Assalamualaikum semua,
Hopefully semua kembali ceria masuk office hari ni lepas 4 hari cuti panjang. Kalau kat Perak ni, ramai yg sambung cuti sebab esok pon public holiday untuk rakyat negeri Perak, sempena Coronation Day our handsome brilliant Sultan Nazrin =)
Untuk long weekend kitaorg, we all tak pergi bercuti ke mana-mana pon. Memang tak plan untuk ke mana-mana for this year. Not yet. hehehe, sebab banyak kena saving untuk masuk rumah nanti.
By the way, kan tajuk tu emergency visit to kuala kangsar...yup, hari Khamis lepas solat maghrib, kitaorg empat beranak bertolak ke Kuala Kangsar. Melawat kawan high school I yang baru kehilangan anak sulung. Takziah I ucapkan untuk my dear friend (nama dirahsiakan) sekeluarga atas kepulangan Baby Jaz ke rahmatullah. Semoga Allah kuatkan hati korang menempuh dugaan yang berat ni.
Untuk rakan-rakan di alam maya ni, I mintak kerjasama korang sedekahkah Al-Fatihah untuk arwah Baby Jaz yang pulang ke rahmatullah pada 30hb April 2015 selepas lebih kurang 9 hari bertarung nyawa melawan sakit yang menyerang secara tiba-tiba, Acute Leukemia (AML type). Untuk cerita lebih details, sorry lah kawan2, I rasa tak sesuai kat sini. Demi menghormati family kawan I...
Disebabkan malam tu kitaorg sampai kuale pon dah pukul 9malam, jumpa kawan I and family dia borak2 kejap sampai kol 10mlm, I dah siap2 booked kan hotel. Kesian plak husband I nak drive balik sbb straight away after work kitaorg bertolak ke kuale dah.
So I booked The Shop Hotel.
Last minute booked jugak. Around 6pm baru I booking once dah bincang dengan husband nak bertolak ke kuale malam tu jugak. Mulanya nak pergi the next day, but the next day tu majlis akad nikah kakak kawan I ni, so dah jadi majlis lain pulak. Plus, I really rasa I kena pergi jumpa kawan I dalam waktu2 kawan I menghadapi dugaan hebat mcm ni,...
Well, nak cari The Shop Hotel ni tak susah pun. Not so far from MCKK. and kuala kangsar bukannya besar sangat pon.
Dari jauh dah boleh nampak singboard The Shop ni. Hotel ni concept boutique and cafe hotel. Ala-ala hotel dekat Europe gitu. For the first time, I rasa suka dengan hotel ni. dengan conceptnya lah. Bahagian bawah ada coffee shop yang nampak cool. Room kat bahagian belakang and atas kedai kopi tu. Ilyaas panggil ni Hotel LA Coffee. Boleh kan aje...
Alamat dia
1, Persiaran Seri delima,
Taman Seri Delima,
33000, Kuala Kangsar, Perak.
Tel/Fax: +605-7773288
To be honest, sebab I buat last minute booking, I called directly the hotel and tanya room availability. Lepas I tinggalkan phone no dekat reception guy tu (the reception guy yang bertugas masa tu sangat friendly and helpful), dia whatsapp I mintak I transfer deposit 50% daripada harga bilik sebab I nak amik bilik yang ada window, and I nak check in lambat (arnd 10pm). Lepas I settle transfer and send bukti resit pembayaran kat dia, dia hantar gambar room no and resit check in for my room.
Bila I pergi hotel dalam pukul 10pm lebih, I bagitau my name je la. Unfortunately, receptionist yang jaga kaunter hotel tu dah orang lain. So, lambat sikit la nak boleh ke check in tu. And kena bayar RM100 for room deposit which is refundable upon check out.
By the way, kat sini ada 3 jenis bilik.
Single Room (or Queen without window) : RM128
Queen Room (with window) : RM148
Family Room (tak sure with or without window): RM188
Harga yang I tulis ni sebelum GST 6% tau. And I rasa harga dia maintain tak kisah musim cuti ke tak, sebab I buat last minute booking pon still bayar RM148 untuk queen room with window).
Ni kaunter nak check in-check out and kat sini juga kaunter nak order your drinks. Dorang guna Illy Coffee yang famous kat Holland. Mulanya I plan nak juga merasa Illy coffee ni, tapi tak jadi.sebab ...emmm, sebab lambat sangat nak tunggu orang kat reception tu boleh kan I check in/check out....
Overall, kat cafe ni dorang jual kek/sandwich/kerepek2 gitu la. and many drinks. dari kopi, teh, choc drink and ada juga bottled beer. Ada banyak souvenir comel2 gak. Bantal, kain, buku2 nota and decoration idea yang cool dekat sini. Ada sabun and candle aromaterapi jugak dorang jual.
Ilyaas and Imani dekat cafe shop hotel ni.
Once korang dah check in, baru dorang bagi remote tv and remote air cond.
Well, salah satu sebab I kata hotel ni tiru konsep kat Europe is bilik dia sempit! sempit sangat. To be honest, I rasa tak berbaloi dengan harga RM148 tu untuk bilik yang sempit macam ni.
Bayangkanlah, masuk2 je bilik, ada toilet belah kiri. Then terus ada kawasan laluan sikit maybe muat seorang dewasa je lalu, ada TV wall mounted, rak bawah TV mcm pic kat atas ni. and terus queen bed. Pastu ada satu ruang yang muat2 Imani lalu with one side table. Nampak tak Imani tengah berdiri tepi katil kat pic atas ni. Dia tengah makan mee goreng I bungkus kat kedai mamak. Tu je la ruang yang ada antara katil dan window.
Masa ni rasa, aduhai, melampau nye harga hotel ni. Walaupun I memang jatuh hati n berkenan dengan interior design hotel ni yang bagi I nice and cozy, tapi bab space ni buat I rasa it's not recommended, especially for traveller with kids and family. We all nak solat pun terkulat2 kecikkan badan. Ada my friend yg pernah pegi sini, solat atas katil je..
Kalau kat Europe I paham ler hotel dorang kecik2 sebab Europe tak cukup tanah, bangunan dia memang konsep sempit2. Ini Malaysia beb, tanah banyak tapi hotel sempit sangat kenapa....hehehhe itu je la dalam pemikiran kitaorg laki bini ..
Wallpaper dekat kepala katil. Dari segi kemudahan yang ada dalam hotel ni pun, to me so-so ajelah.
No kettle. Nak air panas, kena pergi amik kat cafe kat bawah. Mujur lah I dah isi air panas dalam thermos siap2 untuk Imani dari rumah lagi. Bila takde kettle, jangan la harap ada coffee and tea 3in1 dalam hotel.
Yang dapt from hotel ni cuma body wash, shampoo and shower cap. Towel semua ada la. Towel dia best, material good quality la. Katil and bantal dia pon ok. Standard hotel and kitaorg mmg dapat tido nyenyak malam tu sebab semua dah penat.
First floor of the hotel. Of course la takde lift sebab setingkat je. Ground floor cafe, first floor hotel room. Kat belkg cafe tu ada room lagi tapi I tak sure berapa banyak.
Receipt hotel guna recycle paper. Bagus. keep saving the environment.
After all, bagi yg jenis nak cozy2, travel as couple or solo traveler maybe sesuai la menginap kat hotel ni. Bagi yang ada baby and anak kecik, kurang sesuai lah pada pendapat I.
Pihak hotel maybe boleh la kot consider untuk sediakan ruang yg lebih luas sedikit untuk pelanggan hotel solat dalam bilik masing2. sebab kebanyakkan pelanggan yg datang mesti ramai jugak yg melayu muslim. Good job that they have the kiblah sign in the room. And please provide kettle, at least. we paid for that LOL..... sebab tengah2 malam air panas I habis... Cafe pon dah tutup nak pergi amik air panas mcm mana....errrr....
Last but not least, just sharing about Ilyaas' habit. Setiap kali keluar, dia mesti bawa kalau tak kedua-duanya, at least salah satu daripadanya. Iaitu, buku (pocket size) and pencil box (yng my mum bagi kat dia). Dalam pencil box tu akan ada mainan2 kecik dia such as kereta, trains, lego kecik, fake fish etc. Yang mana muat and yang mana dia rasa dia berminat nak main for that day/week.
Dia ada habit ni since kitaorg travel ke Sabah dulu kot. I pon tak ingat sangat dah. Tapi masa tu I start buat busy bag/box idea for kids. Sebab nak first time travel dengan 2 babies. Since then, dia akan letak at least satu kereta hot wheels dalam poket seluar. Last2 my mum kesian tgk dia dok pegang je mainan dia bila keluar, so my mum bagi pouch tu kat dia. Sampai ke Delft, amsterdam semua dia bawa pouch tu. Nama pouch tu pon ' beg maktok' heheheh.
At least, it keeps him busy and occupied bila kitaorg kat luar. Walaupon nak keluar pegi dinner kat luar or pergi shopping kat Aeon, dia akan bawa. Imani pon dah start mcm tu sekarang tp tak berapa istiqamah sangat Imani dengan mainan2 dia.
Ok tu je bebelan di hari selasa. Is a talkative tuesday for me:P
al-fatihah untuk arwah baby jaz...awak, tarikh tue rasa nya 30 april 2015 kan??...30 mei belum sampai lagi tarikh tue...
ReplyDeletecantiknya hotel yg awak duduk tue tp tue la klu sempit macam menyusahkan kita nak solatkan