Semalam, Ilyaas main dgn Imani dlm playpen.
Then Umi cakap nak gi solat kejap.
Ilyaas pon terus buat gaya takbir, rukuk dan sujud.
Cukup satu rakaat dia bagi salam dan angkat tangan berdoa.
Adik Imani pon tiru pergerakan Abang Ilyaas.
I dgn husband perhatikan je la kelakuan dua beradik ni.Dalam hati ucap syukur ke hadrat Allah dapat anak2 yg senang di didik..walaupun byk masa kesabaran kami di uji dgn keletah dorg yang agak nakal and mcm2 ragam.
I tanya Ilyaas doa apa? Boleh bagitau umi tak?
Jawapan dia buat I terkesima and berfikir panjang....
Nak tau apa doa seorang Ilyaas Hafiy yg berusia 39 bulan ni...
Ilyaas doakan kapal terbang MH370 yg ada dalam laut......
YA ALLAH, terasa sangat kekhilafan diri sendiri...
Dah beberapa bulan MH370 hilang, I pon jujur mmg makin jarang mendoakan MH370 lagi dalam doa selepas solat.kadang2 kalau terlintas di hati pasal MH370 baru I doakan atau sedekahkan Al Fatihah.mungkin kerana tiada ahli keluarga atau rakan taulan yg terlibat dlm tragedi ini.
Tapi seorang anak kecil, Ilyaas Hafiy tak pernah lupa mendoakan kapal terbang MH370.
Sebentar td, dia main masak2...ada sudu dari dalam flight yg saya ambil dan jdikn perkakas mainan masak2 utk anak2, Ilyaas perasan lambang MAS pada belakang sudu tu dan terus bagitau Ayah dia jmpa MH370.
Dalam berseronok bermain main pon ingatan dia kuat trhadap tragedi MH370...
Ya Allah anakku, umi sayu lagi syahdu dan sgt bangga punyai anak macam Ilyaas.peka dengan kejadian sekeliling dan paham kuasa Allah...juga yakin doa itu senjata kita, orang Muslim.
Moga dikau membesar jadi anak soleh dan jgn lupa doakan kesejahteraan umi dan ayah ye...
No comments:
Post a Comment
Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...