Monday, June 18, 2012

Pangkor Trip: The Ferry and Jetty

Assalamualaikum and Hi, 

Sebelum ingatan pada percutian di Pangkor 2 weeks ago makin pudar, saya nak update apa yang ingt, untuk rujukan bersama. Hari ni nak citer pasal Ferry dan Jetty ke Pulau Pangkor. 

Terdapat dua jetty untuk ke Pulau Pangkor. Jetty pertama terletak di Lumut. Jetty kedua pula terletak di Marina Island. Saya pernah terbaca satu entry seorang warga Pulau Pangkor tentang jetty Marina ni, jadi saya pun ajak la suami ke sana. Lagipun, melalui pembacaan kat online , banyak parking bays kat Marina Jetty ni. Kitaorg pun confident la nak ke sana, since perjalanan ke Pulau Pangkor adalah lebih cepat dari Jetty Marina berbanding dari Jetty Lumut. Ni gambar masa kitaorg kat Jetty Marina. Panas masa tu seb baik angin laut sepoi2 bahasa je.

Yang tak bestnya,kat sini parking tak berbumbung. Parking berbumbung hanya di-reserved untuk kenderaan yang berdaftar dgn Marina Jetty. Siap ada number plat kat tmpt parking berbumbung tu. and paling tak best, kalau nak naik ferry dari sini, kita kena jadi Member Marina Jetty dulu ok!klu tak jadi member, takleh beli tiket ke Pulau Pangkor. Satu keahlian RM10. tak pasti sepanjang hayat atau setahun ke guane tak tahu. Sebab lepas dapt tahu kena ada member's card baru leh beli tiket, saya ajak husband gi naik ferry kat Jetty Lumut je. membazir RM10 buat apa, bukan kitaorg nak  naik ferry selalu pun.
Lagi satu, jadual ferry kat sini selang satu jam. tak frequent sangat la mcm kat Jetty Lumut. 
Untuk info pasal Marina Jetty, leh baca sini.

Bila dah sampai kat Jetty Lumut, dah nak dekat pukul 1 sebb kitaorg singgah makan tgh hari dulu. Cepat2 saya gi beli tiket untuk feri kol 1.15pm. Tak sempat nak snap gambar sbb kelam kabut hujan nak turun n nak cepat2 masuk ferry supaya Ilyaas xkena hujan. Harga tiket cuma RM10. Ada banyak company yang jual tiket, tp end up akan naik ferry yang sama je. 

Ni je pic yg sempat di snap masa kt Jetty Lumut.

Untuk pengetahuan, jetty lumut skrg dah cantik. ada banyak kedai jual barang cenderamata. dan kedai makan. so, kalau nak lunch kat sini pun banyak choices yang ada. and harganya tak mahal sgt kot. Untuk parking pula, disediakan parking bertingkat and of course la berbumbung. RM10 per 24 hours. Ferry pulak ada dua jenis. Masa pergi, kitaorg dpt ferry yang takde tempat open-air.Lagipun, masa tu nak hujan jadi prefer duduk kat dlm ferry je la. Plus Ilyaas was very very sleepy and grumpy. 


Ni pemandangan kat Jetty Pangkor. Tak kisah naik ferry dari Lumur or Marina Island, kita akan tetap sampai di sini. Tepi jetty ni ada kopitiam. lepas sampai je, sure ramai yang approach nak sewa kereta ke, nak taxi ke, motor ke.. 

Untuk yang nak stay more than 1 day, boleh la sewa moto kalau family kecik je. Klu family besar, terpulang la nak sewa kereta or taxi. sebab taxi dia dah cukup besar bcoz it's a van! kalau naik ramai2, harga satu trip RM10, tp klu naik tak berapa ramai org, harga satu trip RM15.




Ni lah rupa tiket ferry dr Lumut. tiket ni RM10 cover pergi balik. So simpan je la tiket ni jgn dibuang lepas first trip. Sebab maybe ada kemungkinan dorg mintak nak tgk tiket. walaupun tak terjadi pada kitaorg. Mulanya ingt tiket one way je, tp bila kat jetty pangkor time nak balik, tanya pak guard kat situ kat mana nak beli tiket, dia ckp kat lumut..kat pangkor ni naik je ferry.. so baru paham it's a two way ticket rupanya. Jimat :)



1 comment:

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...