Wednesday, April 29, 2015

Masak dan keikhlasan

Assalamualaikum semua, 

Saya kembali.. Minggu lepas dengan minggu ni hibernate sekejap. Siapkan marking. Markah courseworks dan markah final. Semua kena finalize. Hari ni nak membebel perihal memasak. 

Sebenarnya, I seorang yang boleh dikategorikan suka memasak lah. Kalau belek2 blog ni, dari zaman anak dara belajar kat Perth dulu pon I dah mula masak-masak untuk makan sendiri la. pernah sekali dua masak dalam kuantiti banyak untuk jamuan dengan kawan-kawan. 

I suka masak dan pastinya suka makan jugak la. Sebab tu badan pun senang naik. Sebenarnya I jenis kalau nak memasak, suka plan. First of all, kena tau nak masak apa. Then, kena tengok bahan apa yg diperlukan. Then, siap-siapkan semua bahan dan sukatan (kalau buat kek or biskut or dessert). Pastu baru ada feel nak masak dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan. 


Friday, April 17, 2015

Dekat mana nak beli educational items untuk anak-anak kita?

Assalamualaikum, 


Untuk soalan yg dalam tajuk tu, jawapannya kena baca entry ni :D
Hari Jumaat yang mulia ni, nak share pasal benda baik2.. =) InsyaAllah

Ilyaas kan dah 4 tahun sekarang. I dah mula ajar dia membaca. Kenal bunyi. guna konsep phonic. Tapi takla memaksa. Kalau nampak mood dia ok untuk belajar, I ajar. Kalau dia tengah mood nak bermain or nak menonton kartun or cd, I biarkan je dulu. 

Tak lama pon masa yg I amik untuk ajar Ilyaas sebab I tak nak dia rasa 'terpaksa' belajar. Everyday (almost everyday), I akan spend minimum 5 minutes to 10 minutes and ajar dia mengenal bunyi. Imani pon join sekali walaupon dia baru 2 tahun. Alhamdulillah, slowly nampak la improvement dua-dua beradik ni. Still belum boleh baca, tapi dah boleh grab penyambungan bunyi. 


Thursday, April 16, 2015

Tomyam version anak2

Assalamualaikum semua, 

Harini nak share resepi simple nak buat tomyam untuk budak-budak yang tak makan pedas. 

Hari selasa haritu, Ilyaas and Imani request nak makan keow teow. Padahal dah plan awal nak buat kari ayam untuk dinner. So, sebab anak2 dah request, lepas amik dorang dari rumah babysitter, kitaorg menyinggah kat kedai runcit depan rumah dulu. Beli keow teow 2 bungkus. Sebungkus memang tak cukup, walaupun kitaorg 4 beranak jer. 



Nasi Kandar Tajuddin Husin, Little India, Penang

Sapa mai Penang tak pi makan nasi kandar Tajuddin Husin, memang satu kerugian yg besaq! 

Seriusly bak hang, sedap teringat2 sampai boleh keluar hormon lapar, pastu boleh jadi gemuk walaupon tak makan. Ni kes I la ni, makan, teringin je pon dah boleh jadi gemuk. errrrghhh stresssss... 

Walaupun begitu, I tetap nak share ngn korang semua pasal nasik kandar ni. 



Location dia dekat Little India. Not so far from Masjid Kapitan Keling, and not so far from Main Restaurant Kassim Mustapha. Dekat2 jugak dengan Briyani Claypot. 

Tuesday, April 14, 2015

Visit office ke-2 Ayah

Well well well, 

Our last weekend was spent efficiently. 
11th April, pi Jitra sebab adik bertunang. Then, malam spent time dgn mak sedara pak sedara sepupu2 and dua pupu semua. 

12th April, pagi2 dah rancak sembang ngn parents. Kecoh satu rumah suara kitaorg anak beranak. I mmg cakap banyak, dapat geng ngn ayah, sembang pot pet pot pet non stop. Campur gaduh mulut bagai la. Adat la kan camtu. 

Sampai lambat bertolak gi Penang. Plan asal nak drop by rumah tok kat bayan lepas. nak visit tok n makcik2 I kat sana while husband pi jumpa sv dia kat Usm.  Tapi sebab dah lambat keluar rumah, so kitaorg pi Usm teruih ja la. 

Friday, April 10, 2015

Fragile nya hati seorang umi

Haissshhhh,

Harini, sikit2 air mata keluar. Sedih tak tau kenapa.
Pagi tadi, beli nasi lemak. Sebungkus untuk Ilyaas. Nasi penuh, telur rebus separuh tak ada sambal. Sebungkus untuk Imani. Nasi separuh, telur rebus separuh tak ada sambal.
Dalam kereta on the way nak pergi tadika, Ilyaas cakap dia dah boleh makan sambal sikit2, nanti nak tengok nasi lemak dia ada sambal ke tak. Umi cakap nasi lemak Ilyaas tak ada sambal lagi.
Nasi lemak adik disangkut dekat kerusi belakang.
Sampai tadika, Ilyaas masuk dalam kelas, Tak salam tangan umi, ayah or adik.
Nak panggil dia utk salam dan cium macam biasa, tp dia dah terus ke dalam. Tak apalah kata hati umi..
Hantar adik ke rumah mak pengasuh. Adik bawa satu beg lego blocks.
Adik tak nak salam umi dengan ayah mcm biasa jugak sbb dia mmg pendam perasaan setiap kali dihantar ke rumah mak pengasuh.
Bila umi panggil dari dalam kereta untuk bye-bye, Adik tak nak pandang pun umi.
Sampai kereta dah mula bergerak, Adik angkat mata sikit , jeling je tengok umi dngn ayah nak pergi kerja. Marah la tu sebab dia kena tinggal kat rumah mak pengasuh. Dia buat2 busy nak sidai baju sekali dengan mak pengasuh.

Sampai office, tengok2 nasi lemak Adik ada tersangkut dekat seat belakang. Alahaiiiii.
Rasa nak balik rumah pengasuh kejap nak hantar nasi lemak tu. Sedih ingatkan anak teringin nak makan nasi lemak tapi terlupa pulak. Tapi, umi ada kelas pulak pagi ni. Hmmmm, takpela kata hati umi...tak ada rezeki Adik nak makan nasi lemak..

Lepas kelas, sementara nak tunggu lunch, scroll kejap IG. Terbaca caption seorang ibu yang rindukan arwah anak dia. Alahai, keluar air mata non stop. Teringat-ingat anak-anak sendiri.

Kejap td, scroll Fb pulak sementara nak tunggu pukul 2pm, nampak lagi notes from a mother yg anak dia baru meninggal akibat sakit. Ya Allah, jatuh lagi air mata, teringatkan anak-anak sendiri. Teringatkan anak-anak saudara.

Terus dial no telefon rumah pengasuh. Lega, Adik yg jawab phone. Dapat cakap kejap dengan Ilyaas and Imani. Baru semangat nak sambung kerja sebelah petang ni. InsyaAllah lagi 3 jam umi balik amik anak-anak umi ....



Thursday, April 9, 2015

Art of being a mother

Terjumpa gambar-gambar sketch ni link dari facebook. 


Tapi gambar2 ni memang kena sangat. 100% betui. 



Masa memula beranak dulu. nak coop dengan status jadi seorang mak orang. 
Kalau dapat anak jarak dekat2 lagi dashyat rupanya. 


Tuesday, April 7, 2015

Cita cita nak kurangkan lemak

Assalamualaikum semua, 

Sejak stop breastfeed Imani dalam bulan 10-11 tahun lepas, I mengalami masalah berat badan naik. Nak kata naik mendadak tu tak la jugak, tapi dapat rasa la naik kat certain tempat especially al-perut jadi lebih bunc-it, lengan jadi mcm lengan gergasi, double chin bagai kena tiup angin bawah dagu and bila berjalan, paha berlanggar and size pinggang bertambah la 1-2 size....Huwaaaaaa.. 

Stress sangat tau. Terus rasa kena pregnant lagi sebab kalau pregnant, gemuk camne pun takpe, at least gemuk berisi. Ni perut macam 4 bulan pregnant, tapi isi nan hado, Lelemak degil je ketegaq tak mau cair. Stesss sesangat. husband plak dok gelak gelak jer. bukan dia gelak sebab bini dia dah jadi huduh, tapi tengok perangai bini dia gelabah berat dah naik. Dia kata, dia relax je badan besar. hahahahah... itu orang lelaki lain perception pasal lelemak degil ni. Dia kata janji stamina ok, badan besar pon takpe. hahhahahah.. suka hati la bang, saya memang stress bila tengok perut mcm orang pregnant. 



So, mula la atur plan diet makan, and nak bersukan dengan penuh gigih. 
tapi banyak kali jadi macam gambar kat atas ni. 

Stressss!!!!

Monday, April 6, 2015

Sos Spagetti Rendang Kimball

Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua, 

Pagi Isnin ni cuaca sejuk pulak dekat Perak Tengah ni. Kalau kebiasaanya, matahari dah tinggi atas kepala kat kawasan bekas lombong ni, tp hari ni siap mist and fog lagi. 

Mood pun jadi kelabu sama mcm cuaca kat luar.

Since last week, bila scroll IG news feed, nampak ramai blogger yg pergi event pelancaran sos spageti asia from Kimball, terus excited nak cuba masak jugak sbb I memang selalu kekeringan idea nak masak apa and last2 dok ulang masak benda sama je, or tak masak terus , hahahah. pemalas sngat kan.