Lepas check in pada 9hb tu, kami anak beranak layan tidur dulu dalam kesejukan aircond. Ilyaas mestilah jadi orang paling last tidur tu pun lepas puas mengintai swimming pool dari sliding door bilik. And Ilyaas la orang paling last bangun (read, kena paksa bangun) sebab kami nak pi pantai.
Niat di hati nak main air dan buat sand castle dgn si anak. Malang sungguh, anak teruna hamba merupakan seorang yang tak friendly pada laut mahupun pasir pantai yang putih nan indah itu.
Dulu kecik-kecik selalu je bawa dia pi pantai batu buruk bila kitaorg balik kampung kat Ganu, n mmg dia dah tunjuk ciri-ciri takut pasir pantai. Masa tu ingt sebab dia kecik lagi. Sekarang dah bleh berjalan, harapkan dah berubah la persepsi dia pada pasir.. Nan ado...makin kronik jadinya...
Jom la kita layan gambar kat pantai.. Ni je la caranya kami spend masa kat pantai, handle anak yang cranky and takut pasir dan ombak...
Tengok tu, sambil nangis sambil membebel ..Kaki pun tak nak sentuh pasir. Geli mungkin...walaupun bagi pakai selipar still tak nak sentuh pasir.
Ni dia tgh stress, apsal la umi and ayah dia relax je lepas atas pasir ni. Siap main sand castle.
Dah anak xnak main, umi ayah main la.
Ni la pemandangan kat Coral Beach. 3 minutes walk from our resort. Pantai ni luas and tenang sikit.
Kalau pantai yang 100m dari resort tu, agak sempit and crowded. kalau air pasang, takde tempat nak lepak lepak. Jadi kami pilih untuk berjalan sikit untuk sampai ke pantai yang lebih relaxing ni. Dari pantai ni boleh direct nampak Pulau Giam. lokasi orang tgk coral.
Dah nak sunset time ni. ada beberapa orang budak tgh mandi. Kami tak turun pun ke laut. dah anak teruna nangis sakan dgr and nampak ombak. Takut bukan main. Padahal umi ayah dia berasal dari negeri yang ada pantai2 yang fames jugak la.
Tu Pulau Giam kat belakang tu. kalau air surut,leh jalan je kot. Ni attempt nak lambung Ilyaas, tapi xsampai hati sebab dia tgh bad mood. Mana ada sekeping gambar kat pantai yg dia heppi.
Kan dah cakap dah, walaupun kami cuba nak bergambar sekeluarga, Ilyaas mengamuk. Tak nak pandang camera pun. Asyik nangis sambil bebel bebel suruh beranjak dari pantai cepat-cepat kot.
Ni dia tgh cool sikit. sebab ombak baru nak surut.
Bila ombak datang balik, cpt2 nangis dan jerit lagi. Bergaya je dia pakai swimming attire tu.
Cubaan terakhir si ayah nak bg anak familiar dgn laut.
Kesudahannya=tidak berjaya lagi
Btw, kat Pangkor ni, banyak pantai. Antaranya Pasir Bogak (pantai dia lebih luas, and lebih dekat dgn town Pangkor), kat sini banyak burung enggang. And boleh tangkap ikan bilis guna baju je. ni experience saya pegi Pangkor masa belasan tahun dulu dgn famili. Kitaorg menginap kat resort Bayu Beach kot kat Pasir Bogak.
Selain tu, Teluk Nipah, tempat kitaorg menginap. Then, Coral Beach pantai dalam gambar2 saya ni..
Teluk Ketapang pun cantik gak pantai nya, sempat tgk masa otw nak balik tu. Tapi tak ramai orang, tak tau kenapa. Boleh refer map Pangkor Island untuk lihat destinasi pantai yang ada di pulau ni.
No comments:
Post a Comment
Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...