Thursday, June 20, 2013

Taiping Gateaway: Sekitar Sentosa Villa



Assalamualaikum, 

Salam Hari Khamis. 
So hari ni nak wrap up kan percutian kitaorg last weekend ke Taiping. 
Lepas check in Sentosa Villa, kitaorg melepak je dalam bilik. Petang tu, pusing-pusing sekitar villa jap, sebelum shoot gi Kuala Sepetang pegi dinner Mee Udang Mak Jah kat sana. (maybe nnt up entry mak jah pulak bila-bila nnt). 


Kat dalam kawasan villa ni, ada pondok-pondok untuk orang berkelah. 

My gagah man melayan kerenah si anak yg malas nak berjalan. Nampak kan pondok-pondok tu.
Sebelah pondok tu ada anak sungai mengalir dari bukit larut. kawasan anak sungai tu dah dikepung jadi kolam-kolam and saliran air di deviated supaya main stream tak diganggu dengan kolam-kolam buatan di kawasan villa ni.


Ni rasanya dewan untuk meeting or wedding. Besar gak nampaknya dari luar. tak sure la kapasiti dia berapa. aritu tgk kat youtube ada orang buat wedding kat sini.


Singgah jugak dekat tortoise garden on the way nak ke cafe villa ni. tp tortoise tu mcm tak larat nak bergerak je. kura kura kan, mmg slow pergerakan dia.

Esok pagi, kitaorg sambung tour lagi sekeliling villa ni.

Jambatan merentasi kolam buatan dgn air sungai mengalir bawah tu.
Ada banyak ikan berenang kat sini.
Dalam villa ni mmg banyak kolam ikan.
Kita boleh feed ikan ikan ni jugak.
Boleh je beli makanan ikan dekat tempat receptionist.

Ada orked garden jugak. tp kitaorg tka gi la. rasanya boleh beli kot bunga2 orked ni.

Ni view kolam buatan from bridge tadi. cantik dan mendamaikan je tengok. lama dah tak rasa setenang kat sini.

Suasana kat sini mmg mcm kat hometown. Ada ayam itik angsa burung turki dibiarkan je berkeliaran kat sekitar villa ni. So, its common to see them walking around the villa. Sekitar sini jugak penuh dgn pokok-pokok buah buahan. Durian, manggis, rambutan, mempelam. Kalau musim buah, sure meriah!

Duck Ilyaas! Umi excited nak perkenalkan Ilyaas pada duck.


Tapi....


He's more interested with Ayam!
Ni tgh bersemangat mengejar ayam .
Kitaorg ingtkan dia takut kan ayam tu.
Sekali ayam tu dikejarnya.
Lari lintang pukang ayam tu ketakutan dgn Ilyaas.


Nampak tak kat baju Ilyaas ada sticker square tu?
Tu mosquito repellent. Saya tampal je kat baju anak-anak.
Sebab common la kan, kawasan banyak pokok ni banyak la nyamuk.
So, sapa nak gi sini, ready siap-siap la repellent k.


Dah sampai cafe, kita breakfast dulu.

Breakfast served was so-so la.
no nasi lemak. husband is pissed off. hahaha, takla, dorang hidangkan meehoon goreng, sayur campur, bubur nasi, roti bakar, and cereal. tu je.
air ada orange juice, plain water and tea and coffee.
susu utk cereal je. tak berapa variety sangat la.
tp cukup untuk mengenyangkan perut.
Ilyaas still habiskan dua mangkuk bubur nasi.


Habis breakfast, kitaorg sambung tour kawasan villa lagi.
Ada playground. Small one. So main jonkang jongket dulu.
Sekali Imani pooped sampai bocor, kuning baju. terpksa balik bilik dulu.  nak salin baju semua.


On the way nak balik bilik, nampak dorang ni syok je main air...

weh tak leh jadi ni, kena join jugak ni...
See ni la kolam kolam buatan yg disekat jadi mcm sebatang sungai. air sungai tu di sedut directly from main stream dekat sebelah tu. so air dia cetek-cetek je. 
yang sebelah tu ada batu-batu untuk duduk tu untuk fish spa. 
sapa nak suruh ikan2 tu bersihkan daki kat kaki, boleh la melepak kat situ.

Kitaorg cari spot best-best la nak mandi manda bersama. 
Actually tak mandi pun, berendam je. 
My gagah man yg berendam paling lama. Umi kejap je.sejuk gila kot air dia. 
mcm air batu. 
Ilyaas pun lama jugak. siap tak nak naik. 
Imani setakat celup kaki sikit je. 
Sian dia sejuk sgt air ni. 


Teruja tak tengok air jatuh mencurah-curah ni?



Kasih seorang ayah.Sgt suka pic ni.



Keluasan kolam tempat kitaorg sekeluarga melepak. Masa ni tak ramai orang.
Dah lepas cuti sekolah kan. Tak ramai yg datang.
Masa kitaorg nak balik bilik, ada satu small malay family datang nak mandi pulak.


Ni plak bawah kolam kitaorg. Ada family chinese yang rent family villa bermandi manda sambil tangkap anak anak ikan.



Sebenarnya tempat ni sangat best. Nak mandi sungai pon tak yah gi jauh-jauh.semua dalam satu kawasan je. And air sungai cetek je. sebab pengaliran air di control dari main stream. tp kalau musim hujan maybe air banyak la kot.


Gambar atas ni.
Top left: Ada buai depan family bungalow
bottom left: family bungalow

Gambar atas ni:
Top left: honeymoon villa. berdepan family bungalow
bottom left: deluxe villa. kitorg duduk jenis cmni
top right: main hotel building
bottom right: family classic kot


Gambar sekitar bilik kitaorg
ada pokok durian ok. 

dan ni info untuk korang yg berminat nak gi sini. 

cekidaut the price okeh =)
boleh booked directly dgn hotel atau melalui booking.com or agoda.com. 




last but not least

penulis (ececece) bersama permata-permata hatinya




dan team cherish every cherry yg secara keseluruhannya berpuas hati dengan percutian di sentosa villa.




1 comment:

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...