Wednesday, July 31, 2013

Ramadhan 2013: anak2 dan rezeki

Dah 2 hari berpuasa sebagai seorang suri rumah, beranak 2. 
Fuhhhhhhhh, satu cabaran hebat. 
Kagum sangat dengan korang yang full time housewife, puasa, jaga anak, bagi anak susu direct, masak suap anak makan, sidai baju, lipat baju, kemas mainan bersepah, dodoikan anak ngantuk, layan anak demand itu demand ini, masak untuk berbuka. Hebat hebat hebat.
Babysitter amik cuti 2 hari. Gi anta anak dia nak masuk kerja jadi nurse kat Hosp. Pantai Bangsar. 
Kasi chance la kan, anak sulung dia. 

30hb ada submission full paper untuk publish dalam journal.memang terkejar-kejar buat full paper tu. 
ulang alik jumpa sv lagi. 
malam 29 tu, nak siapkan map untuk image dalam paper. sambil tu proof read paper husband. kesian husband sv dia busy gila tak menyempat amik tau perihal anak didik. so, sebagai isteri bertanggungjawab, kite check dulu paper husband dgn penuh kasih sayang. 
jadi kol 12 baru tido. 
kol 4.30 plan nak bangun masak sahur. 
kol 3.30 Ilyaas merengek nak susu. badan panas pulak ....dalam hati, dahhhhh cakap oh noooooooo.anak a
ku demam pulak. 
bagi susu kat dia, Imani plak nak susu sekali. ok layan budak tu menyusu dulu. tertido. 
Kol 4, pegang dahi Ilyaas, panas!.
K, tak leh jadi ni. bangun basah kain kain, demah kepala dia, then bermulalah siri Ilyaas ngamuk bersama umi di pagi buta. 
Paksa dia makan ubat. Tak nak. Last last muntah. 
Sambil2 tu masak kat dapur. Ala kadar je, seb baik lauk semalam tu ada lagi,panaskan je. 
Lepas solat subuh, tertidur balik sebab nak tidurkan budak-budak. 
Alhamdulillah sepanjang siang semalam, Ilyaas dpt makan ubat dgn penuh kerjasama. resulted to free from fever by malam tadi. 
Ikutkan puasa kali ni terasa masa occupied sgt. dari segi keluarga. dan jugak perkembangan research. 
jarang update kat blog pasal masak apa semua mcm tahun lepas. 
Dah bosan makan nasik lauk. cuba buat western pulak minggu lepas. masak spaghetti bolognese ngn salad telur.
habis licin kami suami isteri makan waktu berbuka. betul lah orang kata, sekali sekala ubah selera mmg best. 
Production susu sepanjang puasa maintain. syukur alhamdulillah. sampaikan freezer dah penuh balik. 
ini merisaukan. 
mana nak letak kerepok lekor nnt bawa balik from ganu. 
Imani minum sikit-sikit. sekali panaskan ebm, 2oz, sekali minum 1oz habis. simpan kejap, habis another 1oz. 
kalau letak lebih, amik masa 4 jam baru habis. 
dia minum banyak sekaligus kalau waktu pagi subuh. tu mmg lama mengempeng. 
maybe sbb skrg dah start makan kan. so kurang la. 


makan pon kena ada style. nak berdukung. tak nak duduk dlm rocker, or walker or bumbo chair. 
dukung pulak sambil jalan. tengok alam. 
kalau time xmakan pun, dia banyak nak berdukung. berdodoi. 
tidur nak berenjut. jenuh la umi ayah berjoget nak tidurkan Imani. 
penat, rasa mcm buat aerobik lepas sahur. or buat poco-poco sebelum waktu berbuka. 
kalau tak kurus lagi ramadhan kali ni, tak tahulah. 
Imani skrg pantang nampak umi. nampak je merengek mintak di dukung, ajak main. 
sampai Imani join umi tulis paper. 
Ilyaas pulak makin bertanggungjawab. sgt. 
baik anak sulung umi ni. 
manja jugak. tapi memahami. 
ceria dah happening. 
kalau umi pujuk, baik jadinya. 
kalau ayah pujuk, lambat sikit nk menjadi. 
byk words yg dia dah pndai sebut. hari hari blk dr rumah babysitter dia ckp nk tgk wiewie. (tv)
fav skg bilang berapa byk bus, lori besar, lori kecik, lori sampah, motor dan kete di atas jln raya.
hari hari dia rindu acu dia. siap ambil ipod buat gaya telefon acu,

minggu ke 3 cuti nuzul quran tu kitaorg blk penang. berbuka dgn air tgn ibu adalah yg terbaik. 
mkn byk gila. kesian mak kn masak byk kitaorg blk. 
tahun ni raya kt ganu. jd kn la blk png dulu sebelum tu.baru adil saksama rukun rumah tangga.hihi
visited my third bro merangkap Lang Amir kpd Ilyaas Imani. struggling dia utk SPM. InsyaAllah kakak doa yg terbaik utk Amir ye. 
mak ayah still sedih sikit2 sebab Imran ada jauh. tp dorang ok je. imran pun enjoy je kat sana. 
bulan 10 nnt kitaorg 4 orang gi KK. nnt singgah tgk Imran jugak di estet dia. 
rezeki anak-anak la dpt pegi jalan jalan KK sbb umi ayah kena buat oral presentation kat sana. 
Kadang kadang Allah datangkan permintaan kita tu lebih cepat dr apa yg kita rancang kan. 
kami plan nak ke KK lepas habis master. tup tup rezeki dpt sedikit sponsor untuk ke sana. cuma bayar tiket anak2 je. 

boleh la mula rancang perjalanan di sana nnt. tunggu la blog2 yg ada buat review pasal percutian ke KK, pasti akan dikunjungi. sapa nak tinggalkan link pasal entri korang ke KK pun sila lah. insyaAllah sya akan baca dan surely berguna buat kitaorg kat sana nnt. 

ni petang ni dpt jengah blog kejap. sebab gas habis. tak dpt masak. call kedai runcit yg biasa hantar gas tu, dah 5 kali tak berjawab. ko cuti agaknya tauke? 

tunggu husband balik kerja dulu la, dia gi tgk kedai tu bukak ke tak. sebab jauh gak dari rumah. nak berjalan kaki, mau pengsan tgh2 puasa ni. hehehe. eh over nye .. dulu pegi field trip tgh2 ramadhan tak kisah pun kan. ni baru jaga 2 orang anak, dah lembik semacam. (mana taknya, dituruti virus cir-bir sekali gus selama 2 hari ni). 

emmm okayla, Imani dah hi pitch mintak didukung tu. 


selamat berbuka korang2. 

7 comments:

  1. bnyknya benda u buat... penat i baca. u yang buat mesti lagi penat... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah ye ke.
      i tak bermaksud nak cerita betapa penatnya i.
      atceli biasa2 je

      Delete
  2. Tula sis..mmg penat..lagi penat kalau takde hubz yang tolong..huhu..sadis je buat semua benda sorang2

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala siannya sis asyik kena buat sorang2. seb baik kakak2 dah besar leh tlg jugak sikit2 kan.
      husband sis keja luar selalu ke cmne?

      Delete
  3. Waaaa nmpk sgt hectic kat situ! Eh balik ganu meh la singgah kemaman..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu
      insyaAllah
      tp jarang la ke kemaman.
      u la dtg KT raya nnt singgah la rumah k

      Delete
  4. Waaaa nmpk sgt hectic kat situ! Eh balik ganu meh la singgah kemaman..hehe

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...