Tuesday, September 23, 2014

Bersiar-siar di Kellie's Castle, Batu Gajah

Assalamualaikum, 

Kitaorg ni kan menetap di Perak. 
Rumah kitaorg dekat sangat dengan tempat pelancongan famous ni...tapi dah hampir 3 tahun duduk sini, sekali pon kitaorg tak pernah singgah. Lalu depan Kellie's Castle dah banyak kali. 
Everytime nak gi or balik from KL mesti lalu depan Kellie's Castle or even nak gi shopping barang rumah kat RTC Gopeng pon lalu sini. 

Sebenarnya, kitaorg tunggu anak2 besar sikit baru nak melawat Kellie's Castle ni. Bukan apa, maklumlah, bangunan tinggal dekat dengan kuil, and sangat terkenal dengan kehidupan makhluk halus bagai, maka rasa tak sesuai sangat bawa anak2 kecik ke sini. 





Sekarang Ilyaas dah 3 tahun lebih, Imani pon dah nak masuk 2 tahun, so rasa mcm boleh la kot gi Kellie's Castle ni.. Kitaorg gi pagi, around pukul 10am macam tu.. 
Itupun on the way nak pergi beli barang rumah kat RTC Gopeng. Bila ada minggu yang kitaorg blur takde idea nak buat apa, takde idea nak berjalan mana, baru la pegi melawat Kellie's Castle  ni..

First of all, tempat ni cantik. View memang cun sangat. 

I citer apa yang I ingat je la ye.. Nak melawat tempat ni, I suggest waktu pagi. Kalau tengah hari, panas. Kalau petang, risau pulak lepas asar nak masuk waktu maghrib, macam tak nice sangat la kalau nak gi...Kita cuba la elakkan dari waktu2 macam tu nak melawat tempat2 gini kan..

Parking:

Ada 2 kawasan parking. Sila lah take note. 
Mula-mula, (dari Gopeng), korang akan nampak pintu pagar yg tulis parking kat sini..
Kalau park dalam pagar tu, kereta terjaga la and of course berbayar. RM2. 
Tapi kalau nak parking free, sila bergerak dalam 100m lagi ke belakang kompleks yang dibina depan Kellie's Castle  ni... Actually ada signboard jugak, parking 100m...
dari kawasan parking free tu, kena cross jambatan kecik untuk ke Kellie's Castle .



Ni kawasan parking dalam kompleks Kellie's Castle ... 

Tiket:

I ingatkan masuk free je. Rupanya berbayar. Lol. kalau tengok pic atas ni, kaunter yang ada payung2 tu la tempat jual tiket. 


Nah, I besarkan pic harga tiket ni.
Sila bawa IC/My Kid sekali yer...
satu tiket=satu IC
Kitaorg tak masuk pon dalam ni. 
Katanya kedekut.  sebenarnya malas nak masuk. takut pon ye jugak.. 
lagipun dah boleh agak kat dalam tu bangunan kosong jer...
pastu ada lif naik sampai roof top yang kononya nak dijadikan tennis court.. tengok ramai la pelancong dok bergambar selfie atas roof top tu.. 

dalam price list tu siap ada harga untuk wedding photo shoot kat Kellie's Castle ... 
memang ramai pon orang amik gambar kawin kat sini...tapi mostly non-Muslim la...


Disebabkan malas nak masuk, kitaorg bergambar je la kat luar Kellie's Castle ...dekat sign board je la..


My kids..


tengok Ilyaas tu..mana ntah la dia belajar buat gaya kaki silang tu. 
Siap instruct umi kena buat kaki mcm ni jugak bila amik gambar..
Pandai sangat. 



Zoom in Kellie's Castle ...
depan tu ada sungai. air warna teh tarik daaa. penuh lumpur.. 




Sesapa berminat nak buat paranomal night tour..silalah google or ke web Kellie's Castle ...

Scary kot.




2 comments:

  1. alaaaa..rugilah tak masuk..hehehe..kalau tak boleh tumpang tengok gambo kat dalam castle tu..ila pun belum pernah ke sini...

    ReplyDelete
  2. belum penah smpai sini sis..
    bila sis cakap camtu rasa mcm tak pegi la kot..hahaha
    scary plak kan?
    plus kita tak tahu ketahanan badan anak2 kita camne kan?

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...