Friday, October 18, 2013

Sabah Trip 2013- Presentation, UMS Aquarium & Tanjung Aru

Assalamualaikum, 

Jom sambung entry Sabah...masuk hari kedua, hari genting...kononnya la..sebab both husband n myself kena present paper kitaorg. nasib baik conference ni jenis lek lek cool je..

I dpt turn first sekali present. Kol 8.30 pg, audience pon tak ramai lagi. So lebih relax la...
Memang mcm bersahaja je pun. Ada dua soklan, boleh jawab. hehehe. 
Masa present, husband jaga anak2 kat luar conference room. Habis je present, tak duduk dah tgk next presenter, terus kuar...

Sebab turn husband plak nak present kol 9.50 pg tu. Apa lgi, bawa anak2 balik bilik la. bagi dorng mandi manda, yak yak semua, minum susu siap2...n pack barang sebab kitaorg dah nak check out hotel dah. 

tgh present ni...hukhuk..seb baik xramai audience. so relax n xgelabah sgt

Pas check out kitaorg jalan2 kejap dl m 1 Borneo Mall. lupa nak gtau, kitaorg tido kat hotel dlm 1B je, dekt Courtyard Hotel, sbb conference tu kat Novotel 1B. Pastu gi lunch dulu since mmg dpt coupon utk lunch kan sbb participant conference...Ilyaas dah xnak makan apa2 sebab excited dapat kereta mainan...Lunch buffet kat Novotel 1Borneo okay jugak. Banyak varieties of food. Sedap2 jugak. Paling best kambing masak kicap ...dap sgt. Eh dah citer bab makanan plak. So pas lunch, kitaorg terus gerak nak ke Casuarina Hotel, our next accommodation place. Sebelum tu, singgah di UMS. 
Wah, UMS has such a lovely campus, besar and berangin je. Centre for Post Grad pon sgt besar. Jauh berbeza dari UTP, maklumlah UTP ni uni baru. UMS started on 1994, dah berbelas tahun dah. 

Dekat UMS, kitaorg ke Aquarium and Muzium Marine. Berkira kira nak masuk ke tak sbb Ilyaas dah terlena dalam kereta, but memandangkan entah bila lagi nak datang sini, kitaorg kejutkan je Ilyaas, plus we all knew Ilyaas ialah org yg plg excited tgk ikan2 dlm ni. Luckily mmg betul pun, Ilyaas enjoyed his trip to the aquarium , kitaorg pun enjoy jugak. 




Kita letak gambar kat aquarium ni besar2 sket..clear view...
sebenarnya aquarium UMS ni tak la besar sgt. But cukup la nak bg budak2 excited. Ada live corals, ada dead corals, ada turtle, lotsa fish, seaweeds, sharks (nama shark tu jerung bodoh) and few more tak ingt. 
Kalau nak ke mangrove walk pun ada jugak, but we did not go sebab cuaca panas. tak sesuai utk bawa our two babies. :P 




Here are the information on ticketing price and opening time. 
Sebenarnya pas camera tu tak yah bayar pun.FOC jer. 

After puas pusing dlm aquarium UMS, kitaorg make a move to KK Town. Niat di hati nak singgah di Filipino Market. We had a stroll in the car along the streets around KK. tp memandangkan anak2 semua dah terlelap tidur, kitaorg x stop pun dekt Filipino Market. Lagipun xde nak beli apa2 pun. KK waktu siang agak panas la, jadi sapa nak gi KK, saya suggest bawa SPF lotion, hat/cap for the kids, even for yourself. 

Lepas check in n layan makan maggi dalam hotel, kitaorg keluar ke Pantai Tanjung Aru. just 5 minutes walk from our hotel. Bila sampai pantai Tanjung Aru ni, rasa mcm kat Espanade Miri pulak. mengimbau kenangan bljar kat Miri dulu2...huhuhu....


Pantai Tanjung Aru


Lepas lepak kat sini dlm 15minit, kitaorg balik hotel and tunggu org car rental datang ambil kereta. 
Around 6pm, lepas hantar kereta, we went back to Pantai Tg Aru for dinner. 
Kat sini ada food court. Besar jugak. ada banyak gerai. sebab tak tau nak pilih yg mana satu, kitaorg amik gerai paling depan. Restoran Pondok Pantai. Hmmmm, service biasa2 je la. 
Makanan pun so-so saje. We did not take any seafood. walaupun ada je kat situ. sebab esok nak travel ke Tawau pulak, maka kitaorg amik langkah berjaga-jaga, kang makan seafood nnt sakit perut ke apa ke susah pulak nak travel ....



Ilyaas was super sleepy, belum sempat makanan dia sampai, dia tertidur dulu. Luckily mmg bawa stroller, so baringkan dia dalam stroller while kitaorg menikmati dinner. Imani pun dah start merengek2.. Penat travel katakan... Lepas dinner, ikat dia dalam baby carrier, terus tertidur... 
Malam tu kena kejutkan Ilyaas utk salin baju dan makan dinner. dah tapau awal2 kat dia nasi goreng cina..


Dua budak yg kepenatan ikut umi ayah travel.







8 comments:

  1. bestnya.rara next week nk g sabah gak.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. njoy ur trip rara..xpuas ni jln sabah... mmg best

      Delete
  2. sis..kalau ada lagi mana2 conference yang best2 di sabah sarwak ke bgthu akk ye

    alyatirah@gmail.com..

    TIA

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok iallah sis..
      tp sis nak conference yg related dgn bidang apa yer?

      Delete
  3. Best2! Kite plan nak ke lahad datu tp ats cuti tgl sikit. Pergi semata2 utk kenduri. Huuuu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe jnji dah sampai land below the wind

      Delete
  4. bestnyaaaaa..tingin sgt nak ke sabah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh...yay berjaya usik jiwa org supaya pi sabah...heehhe kejam pulak

      Delete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...