Thursday, April 17, 2014

Halwa Telinga- CD Sufi Cilik & Voices of Ummi

Assalamualaikum, 

I dgn husband, kalau naik kereta suka karaoke. Walaupun I tau suara I sumbang tak ikut rentak dan sebagainya, tapi dalam kereta je la yg I boleh menyanyi sesedap mulut I. Lagipun husband I dah biasa dah (serta sudah lali) dgr suara bini dia yg tak sedap ni. 
Biasanya lagu-lagu rock kapak la kitaorg karok. Tak pon lagu2 english yg country sikit or lagu james blunt. 

Tapi bila dah ada anak, nak bagi anak duduk senyap or tidurkan diorang kat dalam kereta, kitaorg cari la lagu2 yg lebih sesuai. Mula-mula burn cd lagu2 nasyid. mcm raihan, hijjaz semua tu. 
pastu keluar koleksi zikir hafiz hamidun. beli yg tu. 
ok la, mmg anak2 akan tertidur kalau dgr alunan zikir hafiz hamidun. kami pon kalau tgh mengantuk mmg akan jadi lebih-lebih mengantuk dgr alunan zikir hafiz hamidun, mendayu-dayu sedap je . 

Kemudian, I diperkenalkan dgn CD Sufi Cilik. 
CD ni I beli from kawan blogger jugak, Kemn. 
MashaAllah, first time I dgr CD ni, dia intro dgn surah Al-Fatihah, alunan bacaan ayat-ayat dalam surah Al-Fatihah ni terus buat I jatuh hati dgn CD ni..
Bila bgi Ilyaas dgn Imani dengar, diorang boleh duduk diam dan menghayati semua bacaan dan zikir-zikir dalam CD ni...
Lama kelamaan, Ilyaas dah dpt ikut dan sama-sama mengalunkan zikir-zikir dlm CD ni. 
Paling dia suka zikir Ya Hayyum Ya Qayyum...

My review dekat kemn, penjual CD Sufi Cilik ni
and my boy, Ilyaas yg sgt happy masa umi hadiahkan dia CD ni

Dalam CD Sufi Cilik ni ada 12 tracks zikir/ayat quran..
Semua Zikir atau alunan ayat2 quran tu di baca oleh seorang budak kecik ..and penuh bersemangat bacaannya. tak mendayu dayu sampai terbuai di ulik mimpi. Personally kita rasa teruja n terpanggil nak sama-sama berzikir sekali. tak mengantuk sgt mcm bila dgr CD hafiz hamidun..



kalau nak baca review orang lain pasal CD Sufi Cilik ni, korang tgk kat blog Kemn ni yer


by the way, harganya RM25 termasuk pos.

Kalau dah habis tracks dlm CD Sufi Cilik, kitaorg akan dengar pulak lagu lagu dari CD Voices of Ummi. CD ni i yg original boleh beli from HudHud Media Shop. Ni syarikat penyanyi Nora tu tau..
I mula kenal lagu2 dalam ni melalui youtube. 
then skrg dah ada short story dkt TV9 setiap hari sabtu, jam 6 ptg. 
kalau ada kat rumah, mmg wajib Ilyaas dgn Imani follow segmen ni kat TV9. 


Ni Cd Erti Alfatihah from Voices of Ummi
CD ni ada 13 lagu. tapi pendek-pendek je la. harga dia RM28 kalau yg ori la.
i ada tgk kat pasar malam pun jual jugak. yg RM5 ke RM10 cmtu je la.
lagu faveret anak-anak I lagu Bismillah, Erti Al Fatihah, Alhamdulillah, 
Yang Ilyaas suka ajuk Lagu Professor Gadjet and lagu Mari makan Roti..

Dia ada DVD gak. So kalau kereta korang ada dvd player, boleh la pasang. 

I baru nak beli DVD ni...harga RM29..
SIL I dah beli, mmg comel je grafik2 dlm DVD ni. 
Budak2 pune xcited nyanyi sekali...
Sebb dh tgk SIL i beli, I pon confident la nak beli, lagipun Ilyaas mmg suka sgt sing a long dgn DVD ni...


ok tu je perkongsian di hari Khamis ini...













No comments:

Post a Comment

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...