Haissshhhh,
Harini, sikit2 air mata keluar. Sedih tak tau kenapa.
Pagi tadi, beli nasi lemak. Sebungkus untuk Ilyaas. Nasi penuh, telur rebus separuh tak ada sambal. Sebungkus untuk Imani. Nasi separuh, telur rebus separuh tak ada sambal.
Dalam kereta on the way nak pergi tadika, Ilyaas cakap dia dah boleh makan sambal sikit2, nanti nak tengok nasi lemak dia ada sambal ke tak. Umi cakap nasi lemak Ilyaas tak ada sambal lagi.
Nasi lemak adik disangkut dekat kerusi belakang.
Sampai tadika, Ilyaas masuk dalam kelas, Tak salam tangan umi, ayah or adik.
Nak panggil dia utk salam dan cium macam biasa, tp dia dah terus ke dalam. Tak apalah kata hati umi..
Hantar adik ke rumah mak pengasuh. Adik bawa satu beg lego blocks.
Adik tak nak salam umi dengan ayah mcm biasa jugak sbb dia mmg pendam perasaan setiap kali dihantar ke rumah mak pengasuh.
Bila umi panggil dari dalam kereta untuk bye-bye, Adik tak nak pandang pun umi.
Sampai kereta dah mula bergerak, Adik angkat mata sikit , jeling je tengok umi dngn ayah nak pergi kerja. Marah la tu sebab dia kena tinggal kat rumah mak pengasuh. Dia buat2 busy nak sidai baju sekali dengan mak pengasuh.
Sampai office, tengok2 nasi lemak Adik ada tersangkut dekat seat belakang. Alahaiiiii.
Rasa nak balik rumah pengasuh kejap nak hantar nasi lemak tu. Sedih ingatkan anak teringin nak makan nasi lemak tapi terlupa pulak. Tapi, umi ada kelas pulak pagi ni. Hmmmm, takpela kata hati umi...tak ada rezeki Adik nak makan nasi lemak..
Lepas kelas, sementara nak tunggu lunch, scroll kejap IG. Terbaca caption seorang ibu yang rindukan arwah anak dia. Alahai, keluar air mata non stop. Teringat-ingat anak-anak sendiri.
Kejap td, scroll Fb pulak sementara nak tunggu pukul 2pm, nampak lagi notes from a mother yg anak dia baru meninggal akibat sakit. Ya Allah, jatuh lagi air mata, teringatkan anak-anak sendiri. Teringatkan anak-anak saudara.
Terus dial no telefon rumah pengasuh. Lega, Adik yg jawab phone. Dapat cakap kejap dengan Ilyaas and Imani. Baru semangat nak sambung kerja sebelah petang ni. InsyaAllah lagi 3 jam umi balik amik anak-anak umi ....
bertabahlah yer...saya pun selalu macam juga mcm tu..sedih bila xdpt tunaikan permintaan anak2..in sha Allah smoga hati diorang tak terguris kan
ReplyDeletemmg fragile hati mak ni kan.
ReplyDeleteFAD
Bagusnya ilyas dah start nak makan pedas. Barulah lelaki! Amer lom lagi haha
ReplyDeleteT_T
Selalu kena hari isnin. Amer cakap taknak pegi school nak gi jalan ngan daddy. Si hannah pulak memang meragam hari isnin. Ummi dia pun join sekali lah. Semua monday blues.
On any day, time pumping bayangkan muka anak utk banyak keluar susu tapi jadi stress sebab fikirkan anak kena tinggal sorang kat skolah sorang huuu