Thursday, October 17, 2013

Sabah Trip 2013- Day 1

Assalamualaikum,

Tak tau mana nak mula cerita pasal trip ke Sabah aritu. Rasa tak nak buat part-part, tp mcm tak mampu je nak tulis semua sekaligus satu entry. Nak pilih gambar lagi, kalau ikut, semua gambar nak taruk kat sini sebab semua lawa. Jadi kita buat part-part la jugak ye, baru dapat cerita dan share infomasi-infomasi berguna pada semua yg baca. Hopefully boleh bg idea pada korang yg plan untuk bercuti ke Sabah lepas ni...tak pun dapat menghasut korang supaya pergi bercuti ke Sabah, negeri yg cantik ni. 

Kita mula dgn cerita ke Gunung Kinabalu. 
Pukul 7.30 pagi, lepas breakfast, mandikan anak-anak, kitaorg bertolak ke Kundasang. Plan asal nak bertolak lagi awal, tp breakfast dekat hotel pun mula pukul 6.30pg, rugi pulak kalau terlepas, pastu nnt kena stop beli breakfast pulak klu tak makan..Jadi decide mkn dulu dkt hotel. Pukul 6.30pg dah cerah terang benderang dah kat KK.

Perjalanan 

Dari KK, kitaorg amik jalan ke arah Tuaran. Then ikut signboard ke Ranau. 
Akan nampak rumah terbalik kat sebelah kiri jalan. Kitaorg tak berenti pun, sbb plan otw balik KK baru nak stop kat rumah terbalik ni. 
Akan lalu Tamparuli then nampak signboard ke Ranau. Masa ni start mendaki bukit. 
Laluan dia berbukit bukau, tp tak seteruk bengkang bengkok jalan ke Cameron Highland. 
Kat sini lebih landai, tp jalan tak la luas mcm jalan simpng pulai-cameron tu. 
Dun worry, Kancil dgn Viva pun boleh meredah jalan ni. 
Jalan berkabus je and hujan renyai renyai sepanjang perjalanan. Dalam hati dok kata mmg tak dpt la tgk puncak kinabalu sebab awan tebal. 

Spanjang perjalanan, nampak gerai2 tepi jalan jual sinalau bakas. ini ialah harammmmm. ini ialah daging babi bakar. jangan la nmpk sepanjang jln dok jual korang nak try pulak ye. Pastu setiap 400-500m nampak signboard church. Kiri kanan jalan mmg ada signboard tu. Bermakna penduduk di situ mmg kebanyakkan nya beragama Kristian. 

Perjalanan dari KK ke Kundasang- view jalan


Sebelum sampai Kundasang, kita sampai Pekan Nabalu dulu. kat sini ada jual souvenir dan sayur2. Lepas Pekan Nabalu, kita masuk daerah Kundasang. Kita akan nampak J-Residence di sebelah kanan jalan. Bila nampak J-residence ni, bermakna, we are only 500m away from Kinabalu Park. Ramai org dah review J-residence ni, nampak mcm ok. sapa nak nginap kat Kundasang, maybe boleh la check tpt ni. Tapi, dari J-residence ni, kita xnampak Gunung Kinabalu tau.because dia membelakangkan Gunung Kinabalu. Ni betul2 kat kaki gunung. Nak tgk Mt Kinabalu, boleh tidur kat Pekan Kundasang. lagi nice view dia. 

Kitaorg terus ke Pekan Kundasang. Tak singgah pun di Kinabalu Park. Sampai di pekan Kundasang, akan ada round about. Kalau amik pukul 12, kita teruskan perjalanan ke Ranau, Sabah Tea Plantation dan Hot Spring Poring. Boleh teruskan perjalanan ke Sandakan, Lahad Datu, dan Tawau jugak kalau nak. Kalau amik pukul 3, ke arah masjid Kundasang dan Kem PLKN. Kalau amik pukul 9, kita ke arah Kundasang War Memorial dan Mesilau. Kitaorg pilih ke Mesilau untuk ke Desa Dairy Farm. Singgah dulu di Kundasang War Memorial utk bergambar. Syukur sgt, masa sampai Kundasang hujan stop dan matahari muncul. Kitaorg dapat tengok puncak Gunung Kinabalu.. Alhamdulillah. What a great feeling. Rasa syukur, sbb selama saya baca mcm mana Gunung Kinabalu terbentuk, sekrg dia ada dpn mata saya. Ini baru tgk Gunung Kinabalu, mcm mana la perasaan kalau Kaabah ada di depan mata...MashaAllah.. Moga di panjangkan umur dan murah rezeki utk sampai ke Kaabah pula. 



Desa Dairy Farm

Ok, back to the story. Jalan nak ke Mesilau ni jalan kampung je tau. lane kecik je. Pastu berbukit2, turun naik bukit. Macam kat oversea yg kita tgk dlm tv tu. Gigih la jugak viva kitaorg mendaki, tp tetap berjaya. Makin ke dalam kitaorg masuk, still x nmpk signboard Desa Dairy Farm ni... Husband dah mula bg hint jom patah balik. Dalam hati ni dh alamak, jauh2 dtg dia dh ajak balik....Nasib baik elok je belok kat satu selekoh, nampak signboard. Fuh, harap lepas ni pihak pengurusan Desa Dairy Farm boleh lah tambah signboard lagi ye, especially dekat roundabout pekan kundasang tu. 

but its all worth it to get this view
cantik sgt
nampak lembu2 NZ tu, berlatar belakangkan mt kinabalu
Utk masuk Dairy Farm ni, harga utk dewasa RM4. View dekat pintu masuk dah la teramat cantik. Subhanallah. Tak leh describe camne, tp cantik sgt....Angin pulak kuat sgt masa ni. Sejuk gila. Memang dah siap2 bawa sweater dgn snow cap utk anak2.menggigil2 n rasa nak terbang je kena tiup angin. 

depan entrance masuk..angin sgt kuat waktu ni,. umi dgn ayah dah kesejukan gila2 dah time ni
mujur mmg ready kan sweater anak2...
sejuk dr CH, sejuk dari Perth..
i think it might be 15 degrees celcius
Bila masuk ke dlam kawasan farm ni, kita boleh bagi makan rumput n bagi minum susu dekat anak kambing and anak lembu. Excited gila masa ni.hahaha, umi excited mengalahkan anak. It was a wonderful experience. Ilyaas ckp, moo moo there makan sayur.  
Harga susu Rm1.50 sebotol
Harga rumput Rm1.00 seikat

Kitaorg beli susu segar jugak kat sini. Sedap nye susu dia mcm kat ausie dulu, Ilyaas pun suka sgt minum susu segar ni...nyum2...

pastu sambung amik gambar...dekat berapa ratus keping ntah gambar kitarg snap masa kat sini..view sgt marvelous. Ilyaas asyik ajak masuk kereta je.sebab sejuk sgt. hidung dia dah berair mata dah merah. Imani pulak enjoy senyum2 sengih2 bila angin tiup. dia suka sejuk2...




Lunch di Kinabalu Park

Lepas puas bergambar, kitaorg teruskan perjalanan balik ke KK. kalau korang banyak masa, boleh pergi ke arah Ranau..ke Sabah Tea and Hot Spring Poring. Kitaorg kejar masa nak balik KK, nak get ready utk present esoknya pulak. Otw balik, singgah kejap kat parking lot Kinabalu Park. bergambar dgn signboard aje..tak larat nak memanjat masuk dlm tu. Entrance RM3. kalau nak masuk.tiket tu boleh simpan kalau nak masuk Poring Hot Spring pulak. Kitaorg lunch kat kedai depan Kinabalu Park tu. Harga pun ok, tak la mahal gila.. Rasa pun biasa je, kena la selera orang semenanjung. Then terus kan perjalanan balik. 

Pekan Nabalu

Sempat lagi singgah di Pekan Nabalu, beli tshirt dan buah2.. Kat Pekan Nabalu ni sgtlah banyak anjing berkeliaran. mcm jalan itu dia yg punya. kitaorg nak jalan pegi beli souvenir pun tersorok2 nak lari dari anjing. harga baju n souvenir kat sini murah2. thsirt cotton yg design lawa2 rm15 je utk dewasa. rm 8-10 utk kids. fridge magnet yg besi n cun2 tu 3 rm10. 

Tamparuli


Otw balik, kitaorg singgah Tamparuli. nak naik jambatan Tamparuli, tp masa hari kitaorg smpi tu ada tamu (mcm pasar hari la)..so susah nak parking. plus anak2 pun tidur , jadi kitaorg amik gambar dr dlm kereta je la. bawah jambatan tamparuli ni, ada jambatan satu lane, utk kenderaan lalu. scary gak la jambatan ni sbb jarak dia vertically dr sungai maybe less than 5 meters... kalau air sungai naik, mmg xleh lalu sini. sure jambatan tu tenggelam. pastu kiri kanan takde penghadang. berdebar2 lalu situ. Ni sebenarnya short cut, utk laluan main Kota Kinabalu-Kundasang. Ni jalan lama tamparuli. lalu kat jambatan ni, kita akan masuk kawasan pekan tamparuli selepas sungai tu. then connect balik dgn jalan besar. 

Rumah Terbalik

Few meters from simpang tamparuli tu, kitaorg U-turn ke Rumah Terbalik. huk huk, entrance nak masuk RM10 ye kawan-kawan. kalau nak masuk tengok kawasan luar rumah, RM5. Jadi kitaorg tak masuk. hahaha. sebab nak masuk pn kena tunggu giliran. malas la, sbb kitaorg nak balik hotel dah. kebetulan sebelah rumah terbalik tu ada restoran. kat situ ada satu jalan connect ke rumah terbalik. dorg letk la rantai tak bagi orng masuk. tp boleh je nmpk view rumah terbalik tu. 

Teluk Sepanggar

Haaaaa, mula nak balik hotel. tapi rasa nak jalan lagi. terus gi Teluk Sepanggar. Sini takde apa2 pun. pelabuhan dan pengkalan tentera laut je. Ada kapal selam negara kat sini. Kat sini jugak ada Nexus Karambunai. Resort 5 star tu. Kalau nak pegi pantai Karambunai, kena bayar rm10 per entrance, untk masuk Karambunai Lagoon Park. tp kitaorg x masuk pun. dah pukul 3ptg, so kejap sgt klu masuk kat situ.n dah ngantuk. so balik hotel je. 
prepare utk presentation esoknya sambil golek2 dgn anak2. 


 ok, till then...
ni pun dah berjela2..sure korg bosan je baca. tp klu yg membaca ni plan nk gi bercuti ke sabah especially kundasang, i hope u guys find it helpful...:P

daaaaa for now...







4 comments:

  1. Sabah mmg best!!akk sampai kt kundasang..hot spring msa umur akk 12 tahun..masa tu dok kota belud..rombongan sek..tingin nk g sabah lg..

    ReplyDelete
  2. erm..best nya....nak nak part minum fresh milk tu...huhuhu

    ReplyDelete
  3. ala nape x cakap dtg sini.. rumah amal dh dkat sgt dgn rumah terbalik tu. kalo tau leh ajak jalan umah hehe

    ReplyDelete
  4. mengapakahhhh baru ku dengar pasal rumah terbalik ni..hahaha

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...