Monday, September 30, 2013

Ilyaas Hafiy new ride

Assalamualaikum semua, 

tik tok tik tok, dah dekat pukul 12 malam ni, baru dapat jenguk blog sendiri, hukhuk
 saya dah start tak de masa nak melawat blog sendiri. apa ntah lagi blog kawan2. 
saya terpaksa busy. kalau tak lambat siap research. 
tp ni singgah kejap nak rekod cerita pasal Ilyaas Hafiy. 

Ilyaas dapat basikal baru...yaaayyyy, umi excited. suka sangat. sebab dia happy. 
takde angin, takde ribut, tibe2 umi ayah nak beli basikal baru kat dia. 
Rezeki anak la kan =)
Ada duit lebih sikit (alhamdulillah), boleh la buat beli basikal baru. 


Inilah rupa basikal baru Ilyaas. Merah biru. 

Mulanya nak beli biru, gambar spiderman...
tp nnti adik Imani nak guna jugak, x best lah kalau gambar spiderman gegirl nak guna. 
So kita beli warna universal sikit. 
Sorry Imani sayang, Imani nnt pakai basikal abang...tak pe kan, kita mewarisi barang yg elok lagi.hehe

Masa beli ni, Ilyaas belum pandai kayuh pedal basikal tu lg. 
within one night, dia practice kayuh dalam rumah maktok and tokwan dia, terus terrer. 
the next morning, bawa basikal laju dah. 
good job son..


Ilyaas Hafiy at 30 months old dah ada basikal sendiri..

Mula2 dulu dapat tricycle. laju bukan main bawak. dah patah pun tricycle ni. 

*alahai comelnya ilyaas masa baby2 dulu, rambut lembut mcm sunsilk je*

Then tricycle itik pulak. 

Sekarang basikal betul ...

Jaga elok2 ye syang. nnt carry adik kat belakang. 

main elok2, tak nak jatuh, nnt luka 
(dah jatuh dah aritu dlm rumah...)


lots of love , 

Umi

Wednesday, September 25, 2013

Terima Kasih Irine Nadia =)

Senyum sampai telinga.

Tadi keluar gi dinner, balik je, terus dpt banyak gila notification org lain page MyHafiy Blogshop.

Rupanya, adik manis Irine Nadia baru je publish entry review barang-barang baby yang best. Ini termasuklah diaper clutch yang kitaorg jual. Thank You so much Irine for the lovely sincere review.

Jom tengok Fiska Medina si comel Irine ni beraksi dgn diaper clutch MyHafiy Blogshop =)







Read whole review dekat entry Irine 



Tuesday, September 24, 2013

Happy Birthday Amzar - anak susuan #1


Semalam, 23 Sept 2013, anak susuan saya #1 dah genap 3 tahun.
Walaupun dah 3 tahun, tp dia ni perangai macam baby.
Kadang-kdang nampak Ilyaas lagi bersifat abang dari dia.
eh nama birthday boy ni Muhammad Amzar....
Hensem ok budak ni.
Muka sgt jambu.

Sekarang dia dah besar, so kena behave mcm seorang abg la kan.
lagipun, tak lama dah tu nak jadi abang.
Amzar dah pegi school. Tadika Cina. dengan kakak dia.
So Amzar dah big boy.

Umi Athi nak wish Amzar a happy glorious birthday.
Semoga membesar jadi anak soleh.
Jadi good boy.
Sayang mummy, sayang daddy, sayang kak hana, sayang nenek, sayang tok dad, sayang umi athi, dan sayang semua ahli HD.

Esok sampai la kot hadiah Umi Athi dgn Pok Yeng bg ke Amzar.
Hope you will like it.
Boleh bawak pergi school nanti.
Hadiah biasa2 saje.
Tapi yang penting kan ingatan.
Zaman dah moden, tak dapat jumpa pon still boleh bg hadiah =)

ok sayang, nnt suruh mummy update blog ok.

tulis tips banyak2 sikit. =)



Monday, September 23, 2013

8m old little lady

Alhamdulillah, anak umi dah masuk umur 8 bulan 21 September lepas. 

Terima kasih Allah atas pinjaman yg cukup berharga ni. 

Niat di hati nak tulis love letter untuk Imani. tp masa mencemburui. umi tak dapat cari time nak feeling feling tulis surat kasih sayang untuk anak umi. nnt ye sayang. 

Ni nak recordkan milestone perkembangan anak umi supaya nnt umi tak lupa. 

Imani pon dapat refer kat blog umi nnt bila dah besar. 





Dah ada 2 batang gigi yg sgt tajam!
struktur gigi Imani mcm gergaji. 
sama mcm ayah dia. 
sekali kena gigit, mengalir air mata umi tahan sakit. 
2 hari sudah, Imani gigit kaki umi. pergh, lekat bekas gigi. 
15minit tak hilang bekas gigitan tu. 
itu baru umur 8bulan. 

Dah angkat punggung untuk merangkak, tp coordination kaki dan tangan belum sama, so tak berani nak bergerak dalam posisi merangkak lagi. 

Suka makan apa sahaja yg ada atas lantai. 
especially sticker abang Ilyaas. 
First time, Imani yak yak keluar kertas. 
Dia makan buku Ilyaas la tu. 
Second time, keluar kertas lagi. 
Third time, semalam, keluar sticker ikan. 
Aduiiiii, rasa bersalah betul, ada anak beza umur tak sampai 2 tahun ni mmg kena monitor betul2 la. 
yang sulung suka main sepah2. yang kecik tolong kutip dan makan. 
nasib baik yak yak keluar balik. 

malam td, tgh lepak supper makan kek, nampak dia kunyah2 something. 
cepat2 gi korek mulut dia. 
keluar 3 ketul sticker bintang abang Ilyaas lekatkan kat dinding. 
mcm mana ntah adik boleh amik, umi tak sedar. 
elok je dia mengunyah penuh kesedapan. 
alahai la anak...



At the moment, she has stranger anxiety . 
Tak boleh tak nampak umi. 
tengah malam, kalau umi pergi peluk abang Ilyaas, Imani cari susu tak jumpa, dia nangis. 

Kalau umi bangun solat subuh, dia nangis. ayah dukung, lagi dia nangis. 
bawa masuk surau, baringkan atas sejadah, dia nampak ramai umat manusia, tp umi tak dukung dia, 
dia nangis satu tesco dengar. 

orang dukung nak pujuk, dia nangis sampai keluar hingus hijau. 

adik manja sgt dgn umi. 
umi suka ;)

Imani kuat merajuk. 

Sekarang dh pandai bye bye orang. 
pandai bye2 umi ayah bila di hantar ke umah mak. 
ada beberapa perkataan bunyi mcm bai bai, dan abbbbaaaannnnngggg

i think she will talk earlier than Ilyaas. maybe. 


Semakin panjang. Berat mcm tak naik. 

Dah makan macam2. 
tp still refuse to take cerelac. 
susah nak travel mcm ni. 

breakfast selalu makan yogurt plain. kadang campur buah2 yg di blend. 

tgh hari makan bubur nasi. 
malam makan bubur nasi. 
kadang lenyek2 je nasi ayam bg dia makan. 


Rambut dah hampir memenuhi kepala,tp halus2 je. 

Bau badan dah makin masham. especially kat leher. 
suka mandi,suka main air.
suka tgk muka sendiri kat cermin. 
wanita katakan. 

suka tarik rambut abang Ilyaas. 
suka kacau abang Ilyaas main. 
Suka sepah kan buku sebelum tidur. 

Masih lagi fully breastfeed until now. 
susu formula pernah masuk 10ml dlm perut Imani, masa umi baru lepas operate kan dia. 
sebab dah mengalami fetal distress dlm process labouring her. 

ok sayang, nnt umi tulis love letter untk syang ye. 


"Imani baby umi"

Saturday, September 21, 2013

Strawberry choc chip bread puding

Hohohoho
Tak abis abis lg post pasal strawberry dan yg sewaktu dengannya..nak buek camne, bapak mertua pi beli strawberry paket besar kat cameron, pstu terlupa bawak balik...dah ada dlm fridge, kita cuba la inovasi buat apa2 supaya tak terbazir mcm tu jer...
Isnin aritu , guna strawberry tu buat bread butter puding.kali ni campur choc chips dgn hias dgn strawberry...buat dlm bekas pyrex yg besar tu, mmg x habis la makan..so bawa pegi lab on tuesday...huhu tp lab sy mostly org lelaki.so dorg x laju mana la desert ni...ada gak tinggal 3 ketui kecik xhabis...mungkin sebab x berapa sedap kot...sobs...sy mmg x pandai sgt buat desert mahupun kuih muih ataupun manisan.tahu makan je...tp rasa ok je kat tekak sy ni...
nak bg resepi kat sini pon segan..huhu...korg google la tgk kat blog lain yg lg terrer buat bread puding ni k...share gambo je kat sini...hihihi

Thursday, September 19, 2013

Strawberry Yogurt Drink





Sebab tak sempat nak buat adunan scones semalam, so kita just habiskan stok strawberry dlm fridge dgn buat strawberry yogurt drink. Kebetulan ada plain yogurt dlm peti ais. 

senang and cepat nak buat ni. 

saya guna 2 bekas kecik plain yogurt
10 biji strawberry
2 sudu kecik jus delima
ice cube

campur semua, blend sesuka hati

minum sejuk2 mmg terbaik

buat 2 gelas je

rasa refreshing 


pasni leh try dgn buah buah lain pulak

kalau nak sedap lagi, letak vanilla ice cream..
tp dah jadi x berapa healthy la:D


Untuk Homemade Banana Smoothies klik sini


Wednesday, September 18, 2013

Scones and T-Cafe (now known as Lord's Cafe)


Sebelum pegi CH kali ni, I dah berazam awal2 nak cuba strawberry scones dkt T-Cafe. 
Sejak setahun lepas, lepas baca review from Kak Anim (Tripletsplusone) pasal cafe ni, tercari-cari jugak location dia kat mana. 

Kebetulan kali ni hotel kitaorg kat Tanah Rata, I pon try check dkt TripAdvisor.com. Rupanya T-Cafe ni dekat deretan rumah kedai di Pekan Tanah Rata jugak. Cuma skrg, namanya dah jadi Lord's Cafe. 




Image: from Google
Semangat nye I nak pergi sini sampai pm my sils before pegi CH mention kat dorang to go breaky here on Sunday morning. This cafe claims that they is the only cafe in CH that provide fruity strawberry scones. Sure sedap kan. Tengok gambar je dah sedap. I mmg penggemar scones. Haritu ada cuba buat sndiri, tp x sesedap mcm kt kedai. hahah.




their so called famous strawberry scones with tea
Image from google


Tapi kan, kesian kat kitaorg, the cafe was closed on Sunday. 
So, ke mamak saje kita mengalas perut utk makan pagi. 
Sebenarnya, I some how feels ada hikmah yg besar di sebalik cafe ni tutup. 

I doubted the owner is not a Muslim. 
Bab makan ni, kena la jaga sikit. unless betul2 darurat takde kedai makan halal/Muslim then only we go for the choice yg lain. Walaupun sekadar nak makan scones (yg confirm InsyaAllah takde alcohol bagai, but still kalau boleh nak la dari kedai yg ada status Halal). 

I said this , first because notice board yg cafe ni guna ialah notice board dari Carlsberg. 


Notice board Carlsberg

Secondly, yes the closed on sunday. Perhaps, mereka pergi church. Wallahualam. 
Boleh je nak makan kat sini, roti2 je pun. 

Tapi, takpela, I feel a lot better walaupun tak makan strawberry scones yg I idam-idamkan tu. 
It's ok, kita pegi Bharat Tea dkt otw to Ringlet and singgah makan scones. 



Scones di Bharat Tea
Rm12 for 2 pcs scones. 
Mahai benor. 

tibe2 pulak rasa nak buat scones strawberry sendiri. Strawberry ada lagi kat rumah ni. 
Tepung pon ada. 
Hmmm, we'll see kalau malam ni I rajin or not. 
Hopefully the kids are well behave so umi can bake scones. 


Ok, sekian saje kisah CH Trip 2013. 


*tgh plan next month trip ke negeri di bawah bayu, InsyaAllah*

Planters Hotel, Tanah Rata, Cameron Highland

Hi, 

Arini nak sambung cerita pasal trip ke CH untuk tahun ini. cerita pasal hotel yang kitaorg menginap ni. 

Mulanya, masa plan nak gi sini, mak ayah dah ckp nak duduk kat Parkland Apartment. sebab dah berapa ploh kali pi CH, mmg duduk situ je...bagi kitaorg, bosan dah dgn parkland tu. Parkland apartment tu mmg convenient, dengan view pon not bad, pastu blik besar, ruang tamu luas. and kawasan strategic . eh ni dah ter review hotel lain pulak. nak baca review penuh beserta gambar kat parkland apartment, sila klik sini


This time around, kitaorg tidur kat Planters Hotel, Tanah Rata, Cameron Highland. Berdebor debor bila nak sampai hotel ni. sebab takut tak mengikut piawaian bapak mertua i. huhu..ye la, i tolong booked kan. yang bayar nye ayah. :D 
sebab duduk sini ialah semua hotel lain dah penuh. parkland awal2 lagi dah fully booked. 
Hotel ni pon I booked via phone. kalau tgk kot booking.com or agoda, dah fully booked. 
Kitaorg amik Family Room. Dapat 2 katil queen. Harga Rm360 sebab peak season. 
Nak tengok rate dan gambar bilik, sila la klik sini

pintu masuk hotel
Untuk parking, mmg senang,dan banyak. depan hotel ni jalan besar tanah rata. lintas jalan, parking awam.
tepi dan belakang hotel pun banyak parking.
bawah hotel ni ada kedai nasi kandar, dgn kedai pizza.
ada kedai lain jugak tp tak ingt dia jual apa.
Hotel ni dalam bangunan rumah kedai je.
Sekali tengok mcm rasa hotel cikai.
Tapi interior dan tahap kebersihan dia boleh tahan bagus.
Sepanjang deretan rumah kedai ni, ada mcm2 kedai. kedai makan mmg banyak gila.
kedai mamak ada, cina ada, india ada.
kalau kedai makanan melayu, kena lintas jalan.
ada 2 food court kat depan hotel ni.
kitaorg lunch dgn dinner kat food court tu je.
breakfast pi makan roti canai kat kedai mamak. sebab hajat nak english breakfast terbatal . sobs. tp sure ada hikmah. nnt citer lain.


bahagian dalam hotel. ni depan bilik kitaorang. 

Decoration dia ala-ala English gitu. cozy je. Planters hotel ni satu tauke dgn Bala's Chalet and Breakfast. so ada van utk jadi shuttle bus between hotel ni dgn Bala's Chalet. 
dalam bilik pon cozy jugak. lampu dimmed je. 
pastu bila sejuk, dlm bilik rs mcm ada warmer. 
mmg feeling2 duduk oversea lah. 
btw masa kitaorg gi CH ni, hujan turun dr pukul 3 ptg sampai subuh. 
suhu mmg sejuk gila. rasanya dlm 15 or 16 degrees celcius la. 
mujur bawa sweater utk anak2. 
mak pun pi belikan snow cap utk cucu2 dia. kesian sejuk. 
tidur malam tak sejuk sgt, sbb bilik mcm ada warmer 

kawasan reception
cozy ambience
Family room yg kitaorg amik ni luas. kawasan dia mcm terbahagi pada dua bilik yg connected tanpa connection door. 
toilet satu je la. 
air panas dia just dkt shower. paip kat toilet takde air panas. hooooiii sejuk gila bontot gue..hahaha
kettle ada satu, gelas pon satu je. ni hampeh sikit la. 
kopi gula teh creamer tak disediakan. kedekut sikit bab ni. hahaha. 
kitaorg guna teh sendiri jer.



Ni view dalam bilik. Gambar belah kiri atas bawah tu katil queen no 1. 
gambar kanan tu katil queen no 2. 
depan tu ada ruang lagi, so i bentangkan lemik utk Imani pusing sana sini. 
TV dia hampeh. channel tv9 takde, pastu tak leh la kitaorg tgk match malaysia-myanmar. 

Overall, hotel ni ok. 
location superb sbb access to kedai makan sgt senang. 
view tak cantik. nampak pekan tanah rata. 
servis ok. 
kebersihan ok. 
deco nice. 

haaa, tu je la kot. ok bye. 

Tuesday, September 17, 2013

Boh Tea Plantation & Big Red Strawberry Farm, Cameron Highland

Assalamualaikum semua =)

Hari ni nak cerita pasal trip kitaorg ke Cameron Highland. Family I ni, setiap tahun mmg wajib pegi CH. 

Klu tak caya, tengok la entry-entry ni, sejak dari tahun 2011 sampai skrg, setiap tahun mesti pergi CH. Tahun lepas siap 3 kali tu naik CH. semenjak jadi orang perak ni, mmg setiap kali family in law datang je, kitaorg jadi tourist guide ke CH. 

This time, pergi dgn my mother in law, my father in law dan dua orang adik ipar, Ana dgn Awa

Bertolak dari Tronoh pagi Sabtu. Singgah makan nasi lemak sedap dkt Batu Gajah. Then terus ke Kintaly Marble dekat Simpang Pulai. My fil nak survey harga marble utk extend kan rumah kat kampung. Pastu terus naik CH. Sampai CH around 10.45am. Kali ni kitaorg saja je nak bawa parents pegi BOH Tea Plantation pulak. setiap kali datang, ayah mesti pegi Bharat Tea Plantation je. Bosan sikit kalau kat Bharat Tea ni. Teh dia pon so-so saja. 

BOH Tea Plantation

Utk pegi sini, kita kena panjat bukit. Nama kawasan tu Sg Palas. Jalan nak masuk dia sgt sempit. Memang pemanduan yg cermat dan berhati hati di perlukan. Cara nak cari jalan masuk ke Sg Palas Boh Tea Plantation ni ialah:-

cari signboard Sg Palas Boh Tea Plantation
Simpang dia kecik je, so kena alert. Kalau dari arah Simpang Pulai, elok nampak je Equatorial Hotel, korang kena alert utk singboard tu. simpang masuk adalah sebelah kanan korang. 

Kalau dari arah Tapah, simpang masuk dia belah kiri jalan. Lepas Kea Farm dan berdepan Equatorial Hotel. 

Belok simpang je, terus naik bukit dan jalan yg sempit. 



Waktu melawat kawasan kilang buat teh dan cafe Boh Tea ni adalah pukul 8.30 pg- 4.30 ptg. 
Di buka setiap hari, kecuali hari ISNIN TUTUP. 

Atas ni gambar pemandangan jalan masuk ke sini. Jarak dari simpang ke pondok jaga (gambar hijau kat atas ni) ialah 2km. Dari situ, kena drive lagi 1km untuk sampai tempat parking. Dan kemudian kena jalan kaki panjat bukit sikit dalam 500m sebelum boleh sampai ke Cafe dan Kilang Boh Tea Plantation. Itu kalau datang dgn kenderaan sendiri la. Tapi, kalau sewa bus pengankutan dari Syarikat M. Raja Transportation, bus tu akan terus naik sampai ke kilang. Ni  bus mini je, so muat la lalu jalan sempit ni. Sikap tolak ansur antara drivers sgt penting utk memandu kat sini.  Biasanya bg rombongan yg datang ramai2 baru la logic sewa bus ni.



Gambar atas kiri tu view nak naik bukit pegi cafe boh tea.  Bagi yang dtg dengan ahli keluarga yg dah berusia, pls consider to ask around from the staff utk dptkan kenderaan bg boleh bawa our relatives yg dah tak berapa sihat sampai ke cafe tanpa perlu panjat tangga yg tinggi ni. tangga dia tak rata. mmg perlu berhati hati. jalan ni jugak tak friendly utk ibu yg dukung anak mcm saya. bahaya jugak la. kena peluk anak kuat2. I masa tu malas nak pakai baby carrier,so mmg dukung je Imani. Ilyaas pun husband dukung. fuh penat jugak la kan. satu lagi, kalau dtg dgn family yg pakai wheelchair, pls ask around too. for me, syarikat boh ni kena buat improvement dari segi customer friendly utk kesenangan pelanggan yg kurang upaya.


kami sekeluarga di Boh Tea Plantation Sg Palas. nice breathtaking view.
kalau orang tanya kitaorg tak boring ke gi CH tiap2 tahun, jawapanya ialah tak boring pun,
it's our kind of gateaway.
dari kecik lagi my parents pon suka pergi CH. sampai skrg, my small family pon suka gi.

Lepas makan minum serba sedikit kat sini, kitaorg gi kedai jual teh pulak. borong teh sampai seratus lebih. hahah, mcm kat tesco tak dak jual teh je. :P tp yg best kat atas ni, teh pelbagai jenis. semua kat satu kedai. Lepas turun bukit sg palas ni, kitaorg terus ke Tanah Rata, nak check in hotel. Pasal hotel ni, nnt I cerita kat entry lain. klu tak berjela korang baca entry ni saje. 


My handsome boy dgn mak cik kesayangan dia. Cik Ana yg bakal kawin bulan 3 nnt
Comel gila kan Imani? Geram sgt kat budak ni.
Dia happy senyum sengih je bila dapat pergi bercuti. this is her first trip to CH,
Masa dalam perut, 3 kali naik CH.




Big Red Strawberry Farm


Petang lepas rehat kejap kat hotel, kitaorg keluar gi strawberry farm. Niat di hati nak bg adik2 ipar pick strawberry. tp strawberry tak banyak. Kitaorg gi Big Red Strawberry Farm, dekat Brinchang. Gambar yg best banyak dlm camera, I is malas nak transfer bagai, so pakai gambar dlm henpon jer la ye. 

Kat sini bestnya sebab tempat ni berbumbung. So hujan lebat pun still boleh jalan sana sini dalam kawasan ni. Mcm one stop center jugak la. ada jual sayur. jual kaktus, jual strawberry. ada cafe. ada jual bunga-bunga,salad dia mak aiiii segar nya. rasa nak cilok satu pasu bawa balik. 

I sempat beli 3 jenis benih nak bg hadiah dekat my grandmother. hehe. cucu yg baik kan saya.

nak beli buah tangan pon ada gak jual kat sini. parking lot dia pun banyak. ada 200 bays. Parking free. tempat parking ada yg berbumbung, ada yg tak. kitaorg dpt tmpt berbumbung, so selamat la bila hujan lebat2 tu. masa tu suhu dah sejuk dah. anak2 dah bagi pakai long sleeve. eh ilyaas tak pakai long sleeve tp pakai sweater. ke tak ? eh lupa dah. 

tp kitaorg x lama pun berkeliaran kat sini, sbb anak2 dah ngantuk. kejap je, lepas amik gambar and makan ice cream strawberry, kitaorg masuk keta, susukan imani then lepak situ je, tunggu mak ngn adik2 ipar pusing tgk kawasan. ayah dok tidok kat hotel.dia malas nak jalan2.




ok, setakat ni dulu cerita trip CH 2013. nnt I tulis satu lagi pasal hotel dgn makan scones yg best dan lazat. 

nak sambung buat kerja. 



Thursday, September 12, 2013

Peringatan pada kita, ibu bapa

Baca ni pagi tadi, risau dan takut sgt. 
Husband selalu letak Ilyaas dalam kereta, pagi-pagi sementara kitaorg masukkan beg etc dalam kereta...Kadang I drive sorang, I terpaksa tinggalkan anak-anak dalam kereta, nak keluar bukak/tutup pintu gate rumah... 
Risau kalau Ilyaas main dalam kereta, main dgn gear, dgn stereng, tingkap kereta..macam-macam boleh terjadi..Nauzubillah

Untuk peringatan kita semua, berita dari Harian Metro ni....

Semoga dijauhkan perkara sebegini dari terjadi pada kita semua...

Parit Buntar: “Saya meluru ke belakang kereta dan sebak apabila melihat anak saya dalam keadaan melutut sambil memegang selipar manakala kepalanya terhimpit di dinding rumah.
“Apabila kereta digerakkan ke depan, tubuhnya jatuh dan kepalanya berdarah. Selepas diperiksa, saya dapati dia sudah tidak bernyawa.” 
Demikian kata Mohd Ali Hussin, 53, ketika menceritakan tragedi kematian anak bongsunya selepas seorang lagi anaknya yang baru berusia empat tahun cuba memandu kereta miliknya.

Kejadian berlaku di rumah keluarga berkenaan di Taman Kerian, di sini, jam 12.30 tengah hari semalam dan mangsa, Mohd Adam, berusia dua tahun maut di tempat kejadian.
Mohd Ali berkata, sebelum kejadian, anak keempatnya, Aiman Yasin, dipercayai mengambil kunci kereta miliknya tanpa disedari ahli keluarga lain.


Sumber: Harian Metro


Thank You Huggies =)

Hello fromInline image 1   !!

Hey there, firstly, thank you for participating in our Huggies Dry Pants Blogger Contest earlier this year!
Secondly,  Congratulations!! Your entry caught the judges' attention and your post is the Consolation Prize Winner of this contest!
You have won yourself:
2 months' supply of Huggies Dry Pants

The prizes will arrive at your doorstep soon. Stay tuned!  

Have a happy Huggies weekend!

Cheers,
Janet & Hui Jun
IN. Deed Communications
"In word and in deed"





Alhamdulillah ....

Macam tak percaya pun ada gak... sebab first time join blogger contest yg besar camni, tetibe leh listed as pemenang pulak. Walaupun bukan pemenang utama, dapat saguhati pun dah happy dan syukur sangat. 

Dapat suppy 2 bulan pampers...hooooyeaaaahhhhhhhhh

Entry pasal pampers huggies drypants ni ditulis early of this year....


Ilyaas jadi model, tp pampers yg 2 bulan ni kita mintak untuk adik la ye... 

Thank You jugak kat Nuffnang sebab bagi chance tulis sponsored post ni. Cheque pon dah dapat...hehehehhe

Alhamdulillah

Monday, September 9, 2013

Better weeks , Insha Allah

Assalamualaikum semua, 

Alhamdulillah. Hari ni rasa lebih produktif dan bermakna. 
Syukur sgt over the weekend I can overcome all the stresses and tensions I had . Bagi yg sempat baca entry saya petang Jumaat lepas mungkin tahu la kot I was in in sort of down mood with my research and life, at the same time. biasa la kan, ada masa turun naik. itu baru nama kehidupan. 

tapi, saya bersyukur sebab I'm surrounded by positive people. my husband, my kids, my parents and parents in law. thanks so much for both mums, sebab dgn dorang sy dpt luahkan perasaan. I'm glad I still have both parents, my own parents and parents in law. Untung nya belajar di dalam negara, we have all the supports we need. 

So, for today, I manage to resume my research as normal. back on track. Insha Allah. 

Last Friday, I came home to something overwhelming. 

I found this in my post box. 
My second cheque from Nuffnang. Tq Mr Nuff. *Smile*


Spending quality times with family is the best therapy. a part from shopping and spa session (which i promise myself not to get involve for the time being, :P)

My Ilyaas, is already 30 months old. Dah pandai makan sendiri (of course with his own comot-ness as after effect). Ilyaas dah tunjuk tanda-tanda nak potty training. Dah pandai bagitau nak cing cing. nak yak yak. 
tapi bila bukak pampers dan ke tandas untuk cing cing or yak yak, tak dapat hasil. maybe dia tak biasa lagi. 

slowly la prektis. umi ayah tak paksa pun. 

makin hari makin banyak vocabs dia. dah pandai buat full sentence yang difahami. 

rajin jugak. rajin kemas. nampak sponge bob pegang penyapu di tv, 
dia pon sibuk cari penyapu nak sapu rumah. 


On the other hand, my princess, Imani dah 7 bulan lebih.
Dah ada 2 batang gigi di bawah. suka gigit lepas puas minum susu. sakit sgt. 
cheeky girl of mine ni dah mula angkat punggung untuk merangkak. 


Imani suka nangis. nampak umi pegi dapur, dia nangis. umi masuk bilik pon nangis. 
kalau boleh nak dukung 24 jam. 
but she's an easy baby. senang nak jaga. tak menyusahkan langsung. 



Daddy's girl=)




been surrounded by these great people makes me feel so blessed and fresh.

looking into their eyes, give extra courage. 

I'm praying and hoping for a better weeks ahead, Insha Allah.

Tuesday, September 3, 2013

Penang Ferry Ride


After so long, akhirnya, dapat jugak merasa naik ferry lagi. 

The last time I took ferry ride was before kawin, I think back in 2008 masa balik summer break. 
Fuh, dah 5 tahun tu....sebagai anak jati Penang, 5 tahun tak naik ferry rasa lama la. 

banyak perkara dah berubah dalam 5 tahun. dulu single, skrg dah kawin. 
dulu anak dara, sekarang mak kepada anak dara dan anak teruna. 

huhu. daku tua dah rupanya. 

ferry pon dah berubah wajah. 
dulu, bahagian atas utk hanya untuk penumpang yang berjalan kaki @ tanpa kenderaan. 
Bahagian bawah pulak utk pengguna ferry yang berkenderaan, tak kisah la motor ke, kereta ke, van ke, or basikal sekalipun. 

sekarang, bahagian atas dah di renovate jadi bahagian kereta jugak. tinggal beberapa buah kerusi panjang je untuk pengguna yg tak berkenderaan dan untuk kegunaan pengguna ferry yg nak duduk berehat kat situ. 




Kitaorg naik ferry dapt bahagian atas 
boleh nampak orang n kereta kat platform bawah. huhu
Umi ayah and Imani je excited. 
Ilyaas takut. 
takut gila. siap tak nak letak bawah, nak dukung je 
fuh, budak2 lain selamba berlari sana sini dalam ferry. 

Dia takut bunyi ombak hempas badan ferry dan jugak takut bunyi enjin ferry

adik chill je layan angin tipu muka. nak feeling2 rambut terbang tak bleh lagi, rambut seciput jerk...


family photo
adik blurrr
baru bangun tido



btw tambang ferry ialah rm7 utk kereta
klu jalan kaki wallahualam tak tau berapa
turun ferry leh amik bus bg yg takde kenderaan




Sunday, September 1, 2013

6 Manfaat Serai untuk kesihatan

Serai kerap di gunakan dalam masakan dan juga dalam pembuatan minyak wangi namun tahukah anda serai mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan kita? 

Batang dan daun serai mempunyai bau seperti lemon kerana bahagian itu mengandungi minyak pati. Secara keseluruhannya, semua bahagian di serai amat berguna untuk kehidupan seharian. 

Mari lihat 10 manfaat serai untuk kesihatan. Tips di bawah juga amat mudah dilakukan tanpa perlu berbelanja lebih. 

Memutihkan gigi 
Masalah gigi kuning akibat merokok sudah lazim kita dengari. Jangan risau, ia boleh di atasi dengan mengunakan serai sahaja. Caranya, tumbuk halus dua batang serai yang di potong kecil dengan sedikit arang dapur dan gosokkan pada gigi anda. Lakukan tiga kali seminggu dan lihat hasilnya. 

Mengatasi masalah perut 
Teh serai mampu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, perut berangin, kejang usus dan cirit birit. Serai membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan. 

Serai sebagai 'Pain Killer' 
Jika anda mengalami sakit gigi, sakit otot dan sendi, minum teh limau berserai pasti dapat melegakan sakit anda itu. Ia bertindak sebagai penahan sakit semula jadi. 

Detoksifikasi
Jika anda ingin tahu, serai mempunyai elemen yang bertindak sebagai detoksifikasi. Serai dapat membantu anda melancarkan pemubuangan air kecil sekaligus membersihkan organ pencernaan, hati, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang. 

Melegakan senggugut
Untuk wanita yang mempunyai masalah senggugut. Cuba amalkan meminum teh serai setiap pagi ketika datang bulan, bukan sahaja senguggut, malah rasa mual juga akan tutut hilang. 

Ajen pencegah kanser 
Setiap 100 gram serai mengandungi anti oksidan pencegah kanser. Elemen semulajadi yang terdapat dalam serai dipercayai boleh mematikan sel kanser aktif tanpa merosakkan sel sihat.


sumber: Yahoo news