Wednesday, April 29, 2015

Masak dan keikhlasan

Assalamualaikum semua, 

Saya kembali.. Minggu lepas dengan minggu ni hibernate sekejap. Siapkan marking. Markah courseworks dan markah final. Semua kena finalize. Hari ni nak membebel perihal memasak. 

Sebenarnya, I seorang yang boleh dikategorikan suka memasak lah. Kalau belek2 blog ni, dari zaman anak dara belajar kat Perth dulu pon I dah mula masak-masak untuk makan sendiri la. pernah sekali dua masak dalam kuantiti banyak untuk jamuan dengan kawan-kawan. 

I suka masak dan pastinya suka makan jugak la. Sebab tu badan pun senang naik. Sebenarnya I jenis kalau nak memasak, suka plan. First of all, kena tau nak masak apa. Then, kena tengok bahan apa yg diperlukan. Then, siap-siapkan semua bahan dan sukatan (kalau buat kek or biskut or dessert). Pastu baru ada feel nak masak dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan. 


Before continue membebel, tayang gambar spagheti goreng tomyam bekal breakfast semalam. Ada 3 bekas, sebab one for me, one for husband, one for pengasuh Ilyaas and Imani. Untuk Ilyaas and Imani masak jugak, tapi version tak pedas. Tak sempat amik gambar bekal dorang sekali sebab dah kelam kabut nak pergi hantar Ilyaas ke tadika.

Sebab I buat bekal pagi2 ni ialah because, I had planned earlier the evening before untuk goreng spageti tomyam for dinner. Dah google resepi bagai. Dah buat perkiraan dalam kepala bahan apa yg nak diperlukan and dah tengok step by step semua nak masak. Tapi, bila balik rumah, Ilyaas cakap nak makan luar. Adoi, dah terbiasa sangat kitaorg dinner kat luar masa hari kerja, anak-anak pun terikut-ikut dah. Disebabkan gaji baru masuk minggu lepas, boleh la lagi nak makan luar. So we went to Pizza Hut. Makan kat sana. Meanwhile, I dah ter-rebus spagheti ni dekat rumah, So dari biar lama-lama dalam peti ais, I carry forward menu ni untuk sarapan pagi. Kira heavy breakfast jugak la. And there goes my so-called diet. :P


Breakfast semalam. Spageti goreng tomyam. Pakai sos pasta asia kimball. 


Memandangkan I ni jenis yg kalau tak plan nak masak apa, pastu tiba-tiba kena memasak, I akan jadi 'sedikit' stress memikirkan menu nak kena masak dalam masa yang singkat. Biasalah kan, bila kita bekerja makan gaji, balik rumah around 5.30pm to 6.00pm kan. Bagi yang tak jem la, kalau masuk jem, lambat lagi la sampai ke rumah. 

I ni, kalau dah plan nak masak, pagi2 before keluar gi kerja, I akan keluarkan ayam or ikan atau apa2 bahan mentah dari peti sejuk beku ke fridge bahagian yg biasa tu je. So that, sempat la bahan2 mentah tu nak defrost sedikit/thaw sedikit by the time I reach home from office. So tak perlu tunggu lama2 supaya bahan2 mentah tu defrost. Untuk guna microwave from defrosting, I jarang2 pakai. Lagipun microwave dah rosak..Grrrrr... 

Bila dah tak plan nak masak apa, bahan mentah pun tak defrost lagi.Seriously, I akan jadi tertekan sedikit. Tambah lagi ada background voice dok cakap " Umi, Yash lapar la"..."Umi, adik lapar la" "Umi,  adik nak shushu".. 

Masa tu kira berpeluh2 pikir nak masak apa... Kalau tanya husband plak, boleh plak jawab masak la meggi. Errrr meggi .... 

Tak pun bagi idea masak nasi goreng... To me, masak nasi goreng adalah satu proses yang lambat. Sebab nya, pertama, nak kena masak nasi, biar nasi kering dulu, baru boleh goreng. Kedua, kena buat dua jenis nasi goreng. Satu yang tak pedas untuk anak-anak, satu lagi version pedas dan tak berwarna putih untuk en somi... Rasa mcm renyah nye nak masak dua kali. 

Bila dah stress pikir nak masak apa, nak masak apa, nak masak apa, pastu nak kena cepat zup zap zup zap macam lipas kudung, maka I punya muka jadi mcm cuka. Masam je bila memasak.. Dah macam kurang ikhlas di situ. Mula nak marah-marah. 
Ya Rabbi, teruk sangat perangai macam tu. Mula-mula tak sedar tau sifat buruk diri sendiri ni. 
tapi, bila en somi datang dapur, tak tegur I masak apa, tak sentuh2 badan I bila tengah memasak (sebab dia takut gunung berapi meletus), I mula sedar... Tindakan ni salah. 

As a wife and a mother, I kena ikhlaskan hati buat apa sahaja, termasuklah bila memasak. Masak dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang untuk suami dan anak-anak. Bukannya susah pun memasak. Kalau pakai paste pun boleh masak. Lagipun anak-anak dan suami bukan jenis meminta-minta nak makan lauk pelik2 pun. Semua jenis lauk I yang decide. I am supposed to be bersyukur dapat suami yg tak picky eater. Anak pun tak picky eater kecuali Imani yang jenis diet memanjang. 



Chicken Green Curry. Hasil pakai paste je ni. Last minute decision nak masak apa tak tau.  Nasib baik lah, I dah asingkan ayam jenis isi dalam satu plastik and letak sikit2, so cepat sikit la ayam tu nak defrost. Sebab masak green curry, I pakai ayam bahagian isi dan potong jadi cube2 je. Ni pedas, so khas untuk I dan suami je la. 

For the kids, I masak lauk dorang dulu. Sebab both of them jenis cepat lapar. Pukul 6.30ptg dah terjerit minta nasik. 

Pic snap after anak-anak dah lepas makan. I buat udang goreng kunyit. Tnggal ubi kentang ngn tomato je lebihnya. Udang anak2 makan banyak. 

Ikan goreng. Ikan goreng ni thank u to my mum. Aritu balik penang , my mum bagi stock ikan dah gaul garam kunyit. Dah asingkan ikut berapa ekor satu plastik. So, I frozen kan aje dalm peti sejuk beku. Nak pakai, keluarkan kejap,thaw and terus goreng. 

Kesimpulannya, nak memasak ni bukan susah. Top of all, kena ikhlas kan hati. Baru masak dengan penuh kasih sayang dan keredhaan. Apart from that, kena jugak ada planning. Bukan jenis expert masak masak ni, so kena tau bahan apa nak pakai, apa yg ada dalam peti ais, apa yg nak kena tambah. 

So, lepas ni, berazam untuk sentiasa ikhlas dan ikhlas memasak untuk suami dan anak2. Tak nak emo-emo lagi kalau kena masak last minute. :D 

And azam satu lagi (mungkin juga request ngada2), nak ada dapur yang best, supaya dapat masak dengan best dah tak berpeluh2 sebab dapur panas...heheheh


1 comment:

  1. haah..kita wanita berkerjaya mmg kena ada perancangan sbb blk kita nk mskkan..mcm akk still ok lagi sebab kul3 dah ada kat rumah...so blh masak awal sikit

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...