Lepas kami purchased Rotterdam Welcome Card dalam trip yang diceritakan pada entry ini. Kami amik metro (mcm LRT kat KL) ke Station Stadhius . Satu station je dari Rotterdam Centraal. Tujuan kitaorg ke sini nak ke pameran Live Dinosour dekat bangunan post office lama.
Sebenarnya, dari Malaysia lagi dah google and tau ada event ni. Tapi, my bad, I did not check the price for the entrance tickets. Fikir nak bagi Ilyaas and Imani happy, kitaorg terus je masuk. Sampai kat kaunter, rupanya kena bayar 15euro sorang. Fuh, 2 orang dewasa dah 30euro. Habis duit.
Sebab tak nak kecewakan Ilyaas dah janji ngn dia, kitaorg masuk jugak.
Rottterdam Old Post Office Building
Memang macam musuem reka bina kat dalam bangunan ni.
dan agak scary jugak la.
Ilyaas takut rupanya dgn live dino ni sebab dorang keluarkan bunyi dan bergerak jugak.
Dah la ruang pameran dia kecik je, ada beberapa ekor je pon dino yg dipamerkan.
dalam 30minit je kitaorg melawat event ni.
hmmm, dah la rasa rugi pergi purchase Rotterdam Welcome Card, rasa sekali lagi rugi kena bayar mahal nak masuk pameran kecik macam ni. Lesson learnt!
After that, kitaorg ke Station Blaak. Nak bergambar dgn Cube House. Dalam Discount Card yg dipurchase ada discount jugak untuk entrance fees.
On the way ke Station Blaak, jumpa pengantin ala-ala Cinderella ni.
Sporting je bye bye kitaorg.
Inilah rupa cube house tu.
Kitaorg tak masuk pon. Malas..
sebab kat tepi station Blaak tu ada street market.
and kitaorg (eh I ) tibe2 jer lapar bila nampak kedai kebab..
so ke kedai kebab dulu untuk makan.
kat situ, my husband tanya direction nak ke masjid terdekat.
sebab kitaorg tahu bandar Rotterdam ni ramai penduduk muslim dan bnyk masjid, teringin jugak la nak jejak kan kaki di salah satu rumah Allah di bumi Holland ni.
Sebelum tanya orang kat kedai kebab tu, I ada tanya 2 orang perempuan muslim.
malangnya english diorang tak berapa bagus, diorang tak faham pun mosque tu apa. sampai i ckp nak pray, sambil buat gaya angkat takbir baru dorang faham. tp itupun dorang tak dapat nak bagi tau direction in english.
Lepas dah dpt tau direction tu, kitaorg patah balik ke Rotterdam Centraal.
Then, tibe2 my husband lupa plak nama station yg patut kitaorg stop untuk ke masjid tu.
I google kejap kot hp sbb kat situ ada wifi.
Dapat direction kata kena amik tram no 21.
cepat2 kitaorg amik tram tu.
Tapi agaknya kitaorg dah tersalah direction. we took the other way round.
So sampai ke sudah kami tak jumpa masjid.
Dan kami telah sampai ke Schiedem. Pekan kecil di utara Rotterdam.
Schiedem dgn Delft sgt dekat, dalam satu station je kalau naik train.
My husband amik part solat dulu dekat kawasan berumput.
Kitaorg berwudhu dgn air kosong yg dibawa untuk bekalan minuman je.
Berwudhu bahagian yg wajib sahaja.
Lepas tu amik tram no 21 dan patah balik ke Pekan Schiedem.
Masa tu dah nak dekat pukul 5.30 ptg. Almost nak masuk waktu Asar and I still belum solat Zuhur.
Pusing2 cari masjid kat Pekan Schiedem, still tak jumpa.
Lastly, I tak nak risk more, I ckp ngn husband, I nak solat je kat tepi canal tu.
Dengan berwudhu menggunakan bekalan air minuman yg dibawa, dan beralaskan nursing cover, I tunaikan solat Zuhur dan Asar kat sini.
Mujur mmg pakai thermal kat dalam baju, jadi mcm inner, mmg cover seluruh aurat dgn elok.
Dah lama tak merasa bersolat berbumbungkan langit dan berlantaikan tanah (in this case batu bata la).
Masa belajar kat Aussie dulu, kerap jugak I dan kawan-kawan bersolat macam ni, especially waktu field trip. Ingat lagi waktu field trip ke Southern most part of Australia, I solat berlatar belakangkan Lautan Hindi.
Apepun, syukur tak perlu qada'solat.
Ada jugak orang lalu lalang masa tu, tp diorang ignore jer.
And at the same time, loceng church pon berbunyi beberapa kali.
Church tu dalam 100m je dari tempat I solat.
Pemadangan yg tenang di Schiedem. Untuk pengetahuan korang. Schiedem ni terkenal sebab memiliki koleksi windmills yang tertinggi di dunia. Masa I tersesat ke Schiedem ni, of cours la I didn't know that. dah balik apartment, baru google and baru lah tahu.
Windmill yang tertinggi tu bukan yg dalam pic ni.
Kitaorg tak amik gambar pun yg tertinggi tu sebab mana la tahu..hahha. Yang dlm gmbr ni nama dia De Kameel. It was originally built in 1715, but was rebuild in location few metres away from the original location in 2011.
Imani je berposing dgn windmill ni.. Sebab Ilyaas was sleeping . Imani dah segar sbb dah tidur sepanjang dalam tram nak ke sini.
Dia happy sgt la bila ada angin tiup2 rambut dia.
suka betul dia lari sana sini.
kitaorg yg kecut perut sebb beberapa kali dia buat cubaan nak terjun dalam canal tu..fuhhhh, berdebar je.
view kawasan perumahan di Schiedem.
cantik sangat.
masa ni panas tp berangin. suhu around 18 darjah celcius.
De Kameel Windmill.
Lepas solat, kitaorg pusing2 town Shiedem sbb nak cari train station.
rupanya just few metres away je dari tempat I bersolat tadi.
Sempat la bergambar dgn church yg sibuk bunyikan loceng dia waktu I tgh solat tadi.
Masa gi ni hari Sabtu, n dah almost 6pm, so mmg tak ramai orang pon kat pekan ni..
Ok itu je la kisah kembara di bumi holland untuk kali ni.
InsyaAllah ada entry2 lain lagi nanti..
Alhamdulillah...
ReplyDeleteKat mana pun kita berada..kita sentiasa close dgn HIM..
Syukur...
Belanda memang cantik btul..
Kagum akk
Alhamdulillah, x kira kat mana pun bleh tunaikan solat. Serius cantik belanda nih..
ReplyDelete