Assalamualaikum=)
Mula-mula sekali nak wish Selamat Hari Lahir yang ke -27 untuk suami tercinta. Semoga Abang panjang umur, murah rezeki dan sihat walafiat selalu. Sorry tahun ni hadiah tak gempak (macam la tahun2 lepas hadiah gempak kan) hehe. Tahun ni celebrate birthday husband kat atas bukit Cameron nuuu. Bukan nya plan pun, tp FIL ada kerja kat sana, so dia booked kan extra bilik. Kitaorg bersyukur la join sekali.
Birthday boy dgn anak sulungnya. Dekat Heritage Hotel. Kitaorg makan malam steamboat kat sini. Tp tidur tempat biasalah, Parkland Apartment. |
Isteri birthday boy. bersama anak sulung mereka dan anak kedua yg masih sedap guling2 dalam perut ni |
Macam yang di-mention earlier, kitaorg ke CH kali ni sebab FIL ada kerja. Ada family day KT Skill kat sana. So kitaorg join the dinner. Lepas dinner, FIL selaku pemilik KT Skill kena la bagi ucapan, buat cabutan bertuah semua. sementara FIL berucap, SIL and myself berborak-borak. Kata dah lama tak jumpa. :P
FIL tgh berucap |
Habis dinner, bergambar la ramai-ramai. Masa ni rasa mcm nak baring je tengah2 lobby tu, sakit menyucuk kat bahagian bawah tulang rusuk. Dan dah lenguh berdiri daaa, punya banyak kamera nak amik gambar. Apsal xamik guna satu kamera je, nnt korang share-share la. Pastu singgah Pekan Tanah Rata. Jarang singgah sini malam-malam. Biasa ke Pekan Brinchang je. So, kali ni experience lain sikit la. Kat Tanah Rata, FIL cari buah durian. Sempat pusing2 kat situ tgk suasana. tak beli apa-apa pun. Kat sini kurang sesak la dr Brinchang. Klu korang gi honeymoon, lebih sesuai jalan2 kat sini kot.
Night market kat tanah rata |
Malam tu, lepas balik bilik, makan spaghetti olio SIL bawakan sbb saya teringin. Panaskan guna rice cooker jer. sedap. kenyang perut yg tak berapa kenyang sbb makan steamboat je. Pastu tidor la, krohs krohs..dah la sejuk..mmg layan la tidur sambil peluk2 ilyaas..
Pagi-pagi, makan nasi lemak dulu satu round. Siap-siap nak keluar, ada seorang suspek telah poo-poo. Cari-cari tak jumpa.rupanya ajane. Selamba je masa tanya dia jawab tak..
Tok Dad bersama Ajane n Ilyaas. Nampak kan muka Ilyaas menurun muka siapa.:P |
Mula-mula ingt nak gi Pasar Pagi kat Brinchang je. tp tak bukak plak. So gi kat pasar yg berhampiran Kea Farm. Malas nak ke Kea Farm sbb sesak n penuh kereta. FIL and SIL rushing nak balik Ganu. So nak cepat, singgah pasar yg dekat2 Kea Farm tu. Kecik je. Barang mahal. Sayur tak banyak choice. N tak fresh. Beli ala kadar je pon.
Pastu gi brunch kat Glory 78.
brunch waffle strawberry kat restoran glory 78 |
Then, singgah MARDI kat Tanah Rata jap. Layan ice cream strawberry yg sedap...Beli teh kat kedai MARDI. and FIL n SIL beli pokok2 kat MARDI.
dengan anak-anak sedara. Muka puas hati dapat strawberry coklat Makan sampai comot |
An attempt untuk bergambar |
Ilyaas bersama cousins AF Tp Ilyaas busy nak pakai selipar TD |
Overall, thanks Ayah for sponsoring short vacation ni. Walaupun less than 24 hours di atas bukit sana, kami ttp seronok dan enjoy. Dapat cuti singkat sebelum bersalin dan berpantang. hehehe..
Published with Blogger-droid v2.0.8
No comments:
Post a Comment
Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...