Friday, May 27, 2016

Kisah Anak-anak

Assalamualaikum,

Fuuuuhhhhh... cari mood nak menaip kat sini. Ada baaaannnyyyaaakkkkk sangat nak citer kat blog, tapi tak sempat :(
Alasan lama tp itu benar. Nak tunggu kerja habis, mmg tidak akan habis. So, let's take a break from any science. Kita menulis pasal kehidupan pulak.

Well bila sebut kehidupan, mestilah anak-anak Ilyaas, Imani dan baby IH3 yg jadi keutamaan dalam hidup I.

Ilyaas baru je balik dari lawatan sekolah ke TLDM Lumut. ni merupakan his second school trip. Last yr (4yo), dia dah pernah follow one day trip ke Ipoh dengan Tabika Kemas.
Nak kata I risau nak lepaskan dia tu, tak la sangat. Sebab mungkin I mmg jenis mak2 yg tak la fanatik sgt worry kat anak tu. Dah terbiasa kot.
After all, Ilyaas agak pandai jaga diri sendiri.
I bekalkan dia biskut chipsmore, air kotak, air kosong and roti sandwich telur.
Alhamdulillah, semuanya habis.


Minggu sebelum lawatan, dia ada exam or penilaian di sekolah. 
Setiap malam kena study and buat revision. 
Dari segi subjek, I rasa dia ok semua kecuali English! 
Waaaaa, payah sikit nak pujuk dia hafal vocab dalam English. 
Apatah lagi nak ingat ejaan. 
Maths for additional dia dah ok, tapi minus dia belum betul2 grasp lagi. 
But I am so proud of him on the Malay reading. Ilyaas dah lancar membaca BM. 
Satu buku cerita dia dah boleh habiskan sendiri. 
Siap take over baca buku cerita malam2 untuk adik Imani. 
Harini pon dia bawa buku cerita Nabi Yunus dan Ikan Nun ke sekolah, nak baca dengan kawan2. 

By the way, Ilyaas dah register untuk darjah 1 di sekolah berdekatan rumah kitaorg. Dia orang ke -80 yg register darjah 1 utk tahun 2018. 

Imani pulak, makin manja dengan I. makin dekat nak bersalin, menjadi2 kemanjaannya. 
Kadang2 layan jugak la but sometimes I am too tired, kesian dia. 
Imani sgt emosi. 
Dia tak suka org tolong dia buat kerja. 
Contohnya smlm nak kemas baju dalam almari baru. I amik hanger, dan tlg hang kan gown dia. Dia punya la marah, menangis2 sebab dia tak nak gown tu di gantung. Lepas tu, mula dia buat perangai, sampai ludah air liur kat gown tu. Adooooiiii, rasa nak marah sgt kat dia. Tapi control jugak, walaupun mulut membebel. I biarkan je dia nangis, I gi kemas almari Ilyaas dulu. Mujur la Ilyaas jadi very easy to handle nowadays. 

Lama2 baru Imani stop nangis and dengar cakap. Tp dia ni payah sikit nak say Sorry and Thank You! Harap sgt la dapat terapkan 5 magic words dalam diri anak-anak ni sejak dari kecik.
Kat sekolah Imani good girl ..tu yang teacher dia selalu cakap. 
Antara aktiviti2 Imani buat kat skolah...(gambar cilok from FB)

Doktor Imani

Makcik Imani jual donut

So cute. Just like me! ahahahahha


Bus driver! 

IH3
This little baby dalam perut, kadang2 buat umi ngn ayah panic jugak la. 
Berapa kali dah braxton hicks. semalam constant rasa cramp. mujur bila baring nak tidur, cramp hilang. Dapat tidur nyenyak lagi. 
Movements dia pon kuat. Biasanya dah rasa nak terkencing je setiap kali IH3 berpusing2. 
Last week ada buat 3D scan dkt KPJ BM. Muka sama macam Kak Imani :D 
hahahahahah...
Berat last week was 1.5kg. Umi harap baby dpt gain weight banyak2 ye...
Date untuk czer dah tetap...tak sabar nak jumpa baby, tp umi takut..:d 

Ok tu je la dulu hari ni. hari lain kita update pasal kehidupan lagi.



Friday, May 13, 2016

Some tummy pictures


27 Weeks

28 Weeks

No tummy. only fat cheeks
One happy family at baby IH3 check up at 29 weeks

Yesterday, 30weeks

at UTP Quality Day where le hub receive his award :)

Rezeki baby

Friday, April 29, 2016

These two persons....


Who had heard my heartbeats for more than 9 months of their lives in my wombs. 
Who had shared the same food with me through their cords and my milk. 

I love both of you to the moon and beyond. 

Ilyaas Hafiy : Pemberani yang mulia
Imani Hafiyya : Imanku yang mulia

May Allah ease everything for both of you, dunia and akhirat. 

Lots of love, 

Umi.


Thursday, April 28, 2016

Ilyaas Hafiy 5 years

Assalamualaikum, 

Patutnya up entry ni sebulan lepas. Sambutan hari lahir Ilyaas Hafiy Abdul Halim yang ke 5. 
Maaf sayang, umi lambat update kat sini. Tapi sambutan dah kita buat on your 5th birthday. 

Tahun ni hari lahir Ilyaas jatuh pada hari Jumaat. Penghulu segala hari. Weekend sebelum tu, umi bawa Ilyaas ke kedai kek. Kita tempah kek. Ilyaas pilih nak gambar BoboiBoy tahun ni. 
Tahun lepas Ilyaas requested for Spiderman Cake. 
Alamak, sebak bila baca balik all the previous years of his birthdays' celebration. sobs2...besar mcm mana pun anak sulung umi ni tetap akan jadi baby di mata hati umi. You are always my first love sayang. No one can't deny that. 
Umi doakan semoga Ilyaas panjang umur dah sihat selalu. 



Kek birthday Ilyaas untuk yang ke-5 tahun.
Kek biasa je, Ilyaas sendiri pilih nak kek sponge dan perasa pandan. 
Such a big boy taste. Ingatkan dia nak coklat or something more fancy. 

Sunday, April 24, 2016

Ending my trimester 2 already, sigh...

I'm going to 28 weeks next week. 

Pejam celik je dah nak kena mengisi chart pergerakan baby. 

Wah...so soon InsyaAllah the new family member will be arriving. 

Rasa mcm cepat sangat masa berlalu untuk pregnancy ketiga ni. Tak banyak yg sempat di catatkan dalam blog ni.. Kesian baby IH3.. tp umi keeps all the medical record etc. 

Untuk IH3 ni, umi check up sampai 6 bulan lebih di klinik kesihatan and at the same time buat check up dengan Dr Geetha di Hospital Pantai Manjung. But after this, umi nak mintak refer ke doktor di Penang, sebab umi plan nak bersalin di Penang. tapi kita plan je mana la tau terberanak kat Perak ni jugak.. 

Macam biasa, every pregnancy, perut umi memang lah tak berapa nak nampak sangat. 

Kesian jugak kat diri sendiri sbb bila naik LRT, orang tak berapa nak realize . 



Ni masa 6 months plus. 
Ramai ingat baru 4 months. 

Tapi IH3 kat dalam membesar ikut size yg normal, itu paling penting. Perut umi besar mana pon x kisah, janji anak di dalam sizenya bertambah seiring usia kandungan. 

Last check up masa 6 bulan, IH3 was 800g. 
Esok check up lagi untuk minum air gula, 
kalau doc scan dapat la tgk skrg IH3 dah 1 kilo lebih ke belum. 

Baju2 dari abang Ilyaas and Kak Imani yg elok lagi, umi dah asingkan untuk IH3. 
Baju2 baru pon dah mula beli sikit2. 
Minggu depan ingat nak mula mencari dengan serius barang2 untuk IH3. 

Bath tub stand pon dh beli coz aritu ada sale dekat Tesco , dapat RM99 je from original price Rm133. 

Kali ni mmg ready for czer so bath stand is really needed. No more tunduk2 untuk mandikan baby. 
changing table pon akan diusahkan cari, coz umi really really needs it. 

Sekarang ni IH3 ada skala movement dia. Agak kuat bergerak kalau umi kuat makan. 


Nanti update lagi ...

Banana Muffin Bakar dan Kukus

Assalamualaikum 

Dah lama tak share apa2 pasal makanan kan. Walaupun tak share, tuan blog ni membesar dengan jayanya. sebab suka sgt makan sekarang. Sebab suka sgt makan sekarang, petang ni decide untuk buat banana muffin. Ada dua sebab kenapa buat banana muffin hari ni. Firstly sebab 2 hari lepas kawan upload dia buat banana choc chip muffin. Secondly sebab mmg beli pisang pon dekat pasar tani semalam. So, dari biar pisang tu x dimakan (sebab ada beli buah buahan lain jugak), baik guna buat something else. Terhasil lah ini..


Caramelized Banana Muffin

Tuesday, April 19, 2016

Play time at Resort World Awana Kijal, Terengganu

Assalamualaikum...

Hi blog. Lama I tak jenguk you. I is busy. macam-macam dalam kepala sampai sakit kepala jadinya. 
Planning macam-macam, semuanya menyebabkan blog ni terpinggir. 

Bermula dengan hujung March, banyak betul aktiviti kena complete kan. 
End March, I pergi KL untuk training. Balik dari training, terus travel ke Terengganu. It has been 6 months since kitaorg balik kampung terengganu. Masa tu belum tau pregnant lagi, sekarang dah nak masuk 7 bulan pon. Cepat dan pantas sungguh masa berlalu. Masa balik Terengganu, last day tu husband visit internship students kat Kerteh. I amik cuti melepak dekat hotel. 

Ni first time kitaorg bermalam kat Resort World Awana Kijal. 
Sampai Awana pon dah around 9pm. We all bertolak from Kuala Terengganu after Maghrib. Siap tapau nasi and lauk mak mertua masak. 

So kat hotel, just had our dinner lepas tu tengok tv jap and terus tidur. Bilik cantik. 
Gambar dah delete so tak sempat nak share kat sini. Kami dapat standar room je, tp ada bath tup besar and jacuzzi sebelah katil. Dah macam honeymoon suite pulak. 

Morning time, breakfast. Puas hati jugak sbb banyak makanan untuk dipilih time breakfast. Walaupun hotel ni dah lama, tapi maintenance bagus, so still nampak cantik and exclusive. 

Lepas hantar husband ke office Petronas, we all balik hotel and I bawa Ilyaas and Imani ke swimmng pool. Since it was Monday, so tak ramai orang pun.Tenang je. Mmg takde monday blues la.

Ni part paling best for Ilyaas and slightly nightmare for Imani. 
Dah macam mini theme park pon ada. Ilyaas ulang alik naik gelungsur ni. 
Imani naik sekali je dia rasa mcm tenggelam bila terduduk lepas turun gelungsur. 
So Imani decided not to continue the fun. 


Last-last main air paras buku lali je Imani ni. 
Dulu bukan main suka air, sekarang jadi penakut. 
Si abang Ilyaas plak lebih berani. 
Almost 40 minutes biar dorang berendam n main air. 
I pon duduk sekali dalam pool kanak-kanak ni. 


After that, dah lapar balik. So makan waffle gardenia dulu. Keringkan badan. 


Main kat playground pulak. 
Ni dekat tepi pantai. Was a nice view. 
and nobody was there except for pekerja2 hotel je. 



Lastly, we went to the beach. 
Budak 2orang ni excited kutip kulit siput. 
Imani panggil cik kerang. 
originally I ckp ni cengkerang but dia salah dengar. jadilah cik kerang. 
Tak lama dekat beach coz matahari dah mula tinggi, pasir jadi panas and the kids tak pakai sunscreen. 
So we headed back to our room, siap2 and few minutes later husband pon sampai. 
Students dia hantarkan. 

At 12, terus check out and start our journey back to Perak. 

Another work related trip that coming weekend. 

Lepas ni pulak citer.