Thursday, September 12, 2013

Peringatan pada kita, ibu bapa

Baca ni pagi tadi, risau dan takut sgt. 
Husband selalu letak Ilyaas dalam kereta, pagi-pagi sementara kitaorg masukkan beg etc dalam kereta...Kadang I drive sorang, I terpaksa tinggalkan anak-anak dalam kereta, nak keluar bukak/tutup pintu gate rumah... 
Risau kalau Ilyaas main dalam kereta, main dgn gear, dgn stereng, tingkap kereta..macam-macam boleh terjadi..Nauzubillah

Untuk peringatan kita semua, berita dari Harian Metro ni....

Semoga dijauhkan perkara sebegini dari terjadi pada kita semua...

Parit Buntar: “Saya meluru ke belakang kereta dan sebak apabila melihat anak saya dalam keadaan melutut sambil memegang selipar manakala kepalanya terhimpit di dinding rumah.
“Apabila kereta digerakkan ke depan, tubuhnya jatuh dan kepalanya berdarah. Selepas diperiksa, saya dapati dia sudah tidak bernyawa.” 
Demikian kata Mohd Ali Hussin, 53, ketika menceritakan tragedi kematian anak bongsunya selepas seorang lagi anaknya yang baru berusia empat tahun cuba memandu kereta miliknya.

Kejadian berlaku di rumah keluarga berkenaan di Taman Kerian, di sini, jam 12.30 tengah hari semalam dan mangsa, Mohd Adam, berusia dua tahun maut di tempat kejadian.
Mohd Ali berkata, sebelum kejadian, anak keempatnya, Aiman Yasin, dipercayai mengambil kunci kereta miliknya tanpa disedari ahli keluarga lain.


Sumber: Harian Metro


5 comments:

  1. ada nampak kt fb td. tp tak sanggup tgk. tp pas athi wat entry ni, lin terbaca gak. seram... cara kmatian tu sangat sedih.

    ReplyDelete
  2. athi, one way to prevent from anything bad happen. make sure letak ilyas dan imani dalam car seat. no kompromi. mmg kena letak dlm car seat

    ReplyDelete
  3. Semoga Allah melindungi ank2 kita ye sis

    ReplyDelete
  4. macam2 sekarang boleh berlaku kan..who knows budak 4 tahun boleh start enjin kereta? just xterpikir dek akal..terpukul jugak as parent..kadang2 kita dah cukup alert..eemmm...tp ketentuan Allah..mesti trauma gila parent tu..xdpt bygkn tgk anak sendiri meninggal depan mata..apatah lagi tiba2 cmtu..huu..;(

    ReplyDelete
  5. ada baca kat fb.sedih sgt.kadang2 kita mmg x tau perkara mcm ni boleh berlaku.takdir Allah.
    Semoga Allah melindungi anak kita.

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...