Tuesday, June 10, 2014

Holland Trip: OV Chipkaart & Rotterdam Welcome Card

Assalamualaikum, 

Kitaorg dah beberapa kali ke Rotterdam..(err, 3 kali kot). 
Rotterdam ni terletak di selatan Delft (bandar yg kitaorg duduk selama sebulan lebih ni).


kita tgk map holland dulu..
nampak kan delft-rotterdam tu dekat je. 

From Delft ke Rotterdam, kitaorg naik train. ada dua jenis train yg boleh naik kalau nak ke bandar-bandar di dalam holland. Sama ada intercity atau sprinter. Satu lagi train laju NS Speed Train, tp yg ni rate dia mahal sikit. Selain tu, kalau nak ke rotterdam dari delft, boleh naik bus no 40. 

Travelling dgn public transport di holland sgt mudah and senang. Kat sini, diorang semua ada OV-Chipkaart..

anon ov chipkaart
valid 5 tahun..mmg kitaorg nak simpan, kot2 ter-datang holland lagi dlm tempoh 4-5 t
ahun ni mana tahu kan..

konsep sama mcm touch and go kita. tp boleh kata setiap rakyat di holland mempunyai personalized OV chipkaart masing-masing (ada gambar dan pengenalan diri masing2) . 
Bagi pelancong atau orang yg menetap sekejap sekejap mcm kitaorg, boleh guna Anonymous OV chipkart..Tak ada pengenalan diri, tp harga perjalanan adalah normal. kalau yg personalized OV chipkaart, boleh dapat discount. 

Just info: untuk travel dgn train, kena ada minimum 20euro dalam kad ni. 
untuk travel dgn bus, tram atau metro, minumim 4 euro dah mencukupi.



Tgh tunggu train nak ke Rotterdam..
Ni di station Delft. 
Train dia mmg ada bahagian khas untuk yg berkerusi roda and berstroller. 
tp agak tinggi jarak train dgn platform, so kena angkat stroller. 



perjalanan dalam 10-15minit je dari Delft, dah sampai Rotterdam Centraal. 

Nampak je train dorang canggih dan seolah olah negara maju sgt.
tp mentaliti dorg ni tak la boleh dibanggakan..



tengok ni dlm train! penuh sampah sarap. 
minum air buang selamba je. botol arak pon bersepah.

Back to the title, 

Sampai je Rotterdam Centraal, kitaorg terus ke Information Counter. 
Ok, sebenarnya, first trip ke Rotterdam was about two weeks ago. 
I yg usha2 kan places to go. Tapi, malam sebelum keluar tu, kitaorg decide takpela, nnt dah sampai Rotterdam baru tgk map. 
Nak dijadikan cerita, kitaorg pergi hari sabtu, dan bertolak agak lewat. almost lunch hour baru bertolak. ke lepas brunch nasi lemak...


Bergambar jap dpn Information Counter di Rotterdam. 
Rotterdam Central sgt besar, compare to Delft Station yg sgt kecik. 

I purchased dua ROTTERDAM WELKOM KART
One for myself, one for husband. 
kids below 4 years old, all free dkt dalam holland ni. untung jugak kami travel time anak2 bawah 4 tahun lagi

I tak sempat amik pic pon Rotterdam Welcome Card ni.. 
Apa yg kita dapat is one OV-Chipkart yg valid untuk semua jenis public transport di dalam Bandar Rotterdam (including tram, bus and metro) Kad tu berjumlah Euro 7.10. 
Dapat satu buku kecik, yg mengandungi lists of discounted shops and tourist attractions.
dan dapat map rotterdam inclusive tram and bus no untuk ke setiap attractions di Rotterdam.


image from google: ni buku kecik tu, tp ni utk thn 2013 la
untungnya, diskaun2 dlm buku ni valid untuk satu tahun..

Ov chipkaart utk penggunaan public transport dalam Rotterdam
image dari google


Satu Welcome Card berharga 10euro.  (untuk 1 day) 

Boleh jugak beli utk 2 hari atau 3 hari. kalau yg bermalam di sini mmg elok la beli, sbb confirm jimat. 

Untuk kitaorg, sebenarnya agak membazir I beli ni. 
I ckp membazir sebab:-

1. Kitaorg sampai Rotterdam dah pukul 1 tgh hari lebih. Pegi pulak hari Sabtu. Bnyk kedai n attractions close at 5pm. Mana sempat kitaorg nak habiskan jalan2 dari pukul 1pm-5pm dgn 2 orang budak kecik. 

2. kitaorg dah ada OV chipcard sendiri, pastu pergi beli Welcome Card ni dpt another OV Chipcard lagi. tp OV Chipcard yg included dalm Rotterdam Welcome Card 

3. Semua diskaun dalam tu cuma 25%-30%.. which means still mahai lagi. harga2 entrance untuk attractions kat rotterdam boleh tahan mahal la.dpt discount pun dalam 2-3euro je..

4. sebenarnya lebih baik beli Holland Pass dari Rotterdam Welcome Card ni. 

tapi, disebabkan tak nak rasa rugi sgt, since kitaorg kena guna ov-chipkaart yg beli sekali dgn welcome card tu, kitaorg naik je tram dari hujung ke hujung...
pusing2 melihat alam...

sebenarnya nak cari masjid, sbb di rotterdam mmg bnyk masjid, pernah masuk dlm majalah 3 lagi.

kami tanya org (yg muslim la) di sini, direction diorang bercanggah. 

siap ada tak paham apabila i tny where is the mosque..
kat sini kan tak ckp english.. 
dorg sebenarnya panggil masjid moskee..

I ngn husband check kot internet, pon tak berapa betul direction yg kitarog dapat

sebab nak cari masjid punya pasal, kami sampai ke satu kawsan pinggir Rotterdam...

yang tu citer entry lain la yer...


till then...



adios for now...




2 comments:

  1. Pengalaman yg xdpt dibeli..best sbnrnya travelling nih kan sis..sykur sis dpt peluang merasa dok kt negara org..

    ReplyDelete
  2. hahaha pasal kad ni tragis.. tak pernah nak kaji selidik segala jenis kad yang ada kat sana.. :D

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...