Assalamualaikum semua, tgh hari tadi, lepas lunch dgn hubby and my friends merangkap agent insurans, saya ke Motherhood Expo 2012 dekat KL Convention Center. Alang-alang tunggu husband gi solat jumaat, so saya pon ronda-ronda la kat dalam ni..Seronok jugak sebab dah lama tak pusing-pusing expo sorang-sorang. Takde target pon nak beli apa..
Ada Dynas promote her nursing blouses.. Btw she's carrying her second tau..cepat kan, kita bila lagi ek? hahahah...tunggguuuu
Banyak booth yang jual baju maternity and nursing (including bras and breastfeeding accessories), dalam dok pusing2 tu rasanya Medela FS paling murah boleh dapat dlm RM1799 kot...tapi tak ingt kat booth mana. Medela Harmony RM199 (standard la kot,survey Harmony sbb dah ada PISA, so nnt dpt baby no 2 nak beli Harmony je ...tapi klu husband nak hadiahkan FS masa tu, pucuk dicita ulam mendatang *hint* )
Selain breastfeeding accessories, ada beberapa booth for makanan baby. Antaranya Heinz, Nestley and satu lagi Non Halal (from China rasanya).. Ni gambar kat booth Nestle Cerelac. saya dgr kejap je sbb Ilyaas tak feveret sgt pon makan nestum nestle semua ni..
Selain tu, banyak sgt booth jual evamatic mat/playmat yang selamat untuk baby. saya pernah beli satu last year kat midvalley expo.. tp Ilyaas suka korek-korek.sekarang dah berlubang, tp masih boleh digunakan. Survey juga tikar2 ni sbb plan nak tambah tp susah nak usung bawa balik sbb td pegi naik LRT je pon..tp mmg banyak la corak-corak menarik and pelbagai size.kena pandai cari untuk dapatkan harga yang murah..
Pureen pon ada sale banyak baju and keperluan baby. Baju semurah RM10..but mostly newborn to 6-12m la..tak de size Ilyaas. Haha, anak saya tu dah nearly 10kg, xde nye muat pakai size 12m..kena pakai 18-24m dah...Romper comel2 pon banyak gak.siap ada yang team bola, angry bird semua tu..Singgah jugak kat booth Lunatots. Dapat borak jap ngn Kak Suraya Lunatots. Nak try CD, tp masih belum berani..tunggu dulu lah...bila sampai seru..hihihi...Oh kat booth Lunatots, plastic storage Suri sgt murah!!! tak ingt berapa tp murahla dari kat kedai...Saya tak beli sbb masih banyak stock plastic Suri ni plus skrg hasil EBM tak banyak sgt, jadi simpan terus dalam botol2 yang ada je, dah jarang guna plastic. tp zaman susu tgh meriah dulu, mmg jadi pengguna tegar plastic Suri yang best ni..
Selain tu, bagi sapa-sapa yang tgh cari car seat or stroller or baby carrier, banyak jugak nampak tadi. Siap ada demonstration semua tu lagi. baby carrier pulak comel-comel! Tergugat iman saya..nasib baik Merak SSCsaya masih comel dan kukuh..
Btw, tak lama pon jenjalan kat situ..50 minutes je..Dan inilah damage yang terhasil...
Sepasang Soft Shoes Mamas&Papas *RM20 only...ada satu booth jual RM26 the exact same shoes*
Play Tent *Ada beberapa design such as pink barbie, blue underwater, cars, tunnels , tp sy pilih yang ni sebab murah + size paling besar + unisex*Harga lepas tawar dpt RM52..
Balik je rumah excited terus pasang tent ni..Nasib baik anak teruna tu suka..saya pun suka jugak...heheh.
Luas and tinggi, kita pon boleh duduk dalam tu main sekali..
Okayla, itu je update untuk kunjungan cik kiah ke motherhood expo hari ni.. Esok dan Lusa masih ada lagi..so sapa2 nak gi,boleh la pegi jalan-jalan cuci mata..
For more info, boleh baca kat blog ni
Selamat Berhujung Minggu
Adios
*Nota: Minggu depan jumpa di Perak, Iallah*
Published with Blogger-droid v2.0.2
mcm best je..tp since my boys dah besar ni, x rs sgt dah nak g motherhood expo nih...heh3x..
ReplyDeletebreastpump athi rosak ke? kenapa nak yg baru?
ReplyDeletetak sempat g yg KLCC punya..tak sabar nak tunggu 9/3 kat midvalley punya
ReplyDeleteManual unimom mezzo murah n best . Huhu
ReplyDelete