tidak steril maka akan

    menyebabkan tumbuhnya bakteri dan akan membahayakan organ tubuh manusia, gunakan milkcan untuk penyimpanan susu supaya

    lebih terjaga keseterilannya, ga percaya? klik disini

    ReplyDelete
  8. susu yg dlm plastik tu dicairkan dgn rendam terus dlm air panas ke?

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...