Tuesday, July 9, 2013

Jom Recap Niat dan Adab2 Solat Terawikh =)


Assalamualaikum, 


Terbenam matahari kejap lagi, InsyaAllah semua yang membaca blog ni akan berpeluang menyambut bulan Ramadhan yang penuh barakah. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana masih beri kesempatan pada kita untuk bertemu dgn bulan mulia ini sekali lagi, InsyaAllah. 

Malam ni, kita semua akan mula berterawikh. Bagi yang ada kesempatan, tak de kekangan apa-apa, elok jugak kalau berterawikh di surau or masjid. Dapat memakmurkan masjid, besar pahalanya kan. 

Saya pulak mungkin akan berterawikh di rumah sahaja. InsyaAllah berimamkan suami. 
bertemankan dua permata hati kami,Ilyaas Hafiy dan Imani Hafiyya. 

Saya suruh suami ke surau atau masjid berdekatan supaya dia dapat merasai kelebihan bulan ramadhan, saya boleh jaga anak-anak di rumah, dan solat terawikh kemudian selepas suami dah balik dari masjid,

 tp dia cakap

" kalau abg sorang ke masjid, pahala tu abg sorang je dapat. tapi kalau abg solat dgn sayang kat rumah, pahala tu kita berdua dapat"

MashaAllah. Alhamdulillah. 

Memang Allah kurniakan saya seorang suami yang terbaik. 

Dia pemimpin saya. Dia pemimpin anak-anak saya. 


InsyaAllah sampai ke syurga. 




Jadi, untuk malam jom kita recap niat dan adab-adab solat sunat terawikh. 
Sudah setahun lalu kita tunaikan solat sunat ni.



Dimulakan dengan niat solat sunat tarawikh


Di ikuti Bacaan Tasbih dan Selawat selepas Solat Fardhu Isyak. Sebelum memulakan Solat Sunat Terawikh




Memulakan Solat Sunat Terawikh


Diteruskan dengan solat sunat terawikh 2 rakaat sama seperti solat sunat yang lain. 

Biasanya dilakukan sehingga 8 rakaat, atau 20 rakaat. 


Di ikuti pula dengan Solat Sunat Witir 3 rakaat

Niat Witir untuk 2 rakaat pertama


  • Sekiranya solat sendirian, tinggalkan perkataan di dalam kurungan;
Bacaan selepas Fatihah:
Raka’at pertama: Surah Al-A’laa
Raka’at kedua: Surah  Al-Kafiruun
Selawat Selingan
  • Sesudah salam, Bilal membacakan selawat


Niat Witir 1 rakaat


  • Pada raka’at terakhir, selepas Fatihah, dibaca 3 surah berikut;
Al-Ikhlas,
Al-Falaq dan
An-Naas.

Pada malam ke 15, kita tambah doa qunut di dalam solat witir kita



Untuk rujukan penuh, boleh rujuk di sini 


Semoga entry ni membantu kita semua. 


Selamat Berterawikh dan Berpuasa



Bagi yang menyusukan atau mengandung, InsyaAllah yakin boleh. 


Ini kali kedua saya berpuasa semasa menyusukan anak. 
Dua kali jugak berpuasa sewaktu mengandungkan mereka. 
Moga kali ini turut diberi kekuatan seperti Ramadhan2 yang lalu. 


InsyaAllah


2 comments:

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...