Saturday, June 30, 2012

Geramnya, comel-comel!!!

Assalamualaikum semua=)

Saya penat harini. entah nape la saya pun tak tau.
Tapi ada something yang menggembirakan hati ni hari ni...
Well, sebab diaper clutch design baru dah sampai!!!!!
Geram weii tengok comel-comel.
Rasa mcm nak rembat simpan untuk kegunaan sendiri..Hahahaha
Tak jadi bisnes la gitu kan...
So, tak nak tunggu lama-lama, saya gigih meng-upload dlm blogshop dan facebook page.

Jemput la tengok. Kalau-kalau berminat nak beli untuk kegunaan sendiri ke, nak bagi hadiah ke, kan?

Ni antara design yang ada kali ni.. Banyak lagi, boleh browse kat blogshop or facebook ye =)

Cantik-cantik kan? 


Another thing, diaper stacker tinggal 2 je lagi tau. sekarang harga diaper stacker dh off RM5, so tinggal RM25 je... Kalau beli sekali dengan Diaper Clutch, leh dpt free postage=)


Nak tengok Diaper stacker, leh browse kat album ni..

Selamat Berhari Minggu esok, sambil tu cuci lah mata kat MyHafiy Blogshop yer... Thank You..





Wednesday, June 27, 2012

Buku Pink Umi

Assalamualaikum,

Alhamdulillah. Kalau ikutkan ticker kat sebelah ni, saya sekarang pregnant 10 weeks and 1 day. Semalam encik suami ajak pergi check-up baby kat Klinik Desa Siputeh, memandangkan both of us rasa sedikit bersalah pada adik baby. Yerla, masa pregnant kan Ilyaas dulu kitaorg check dekat Ampang Puteri, dengan Dr. Fauziah. Those yang duduk KL and selalu ke Ampang Puteri, mungkin kenal la dgn Dr.Fauziah. Plus, we started his check up when he was 8 weeks. Tu pun kitaorg realize bila I bukak balik my first pregnancy book.

Well, sebenarnya, takdela neglect terus this precious second pregnancy. I took acid folic from the first week I knew I am pregnant again. I also continue taking my multivitamin pills that contains DHA, Omega, Calcium and B-complex. And I immediately stop taking fenugreek as advised by a dear friend of mine who is a doctor. And we went to two doctors in private clinic to confirm this pregnancy and did first scan when I am 8 weeks and nampak our little embryo =) Just that, we did not go to fancy private clinic and make appointments with famous gynaecologist like my first pregnancy.

Ok, back to the original title. Hari ni I got my pink pregnancy book. First time check up pregnancy kat klinik government, and feels so different. Ni chronology first check up kat gomen klinik...

1. Register kat counter and dapatkan giliran. Sebab saya gi KD je, so org tak ramai. Tak yah buat appointment etc. 


2. Since this is my 2nd pregnancy, so I serahkan my 1st pregnancy book to the nurse and dorang record all the details dalam buku pink I. Buku pink ada 2, satu simpan kat klinik, satu kita pegang. 


3. Lepas dah salin semua maklumat etc ke dalam buku2 tu, and tanya serba sedikit pasal tinggi and blood type, berat pun di ambil. Check tekanan darah, amik darah kat jari and check air kencing. Alhamdulillah semua ok. Nurse tanya ada makan supplement ke sebab darah molek je.


4. Nurse tanya history first pregnancy. Ni yang lama, sebab cerita pasal emergency ceaser segala. 


5. Pastu, nurse suruh baring kat katil and dia check mata, leher (takut ada thyroid), breasts, perut (nurse cakap baby ada sebelah kiri, dia rasa ketul), check parut ceaser (sedikit risau since parut tebal) then check kaki (kalau ada urat timbul etc).


6. Nurse bagi nasihat cara nak bangun dari baring. Tak leh bangun tegak je, boleh rosakkan tulang baby, kena mengiring dulu baru bangun.


7. Dapat supplement. Free, kalau kat private acid folic pun kena bayar. Antara supplement yang dpt hari ni ialah ... Acid folic, B-complex dan satu lagi tak ingat nama..


8. Nurse terangkan kepentingan setiap supplement tu and bila waktu yang sesuai nak makan.


9. Nurse terangkan saya akan dapat sticker hijau dari kementerian kesihatan since pregnancy saya dikategorikan sebagai pernah bermasalah. My first pregnancy dulu kan end up dgn emergency ceaser since kepala Ilyaas tak turun walaupun bukaan dah 8cm. So, based on sticker hijau, saya perlu check 4 minggu sekali.kalau tak, 8 minggu sekali. and then, case saya kena refer ke hospital ipoh.tak leh la ke hospital batu gajah. but saya plan nak bersalin kat hometown kat bukit mertajam je nnt. 


10. Lepas tu, buat appointment untuk check darah kat Klinik Kesihatan Tronoh dan next check up kat Klinik Desa Siputeh. So next week kena gi KK Tronoh utk amik darah pulak.

Overall, I feel satisfied with the first check up kat Klinik Desa. Hopefully, more successful check ups in the future.

bak kata nurse, this is a risky pregnancy. so , tag hijau . But InsyaAllah  its not risky both to baby and myself

Tuesday, June 26, 2012

Wedding of Hakim & Dr. Sarah, 23 June 2012

 Fuhhh, rasa mcm lama tak jenguk blog. Padahal baru seminggu je. Seminggu yang sangat occupied with family event sebab kami sekeluarga pulang ke terengganu untuk majlis sambut menantu adik ipar saya. Kami pulang ke terengganu pada hari rabu sampai lah semalam, isnin baru balik ke tronoh. Sepanjang kat ganu mmg xbukak blog langsung. online gitu-gitu je, tu pun via hp je. setakat check email and bukak fb je pon. Secara random nya, the wedding was a successful one. Walaupun semua orang kepenatan, tp berpuas hati dan gembira menerima ahli keluarga baru. Tahniah Hakim & Dr Sarah. Tak larat nak type panjang-panjang, kita tengok gambar je la yer...okay?


Memula meh kita layan gambar budak-budak comel di dalam keluarga halaman dhuha..tp tak semua plak ada gambar..
Ni Kak Rayhana yang sangat bekkeng. sapa kacau, kena fire. Seb baik dgn i dia baik gak, tu pon ikut mood la.
kat belakang tu anak teruna saya ye. belum boleh masuk meminang lagi.

ni 2 org budak tak comei. yg comei nya budak yang kena dukung tu. Alesya Farzana

flower girls

cube senyum sikit mek hana oooii, 
si selekeh anak saya. comot and masam gila dia time ni

shy-shy cat Amzar
drama queen Zahra
 Sekarang baru kita intro pengantin nye ye....

cake cutting caremony
introducing Hakim & Dr Sarah

team cherish every cherry bersama pengantin. Ilyaas dah salin baju sebab dah poo-poo smelly

jadi penyambut tetamu sekejap

some of the door-gifts

ahli keluarga penunggu hadiah 

my parents and youngest brother sampai from penang. 

my parents in law with the newly weds

pemberi door-gifts

silat kura-kura show. a must-show for every dhuhanians' wedding. masa wedding i  2 yrs ago, jenuh tahan gelak sebab silat kura-kura ni agak lawak + scary

Arman Faris, time ni dia ngadu berat nak pegang bunga manggar tu

the arrival of VVVIP . sorry i tak berani nak letk pic yang lebih jelas..huhu..
tp, berpengalaman lah i salam dgn sultanah :)

family pengantin perempuan dari melaka

and the pelamin with Miss Zulfa as a scale:P

Macam-macam juga story di belakang tabir sebelum wedding ni. antaranya ialah Zulfa jatuh atas jalan tar depan rumah, pastu luka agak dalam and termasuk batu. So, doktor advise suruh jahit. Jadi, sian la anak dara sorang ni bawah hidung dia berjahit time wedding pok keng dia. Seb baik Zulfa sgt brave, kejap je nangis. Umi athi doakan Zulfa cepat2 sembuh and takde parut ye sayang..pastu cepat sikit tumbuh rambut..hehehhe

Oh okay lah, nak sambung betulkan power point utk presentation saya..

Bye-bye...


Nota kaki:
Sy gembira, saya dapt giveaway dr IDS. Plus, dah call hotel and voucher tu extend sampai 31 july, so tak yah rushing nak gi bercuti ke CH by minggu ni jugak..
Thanks IDS fot the giveaway. Nnt dah gi CH, saya update ok.




Wednesday, June 20, 2012

Giveaway from [In DNaZz's ShoEs]

Assalamualaikum semua, 

Pagi tadi bila bukak blogger nampak post from Dnazz pasal first giveaway. Terus teruja tgk hadiah yang disediakan...Maka dengan itu, saya pun mahu berusaha menjadi pemenang (sekiranya ada rezeki lah).

Saya mula kenal blog Dnazz ni bila dok cari-cari blogger yang mempunyai anak dan sedang sambung study. Pastu, ada sorg dlm FB group bagi link blog Dnazz. Bila sekali baca, terus follow, sebab entry2 nya menarik dan banyak persamaan dgn gaya hidup saya. Lagipun penulis pun ada anak sebaya Ilyaas yang bernama Haris Rifqi.

Bila 2-3 bulan ni saya baru start berkecimpung dalam dunia Cloth Diaper, sekali lagi blog Dnazz menjadi rujukan utama sebab Dnazz juga menjadi penjual CD dan banyak berkongsi ilmu pasal CD ni. Klu tak caya, leh baca kat entry 101 Cloth Diapering by Dnazz . Pasni nak beli CD dr blogshop Dnazz tp tunggu tgh kumpul duit dulu.hehehe, klu ada promotion best2 sure saya xkan lepaskan ..:)



Tujuan utama saya nak hadiah tu ialah sebabnya rumah saya nak ke Cameron Highland cumalah 70-80km je, so senang la kalau nak pergi bermalam kat sana. Lagipun, selama dok pergi Cameron Highland ni, tak pernah merasa tidur kat Equatorial lagi ok..asyik tidur penginapan berkonsepkan apartment jew..Teringan la jugak mak sekeluarga nak merasa, tp kan sebab harganya selalu lebih mahal, maka niat itu terpaksa dipendamkan ajew. Ohhhh, bestnya kalau dapat hadiah voucher ni...


Ps untuk Dnazz:
Terima kasih banyak2 la Dnazz kalau awak pilih saya sebagai pemenang giveaway awak..Saya sure akan jadi pelanggan blogshop awak pas menang voucher ni..hahaha bodek sikit, boleh eh Dnazz?





The last EBM for Ilyaas

Dear Ilyaas,

19 June 2012 marks the very last day you drink my expressed breast milk (EBM).
I managed to breastfeed you for about 1 year, 2 months, 3 weeks and 4 days only.
Did not succeed to fulfil my wish to continue breastfeed you until you are 24 months.
Well, even though I've read that breastfeeding while pregnant is safe and does not effect the baby inside,
my milk production is lowering day to day until I stopped pumping (because I have no more milk) 3 weeks ago.
So, since 3 weeks ago, you were only drinking EBM before you went to bed (around 7oz per drink) and the rest I top-up with formula milk. Sorry Ilyaas, umi is not able to continue breastfeed you until you are two.
But, I think you are doing fine with formula milk and bottle. You become smart and clever each day.
And the most important thing, Ilyaas does not suffer from any side effects from formula milk.
Thank You Allah for easing my way to wean off Ilyaas.
Others can read my experience on weaning off Ilyaas from breast milk here.

Ilyaas, this is your very last breast milk that goes into your body

My little angle understand his umi's situation and coop well .
Sempat posing utk amik gambar.
Love you son, no matter what milk you drink. 

Monday, June 18, 2012

Pangkor Trip: Food


Lepas melayan kerenah si anak yang takut pasir pantai tu, kitaorg jalan2 kat Pantai Teluk Nipah. Ada banyak gerai menjual makanan di sini. Termasuk char keow teow, nasi ayam, otak-otak, ice cream, pulut panggang dan banyak lagi. 
Tapi yang menjadi pilihan kami berdua ialah Burger Giam Island. Memang sedap macm burger Otai. 
Beli bungkus, makan kat hotel berebut dengan Ilyaas Hafiy yang dah kelaparan. 


Malam pulak, kitaorg dinner kat kedai yang namanya tak diingati. Maaf, tp mmg rekomended la kedai ini sbb harganya berpatutan. Etceli, masa sampai kat hotel, pak cik driver taxi dah pesan, kalau boleh jangan makan kat shop lots yang ada dpn hotel anjungan sebab harganya jauh lebih mahal. So, masa jalan2 petang kat pantai teluk nipah, saya merajinkan diri tanya orang local kat situ kedai mana yang harganya berpatutan n rasa makanan sedap. Dorg suggest kedai ni,so kitaorg pun cubala. 

Jom layan gambar 


lihatlah betapa bosan nya muka anakanda hamba menunggu makanan sampai


seb baik ada penyanyi jalanan menghiburkan para pelanggan. 
Terlayan jugak , suara pun not bad. 


sampai ternganga anakanda hamba kagum melayan music jalanan itu

bila food dah sampai, org paling tak sabar ialah Ilyaas Hafiy. 
Dia makan banyak gila sampai lebih separuh nasi sepinggan orang dewasa tu. lapor benor dia. 
Kitaorg order Sup Sayur Campur, Telur dadar, sambal sotong 

dan ayam masak sweet sour

rasanya sedap, tak rasa perencah aji na moto, dan kuantiti sangat banyak. tak larat kami bertiga nak habiskan. kembung perut dah nak cuba sumbat bagi habis. tu portion small tau.klu portion medium or big, entahla gamaknya camne..

Tak order pun ikan bakar, sbb tak rasa nak makan pun. lagipun harganya paling murah RM28 seekor.bergantung pada jenis ikan dan size. 

Selain tu, sepanjang pantai teluk nipah banyak lagi gerai2 yang jual makan malam. varieties la. ada jugak warung jual sate ikan, sate kerang dan sebagainya..kitaorg xtapau apa2 dah pastu, sebab seriously kekenyangan yang amat.

For breakfast the next morning pulak, hotel tak sediakan complimentary breakfast. klu nak ala carte, ada la.. tp malas nak makan kat hotel. kitaorg cari warung lagi. Jumpa satu yang best, warung old skoll je, lupa nak amik gambar. tp jual nasi lemak serta western breakfast jugak. harga pun tak la mahal mana. dah kenyang, kitaorg balik bilik sambung tidur.hahahhaa...



Pangkor Trip: The Ferry and Jetty

Assalamualaikum and Hi, 

Sebelum ingatan pada percutian di Pangkor 2 weeks ago makin pudar, saya nak update apa yang ingt, untuk rujukan bersama. Hari ni nak citer pasal Ferry dan Jetty ke Pulau Pangkor. 

Terdapat dua jetty untuk ke Pulau Pangkor. Jetty pertama terletak di Lumut. Jetty kedua pula terletak di Marina Island. Saya pernah terbaca satu entry seorang warga Pulau Pangkor tentang jetty Marina ni, jadi saya pun ajak la suami ke sana. Lagipun, melalui pembacaan kat online , banyak parking bays kat Marina Jetty ni. Kitaorg pun confident la nak ke sana, since perjalanan ke Pulau Pangkor adalah lebih cepat dari Jetty Marina berbanding dari Jetty Lumut. Ni gambar masa kitaorg kat Jetty Marina. Panas masa tu seb baik angin laut sepoi2 bahasa je.

Yang tak bestnya,kat sini parking tak berbumbung. Parking berbumbung hanya di-reserved untuk kenderaan yang berdaftar dgn Marina Jetty. Siap ada number plat kat tmpt parking berbumbung tu. and paling tak best, kalau nak naik ferry dari sini, kita kena jadi Member Marina Jetty dulu ok!klu tak jadi member, takleh beli tiket ke Pulau Pangkor. Satu keahlian RM10. tak pasti sepanjang hayat atau setahun ke guane tak tahu. Sebab lepas dapt tahu kena ada member's card baru leh beli tiket, saya ajak husband gi naik ferry kat Jetty Lumut je. membazir RM10 buat apa, bukan kitaorg nak  naik ferry selalu pun.
Lagi satu, jadual ferry kat sini selang satu jam. tak frequent sangat la mcm kat Jetty Lumut. 
Untuk info pasal Marina Jetty, leh baca sini.

Bila dah sampai kat Jetty Lumut, dah nak dekat pukul 1 sebb kitaorg singgah makan tgh hari dulu. Cepat2 saya gi beli tiket untuk feri kol 1.15pm. Tak sempat nak snap gambar sbb kelam kabut hujan nak turun n nak cepat2 masuk ferry supaya Ilyaas xkena hujan. Harga tiket cuma RM10. Ada banyak company yang jual tiket, tp end up akan naik ferry yang sama je. 

Ni je pic yg sempat di snap masa kt Jetty Lumut.

Untuk pengetahuan, jetty lumut skrg dah cantik. ada banyak kedai jual barang cenderamata. dan kedai makan. so, kalau nak lunch kat sini pun banyak choices yang ada. and harganya tak mahal sgt kot. Untuk parking pula, disediakan parking bertingkat and of course la berbumbung. RM10 per 24 hours. Ferry pulak ada dua jenis. Masa pergi, kitaorg dpt ferry yang takde tempat open-air.Lagipun, masa tu nak hujan jadi prefer duduk kat dlm ferry je la. Plus Ilyaas was very very sleepy and grumpy. 


Ni pemandangan kat Jetty Pangkor. Tak kisah naik ferry dari Lumur or Marina Island, kita akan tetap sampai di sini. Tepi jetty ni ada kopitiam. lepas sampai je, sure ramai yang approach nak sewa kereta ke, nak taxi ke, motor ke.. 

Untuk yang nak stay more than 1 day, boleh la sewa moto kalau family kecik je. Klu family besar, terpulang la nak sewa kereta or taxi. sebab taxi dia dah cukup besar bcoz it's a van! kalau naik ramai2, harga satu trip RM10, tp klu naik tak berapa ramai org, harga satu trip RM15.




Ni lah rupa tiket ferry dr Lumut. tiket ni RM10 cover pergi balik. So simpan je la tiket ni jgn dibuang lepas first trip. Sebab maybe ada kemungkinan dorg mintak nak tgk tiket. walaupun tak terjadi pada kitaorg. Mulanya ingt tiket one way je, tp bila kat jetty pangkor time nak balik, tanya pak guard kat situ kat mana nak beli tiket, dia ckp kat lumut..kat pangkor ni naik je ferry.. so baru paham it's a two way ticket rupanya. Jimat :)



Wednesday, June 13, 2012

Tips to change from Breast Milk to Formula Milk

Assalamulaikum and Hi, 

I have been waiting for sometime to write this entry because it was one of the biggest decision I've made in the life of my son. Sound very complicated kan? Well, to some extend it is, emotionally complicated for both mum and baby. I believe, all mothers dream to breastfeed their baby until the last drop of their milk. Dalam Islam, kita digalakkan untuk menyusukan anak sehingga berusia 2 tahun. Tapi, ramai yang terpaksa berhenti awal atas sebab-sebab yang tak dapat di-elakkan. Sebagai seorang ibu, kita janganlah cepat menuduh yang tidak baik bila kita lihat ibu lain bagi FM pada bayinya. We'll never know what condition she is enduring sampai kena buat decision to stop breastfeeding. 

As for my case, I choose to stop breastfeed Ilyaas Hafiy once I realized I am pregnant again with my second child. Ilyaas was 14 months by then and he is fully breastfeed. Well, not really fully if I want to be strict in breastfeeding rules. He was given FM by the hospital when I was not able to feed him during night feeding time due to operation I underwent. But, I managed to breastfeed him after that. Ok, better stop nagging and I will write on my experience how I change Ilyaas from breast milk to formula milk.

Stay tuned with me but pls remember, this is a unique case from a child to another child. Some tips may work well with your child, but some may make it worse. Ini ialah konsep cuba dahulu baru tahu, dan jangan mudah berputus asa. 
my last expressed milk.  2-3 weeks ago I cant remember. 

1. Doa
- Paling penting. Banyakkan berdoa memohon pertolongan Allah dalam nak bertukar kepada FM. Doa ibu   mudah diperkenankanNYA. Kalau dulu berdoa supaya susu banyak dan cukup untuk si anak. Tapi , sekarang atas rezeki kedua, saya bersungguh-sungguh berdoa, sekiranya berhentikan susu badan dan bermula susu formula adalah yg terbaik untuk Ilyaas, saya pohon Allah permudahkan urusan pertukaran ini. 

2. Semangat Ibu
-Perlu Kuat dan Sabar. Anak akan menangis semahu-mahunya bila ibu tak direct feeding. Bayangkanlah, sepanjang hayat Ilyaas, dia tidur bertemankan direct feeding. Tiba-tiba secara drastik saya nak bottle feed dia before tidur. Parah sgt keadaan Ilyaas bila menangis meraung tak ingat dunia when I refused to DF him. Sy asingkan diri ke bilik sebelah sementara Ayah Ilyaas struggle nak bottle feed kan dia. Mengalir juga air mata ni dgr tangisan si anak.apakan daya, kena kuat dan bertahan. Ada kalanya, saya mengalah dgn keadaan sbb Ilyaas dah takde suara langsung nangis and reject susu formula. 

3. Jenis Susu Formula
- Ikut nasib.Ada sesetengah pihak, sekali cuba first brand, anak dah terus terima dgn jayanya. Untuk kes saya, susu ke -5 baru Ilyaas terima dgn gembiranya. Saya cuba susu Dumex Dupro pada peringkat permulaannya, masa tu Ilyaas baru 9-10 bulan. Reject. Kemudian, try Ducth Lady. Reject juga. Try pulak Lactogen. Reject juga. Try pula Dumex Dugro bila Ilyaas dah 13 months. Reject lagi. Bila masuk 14 months and sy tau sy pregnant lagi, sy tau sy kena try bersungguh-sungguh. Sy cuba Susu Ilham. Alhamdulillah Ilyaas terima dan takde masalah cirit, kembung perut or other problems. After that, sy cuba semula Dumex Dugro and Alhamdulillah Ilyaas dapat accept. So he is now on Dumex Dugro. 
Kalau perasan, sy hanya pilih susu formula yang murah-murah je. Sbb Ilyaas jenis minum susu banyak dan kalau sy pilih susu FM mahal-mahal, mau kopak wallet kami laki bini nak belikan dia susu mahal-mahal. Bgi saya, Ilyaas dah besar skrg, so susu sbgai tambahan je. 

4. Masa
- Sesetengah orang dlm masa sehari je baby dah accept FM. sesetengah berminggu-minggu, ada yang berbulan-bulan. Bagi kes saya, berminggu-minggu lah jugak. minggu pertama paling stress sbb mentally sy dan Ilyaas belum bersedia untuk weaning off from breast feeding. Minggu kedua, lebih tenang. Suami lebih memahami dan membantu. minggu ketiga, banyak improvement. Minggu ke-empat, fully weaning off. Alhamdulillah.

5. Sokongan
-Sgt penting untuk ibu. Sokongan dari suami, ibu dan ibu mertua sgt diperlukan. Ni bukan decision yg mudah buat saya sbb cita-cita nak breastfeed Ilyaas until he is 24 months, tp perlu stop awal. So, suami memainkan peranan penting. Moral support itu perlu. Ibu dan ibu mertua pun kena memahami tindakan bertukar susu ni bukan boleh buat sekelip mata, tambah kalau ada anak yg kuat ngamuk mcm Ilyaas. Jadi, kerjasama diperlukan di sini. Sy beruntung, mak saya dan mak mertua sy paham and tahu mcm mana Ilyaas akan mengamuk bila xdpt direct feeding...so, dorang slowly bg smngt kat saya and xpush sy untuk weaning off on the spot sy tau sy pregnant. 

6. Jenis botol susu dan puting
-Kalau dulu sy pakai puting no 1 for MAM and Tommee Tippee untuk mudahkan sy collaborate between direct feeding and bottle feeding (EBM) masa kat rumah babysitter, untuk formula milk feeding sy tukarkan kepada puting yang lubangnya lebih luas. Supaya Ilyaas rasa minum FM dr botol lebih cepat hilang kenyang/dahaga dia dari direct feeding. Dulu sy guna MAM and TT, sekarang sy guna Avent. 

7.  Mula dgn EBM in bottle 
- Saya mulakan dgn familiarize Ilyaas with EBM dlm botol dulu, kemudian start FM in botol. Ini kerana, dah jadi kebiasaan kami sejak 14 bulan yg lalu, kalau kat rumah, Ilyaas akan direct feeding je. tak pernah minum EBM dr botol. itu hanya kat pengasuh je. Sy buat jadual berkala dan tampal kat whiteboard kat rumah supaya sy leh monitor berapa byk EBM and FM dia minum dlm sehari. 

Day 1:Siang EBM 2x, FM 1x. Malam EBM sahaja. 
Day 2: Siang EBM 2x, FM 1x. Malam EBM 2x, FM 1x
Day 3: Siang EBM 1x, FM 2x. Malam EBM 2x, FM 1x
Day 4: Siang  EBM 1x, FM 2x. Malam EBM 1x, FM 2x
Day 5: Siang ALL FM, Malam EBM 1x, FM 2x
Day 6 dan seterusnya : Siang ALL FM, Malam EBM 1x, FM 2x until EBM sy habis (skrg tak habis lagi)

Jadual ni bermula dgn cantik bila saya start susu yang ke-5, iaitu susu Ilham. skrg kembali ke Dumex dugro. EBM sy bagi hanya before tidur. Untuk elakkan pembaziran stock susu2 sy yg ada dari bulan lepas. 


Emm, itu je sy dpt fikirkan buat masa ni. If any of you dlm situasi yang sama dgn saya dan perlukan tips, boleh je contact sy directly. :) 

Semoga anda berjaya. 

Kemn's Touch by Kemn Azmaili

Assalamualaikum , 

Entry hari ni tak de kaitan dgn Pangkor Trip kami. Hari ni saya nak perkenalkan anda dgn kawan blogger saya. Namanya Kemn Azmaili. Kitaorg kenal pun melalui blog je, tp sebab anak teruna kitaorg ni sebaya, so selalu je in touch pasal anak-anak. Sejak dua menjak ni, Kemn makin menunjukkan bakat terpendam dia sebagai freelance make-up artist. Saya belum pernah cuba lagi, tp melihatkan hasil kerja tangan sahabat seorang ni, saya yakin kualitinya sgt bagus. 
Sebab tu saya berani nak kenalkan anda semua dgn kemn. mana tahu, anda sedang mencari freelance make up artist kan, lagipun, kemn xcharge mahal-mahal. harganya sgt berpatutan. 

Nak tgk hasil sentuhan kreatif dan lembut Puan Kemn kita ?


Camne? Gorgeous kan? Simle yet stunning pada mata saya.
Apa tunggu lagi, cepat2 contact Kemn takut slot yang anda nak dah penuh..



Ni saya perkenalkan Puan Kemn dan keluarganya...

Untuk info lanjut, anda boleh rajinkan tangan meng-email atau meng-contact Puan Kemn di Facebook Page dia di sini.







Tuesday, June 12, 2012

Pangkor Trip: The Beach @ Pantai

Lepas check in pada 9hb tu, kami anak beranak layan tidur dulu dalam kesejukan aircond. Ilyaas mestilah jadi orang paling last tidur tu pun lepas puas mengintai swimming pool dari sliding door bilik. And Ilyaas la orang paling last bangun (read, kena paksa bangun) sebab kami nak pi pantai. 
Niat di hati nak main air dan buat sand castle dgn si anak. Malang sungguh, anak teruna hamba merupakan seorang yang tak friendly pada laut mahupun pasir pantai yang putih nan indah itu. 

Dulu kecik-kecik selalu je bawa dia pi pantai batu buruk bila kitaorg balik kampung kat Ganu, n mmg dia dah tunjuk ciri-ciri takut pasir pantai. Masa tu ingt sebab dia kecik lagi. Sekarang dah bleh berjalan, harapkan dah berubah la persepsi dia pada pasir.. Nan ado...makin kronik jadinya...

Jom la kita layan gambar kat pantai.. Ni je la caranya kami spend masa kat pantai, handle anak yang cranky and takut pasir dan ombak...


Tengok tu, sambil nangis sambil membebel ..Kaki pun tak nak sentuh pasir. Geli mungkin...walaupun bagi pakai selipar still tak nak sentuh pasir. 

Ni dia tgh stress, apsal la umi and ayah dia relax je lepas atas pasir ni. Siap main sand castle. 
Dah anak xnak main, umi ayah main la.

Ni la pemandangan kat Coral Beach. 3 minutes walk from our resort. Pantai ni luas and tenang sikit. 
Kalau pantai yang 100m dari resort tu, agak sempit and crowded. kalau air pasang, takde tempat nak lepak lepak. Jadi kami pilih untuk berjalan sikit untuk sampai ke pantai yang lebih relaxing ni. Dari pantai ni boleh direct nampak Pulau Giam. lokasi orang tgk coral. 

Dah nak sunset time ni. ada beberapa orang budak tgh mandi. Kami tak turun pun ke laut. dah anak teruna nangis sakan dgr and nampak ombak. Takut bukan main. Padahal umi ayah dia berasal dari negeri yang ada pantai2 yang fames jugak la. 

Tu Pulau Giam kat belakang tu. kalau air surut,leh jalan je kot. Ni attempt nak lambung Ilyaas, tapi xsampai hati sebab dia tgh bad mood. Mana ada sekeping gambar kat pantai yg dia heppi. 

Kan dah cakap dah, walaupun kami cuba nak bergambar sekeluarga, Ilyaas mengamuk. Tak nak pandang camera pun. Asyik nangis sambil bebel bebel suruh beranjak dari pantai cepat-cepat kot. 


Ni dia tgh cool sikit. sebab ombak baru nak surut. 

Bila ombak datang balik, cpt2 nangis dan jerit lagi. Bergaya je dia pakai swimming attire tu. 

Cubaan terakhir si ayah nak bg anak familiar dgn laut. 
Kesudahannya=tidak berjaya lagi

Btw, kat Pangkor ni, banyak pantai. Antaranya Pasir Bogak (pantai dia lebih luas, and lebih dekat dgn town Pangkor), kat sini banyak burung enggang. And boleh tangkap ikan bilis guna baju je. ni experience saya pegi Pangkor masa belasan tahun dulu dgn famili. Kitaorg menginap kat resort Bayu Beach kot kat Pasir Bogak. 
Selain tu, Teluk Nipah, tempat kitaorg menginap. Then, Coral Beach pantai dalam gambar2 saya ni.. 
Teluk Ketapang pun cantik gak pantai nya, sempat tgk masa otw nak balik tu. Tapi tak ramai orang, tak tau kenapa. Boleh refer map Pangkor Island untuk lihat destinasi pantai yang ada di pulau ni. 



Monday, June 11, 2012

Pangkor Trip: Anjungan Resort & Spa

Assalamualaikum,  

Last weekend, kami sekeluarga dah pergi bercuti ke Pulau Pangkor. Best, seronok dan berharap percutian tersebut boleh dipanjangkan lagi. Memandangkan kami ada komitmen lain, percutian ni hanya 2 hari 1 malam sahaja. Kami 3 beranak memilih untuk menginap di Anjungan Resort & Spa

Lokasi resort ini terletak di Teluk Nipah, one of the most crowded beach in Pulau Pangkor. Tujuan kami pilih tempat yang crowded ni sebab kami tak nak sewa motor ataupun kereta untuk bergerak mencari makan dan berjalan-jalan. So, lokasi Teluk Nipah ni senang, segala keperluan berada dalam walking distance sahaja. Convenient Store dekat, kedai makan dekat, warung burger dekat, tempat jualan souvenir pun dekat, dan pilihan penginapan yang sangat banyak. 

Anjungan Resort & Spa terletak di end-of-Teluk Nipah. Sempadan antara Teluk Nipah dan Coral Bay. 

Lokasi bernombor 3 tu lah Anjungan Resort & Spa. 




Compare dgn penginapan lain di Teluk Nipah yang kebanyakkannya berkonsepkan chalet, Anjungan Resort & Spa berkonsepkan bilik hotel/resort. Lain dari yang lain di sekitarnya. 
Kalau di Teluk Nipah, tak ada penginapan yang ada direct access ke pantai, sebab pantai dia tak berapa lebar untuk di bina resort/chalet. Jadi, semua pengunjung resort dan chalet kat sini perlu lintas jalan untuk ke pantai. Not a big deal, dari bilik boleh terasa angin laut dah, pantai lebih kurang 50-100m je. 

Bilik kami. Deluxe for 2pax with Queen Bed. First impression, puas hati. Sgt luas, sesuai untuk Ilyaas berlari-lari ke sana sini dengan gembira. Ada one day-bed dekat tingkap tu. Bilik ni sgt banyak tingkap. Jadi sgt cerah, kena lah un-tie the langsir untuk dapatkan sedikit privasi.

Ada TV, mini fridge, kerusi rotan nak dating berdua-duaan kat balcony:P
ada dressing table jugak, tp xde gambar. semuanya perabot berkonsepkan kayu-based. 

Tengok si kecik tu, dia yang paling happy bila dapat bercuti. Siap horayy horayy bila first time jejak kaki dalam bilik.
selain tu ada one open closet and mini bar yang simple (setakat ada mix coffee). so klu nak tea or hot choc, sila bawa dari rumah or beli je kat convenient store. 

Tgh pikir camne nak panjat katil ni sebab sedikit tinggi. 

Toilet. just nice. takde bath up bagai. cukupla hot shower. 


Ni view dari balcony kami. Cantik kan. Ilyaas sgt teruja tgk swimming pool tu. Excited bukan main dia. Kalau pool dia mmg no satu, tapi kalau laut, dgr bunyi ombak dah nangis. 

Anjungan Resort & Spa ni ada 3 jenis bilik (harga based on standard rate)


Facilities yang ada kat sini:-
1. Pool 
2. Jacuzzi
3. Spa
4. Cafe (tapi takde complimentary breakfast ye) --> down sikit..
5. Wifi kat cafe





Okaylah, nnt sambung cerita pasal percutian pendek di Pulau Pangkor. Sekarang i nak pi baca journal dulu. 1 hari minimum 1 journal kena review. target diri sendiri. 
Bye-bye