Wednesday, September 24, 2014

Lawatan ke Galeri Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar

Assalamualaikum,

Jom kita gi Kuala Kangsar pulak!

Ni kisah 2 minggu lepas. Hari Ahad, bosan2 tak tahu nak buat apa, kitaorg sepakat gi Kuala Kangsar pulak. cuaca pon nampak nice , tak panas sangat, tak hujan...

Dari rumah kitaorg bertolak dalam pukul 11.30 pagi. Sampai Kuala Kangsar pukul 12.30 tengah hari. Sejam je perjalanan.

Tempat pertama (and terakhir) yang kitoarg lawat masa kat Kuala Kangsar ni ialah Galeri Sultan Azlan Shah.
The gallery of Sultan Azlan Shah

Cantik bangunan ni...


Sebelum masuk ke dalam galeri, kita bergambar dulu kat luar.
Ada labu sayung ni..
Ilyaas and Imani interested sangat tengok air kolam ni.
Bila masuk dalam kejap2 ajak keluar nak tengok air.

Kata dalam galeri ni, kamera tak dibenarkan. Ada cctv yer kalau nak curi2 amik gambar.
Sebab I rakyat jelata yang mematuhi peraturan, maka I x snap sekeping pon gambar dalam galeri. Gambar yang ada semuanya di kawasan luar saja lah...

The labu sayung...

Galeri ni besar. Yang utama dekat gambar first tu.
Pastu kena keluar masuk galeri kenderaan diraja pulak.. dekat bangunan lain.
ada galeri cenderamata diraja berhadapan dengan galeri kenderaan diraja.

But most of personal matters about Sultan Azlan Shah dan Kesultanan Perak ada dalam galeri utama.



Galeri Utama ni juga dikenali sebagai Istana Ulu atau Istana Kota. 

Cantik sangat interior design kat dalam tu. 
Rasa macam masuk istana betul2 bukan galeri..
I berangan angan nak letak wallpaper ala2 diraja dalam bilik tidur nanti.hahahah.angan angan kan free, so tak salah la kan..? :P

Dalam galeri tu ada dipamerkan kisah2 hidup Sultan Azlan Shah. Anak2 baginda...
Cucu2 baginda...
Baju dan pakaian baginda dan permaisuri..Cantiknya kebaya permaisuri..Inspired baju kawin ..

Ada kisah perkahwinan Tunku Zara Salim dengan Sultan Nazrin...siap ada real pelamin, real baju kawin dan video montage Tunku Zara Salim since baby sampai dah besar. 

She's so pretty. Kenapalah golongan diraja ni kulit cantik, rupa paras macam mat saleh ...

Ada banyak jugak robe penganugerahan ijazah yang pernah dimiliki oleh Sultan Azlan Shah. His robe was so nice, siap kain baldu ...


Harga tiket masuk kitaorg bayar Rm2 seorang.
Kids below 12 Free of charge je.

I dengan husband guna kat student so dapat harga murah.

Klu standard adult RM4 je..



Ini harganya...

Plan asal kitaorg nak melawat the whole Kuala Kangsar, but lepas melawat galeri ni, kitaorg solat di Masjid Ubudiah. Time ni hujan dah turun and lebat. 

So, terbatal lah niat nak pusing satu kuale ....

Lepas lunch kat KFC, terus balik rumah...

sempat singgah tengok bakal rumah kitoarg yang tengah dalam pembinaan. 

Excited to see it.. Tapi belum ada bumbung la..
 Gambar banyak dalam hp, tapi segan plak nak letak kat blog..huhuhu..

2 comments:

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...