Monday, June 17, 2013

Taiping Gateaway: Day 2- Zoo Taiping


Lepas breakfast kat Legends Inn, kitaorang terus gerak gi Zoo Taiping. Memang aim awal-awal lagi nak masuk zoo seawal yang boleh. Nak elak panas. Ye la, bawa baby kan. Kesian la kalau panas. So pagi2 lepas subuh, takde nak golek2 atas katil. 
Budak-budak kena paksa bangun awal. hahaha.kejam pulak rasanya. 


Jam 8.30pg, kitaorg dah tercegat depan pintu masuk zoo. 
Down the memory lane jugak la bila sampai sini. 
Dulu kecik2 selalu gi zoo taiping dengan mak and ayah and adik adik
sekarang bawa anak-anak sendiri pulak
*dah tua tak sedar diri*


Harga tiket adalah seperti di bawah. 



Budak excited nak tengok jajah (gajah)



Dekat depan zoo ada replika binatang-binatang. Ilyaas bukan main takut tgk totodile ni. Sian dia. 
Ilyaas ni buat masa ni belum nampak pemberani tu kat mana lagi. walhal maksud nama dia pemberani yg mulia. 



Adik pulak dah mula merengek-rengek ngantuk. Tu la pepagi sebelum subuh dia bangun ajak qiam..
Ni dah ngantuk. Belum masuk zoo lagi ni.


Ilyaas dok pujuk adik.
Ni dialog dorang dua beradik.
" Ani, ani.... totodile tuuuu, monkey tuuuu"
Macam la adik paham:P


Masuk je zoo. Kita cekidaut map dulu. Tapi tak follow map pon. Belasah je jalan ikut suka.
Ada map untuk Night Safari juger.


So memula kitaorg pusing-pusing, tengok kandang -kandang binatang.
Binatang nye nan ado. Tido lagi agaknya.
Cik kiah kan datang awal pagi, haiwan haiwan ni belum bangun lagi.
Dorang kan bukan kena pegi cari makanan sendiri mcm duduk kat dalam hutan nun.
Kul 10 kang ada petugas zoo datang bagi makanan.
So pepagi baik kita tido dulu.
Satgi bangun dapat makan free.


Pastu jumpa kumpulan-kumpulan hyperactive ni.
Ilyaas punya excited ok!

Siap Hi hi bye bye monkey.
Orang utan ada sekor je. Gambar atas belah kiri sekali tu.
Tua dah gamaknya.
Malas je gaya dia. Penat kot panjat tinggi2 camtu. Tak pun lupa cara nak turun. Tak pun berat sangat badan dia, tak berani nak turun. Boleh x assume camtu?

Yang paling hyper cimpanzi ni la.
Buat show lagi. Gayut sana gayut sini.
Ada yg tenyeh2 kepala mak dia. Pijak sana pijak sini.
Pastu gelak sengeh2 nampak gigi putih.


Tengok dorang ni gosip.. macam mak jemah gosip kan?

So korang, jgn mengumpat gosip sana sini lagi kay pasni. 
Sebab kalau gosip secara berjemaah kan, satgi serupa dengan cimpanzi ni pulak:P hehehhehe....
*motif: mari kita kurangkan mengumpat dan bergosip*


Bye bye monkey. 
Adik masih steady. 
Sebab cuaca sejuk lagi. 
Orang pun takde. 


Kita sambung jalan jalan lagi. 
Jumpa totodile ni. 
Terkejut mak tengok totodile ni dekat gila dengan pagar.
Takut dia ni boleh melompat tibe-tibe ke sebab bau daging manusia yg enak ni kan :P

Dah penat penat jalan. Kitaorang mcm mati kutu jap nak gi mana. 
Orang dah la mcm takde langsung kat zoo tu. 
Nak naik tram, tram belum start bergerak lagi. 


Tibe-tibe jumpa playground besar ni.
Dapat la umi rehat jap.
Sementara Ilyaas main-main.
tapi kan, dia macam bosan dah. sebab takde orang.
time ni dok imagine kalau datang ngn family besar lagi best ni. ada sepupu2 ilyaas.
Jom mamijah mamigirl mamadila kita gi reramai next time?


Dah lepas main n rehat kita sambung jln lg. jumpa rusa 





memerang yg comel. aktif je.
ilyaas pon syok je lari sana sini kejar memerang ni buat show


pastu jumpa bear plak.
ni pun cute gak.
Ilyaas buat-buat peramah ajak bear sembang.




ni Ilyaas dah mula penat ni. mintak dukung dah

last-last naik stroller jela.
senang.
pastu jumpa tiger malaya. tgh mandi manda n gurau senda,


Adik dah terlentok lena dah time ni. 

Masa kat zoo sempat adik minum seround.
tu pon mengamuk sakan sebab umi delay kan time menyusu nk cr port sesuai sikit nk menyusu.
bukan main merajuk lg dia .jenuh pujuk br nk minum.



Alamak,
dah terpanjang pulak entry ni dengan gambar-gambar.
sambung nnt ye.

the kids are waiting for umi..


*back to umi mode*





1 comment:

  1. muahahahaa gelak guling part liyash panggil ani.. hahaha.. panggil Annie laa glemer gitu..

    nakkkk kj nk g tepeng.. huwaaa entah bile nk g jauhnye makkkk ai

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...