Dah lama kan tak update pasal Jippa aka Zarifa.. anak sususan saya yang istimewa sorang tu. Alhamdulillah, Jippa is still strong and makin cheeky.
Despite her health issue, Jippa berjaya mengharunginya dengan kasih sayang and perhatian tak berbelah bahagi from her parents, kakak2, adik and family kitaorg semua.
Sekarang Jippa dah nak masuk 2 tahun 4 bulan. Awal bulan 5 aritu, Jippa dapat join family dia pergi holiday. Ni kira holiday pertama Jippa. Macam2 preparation my brother and sis in law siapkan to make sure Jippa kuat dan dapat join holiday dorang ni.
Dorang pergi Langkawi...=)
So happy for them dapat tengok dorang puas hati dapat bawa Jippa jalan-jalan.
Jippa dah naik cable car dekat Gunung Machincang tu, I pon tak sampai lagi situ... Bravo Jippa. Menurut my brother in law, cabaran utama dorang nak bawa Jippa naik cable car tu ialah masalah altitude (ketinggian) where Zarifa yang memang mengalami masalah jantung, akan face kekurangan oksigen dan of course gayat la jugak. Selain tu sinaran matahari yg terlalu terik pon akan ganggu Jippa, kalau Jippa nangis x selesa, nnt Jippa boleh muntah, and dia akan mula jadi biru (kurang oksigen) and semua pon akan nerveous. and of course bahaya for her.
Tapi, my brother in law mmg dah plan elok2, supaya Jippa dapat naik cable car pada waktu pagi. So masalah cahaya matahari terik takde, keadaan masa tu siap berkabus and sejuk untuk Jippa rasa selesa. Dorang naik sampai middle station je (650m) and Alhamdulillah semuanya ok.
Ni I share gambar Jippa on the way nak gi Langkawi dalam kereta..Dorang bawa kereta sekali naik ferry untuk pastikan Jippa selesa and tak rasa sebarang perubahan kalau nk naik ferry bagai.
yang gambar belah kanan tu muka brother in law I puas hati dapat bawa Jippa bercuti sampai ke puncak Gunung Machincang...
By the way, lupa dah tujuan pos ni. Syok cite update Jippa, sebenarnya, my brother in law tengah lancarkan satu donation, daripada Standard Chartered KL Marathon yang merupakan sebuah Charity Run. My brother in law mmg kaki bermarathon, so dia join, and at the same time he dedicate his run for his special daughter, Jippa.
Sempena dengan run ni, my bro in law melancarkan donation untuk disalurkan kepada Hospis Malaysia.
Serba sedikit tentang Hospis Malaysia ni yer.
Hospis Malaysia ni badan pertubuhan amal yang menjaga kebajikan golongan yg mengalami kekurangan upaya kekal sepanjang hayat dan yg berada di sekitar Lembah Klang.
Untuk maklumat lanjut, boleh klik perkataan Hospis Malaysia ni dan akan di direct terus ke website
Macam mana nak sumbangkan kepada Hospis Malaysia melalui Charity Run ni?
Tak perlu pon join run ni... nak join pon boleh, bagi yg berkelapangan.
Tapi, tak nak join running pon tetap boleh sumbangkan dengan menderma seberapa banyak sumbangan ikhlas yang kita nak berikan.
Boleh ke website ni dah klik DONATE NOW http://www.kl-marathon.com/charity/run-for-a-cause/runners-profile/2015/71306/#.VV6wJrmqqkp Bagi sesiapa yg nak menyumbang, this donation akan berlanjutan sampai Bulan September nanti. Sesiapa yg menderma, kami sekeluarga ucapkan jutaan terima kasih. Jgn salah faham tau, sumbangan ni bukan untuk Zarifa, tp untuk Hospis Malaysia (mereka yg senasib dengan Zarifa) and last but not least, I belanja gambar Jippa dgn adiknya, Jirra...
Nampak tak kenakalan si Jippa..
pandai buli adik ni....
|
semoga Allah permudahkan urusan jippa... aminn
ReplyDeleteFollow citer jippa ni dari dia lahir lg..semoga jippa dapat terus bertahan dan hidup happy disamping family ;). My hubby pun active join larian..
ReplyDelete