Assalamualaikum semua,
Petang2 Jumaat ni, dah siap buat kerja, nak berleter kejap kat blog. Bukan nak berleter bagi nasihat ke apa, nak luah perasaan. Waaaaa :((( sebelum start membebel, nangis seround sebab nak membebel pasal anak dara sorang ni.
Bulan 3 aritu dah tulis entry pasal Terrible Two Girl.Dah dekat 2 bulan dari tarikh entry tu, kadar Terrible Two Imani Hafiyya makin menjadi-jadi.... Waaaaa :(( Nangis lagi.
Memang betul2 menguji tahap keimanan and kesabaran umi dengan ayah la princess sorang ni.
Tak tau nak citer macam mana perangai anak dara sorang ni. Memang time dia melasak, memberontak, perasan dah besar tapi manja tahap dewa punya manja..... Ok, kita mula dengan bab makan.
Imani memang masih tak suka makan. Masak la macam mana sedap dan menyelerakan pun abang Ilyaas dia makan. Imani pandang sebelah mata aje. Tak heran. Dia tau makan sebutir sebutir nasi. Itupun, nasi yang dia dah tabur atas meja atau atas kerusi. Pastuh dia kutip masukkan dalam mulut sebiji sebiji. Kalau buat kat meja makan rumah, boleh lagi la nak rasa bersih, ni kalau makan kat luar pun dia buat perangai macam tu, memang marah la jugak sebab meja makan kat luar bukannya bersih sangat pun. Kalau kita nak suap, waaaaaaa meraung kuat marah. Tangan dia laju je tempis tangan kita nak pegang mangkuk or cawan dia pon tak boleh. Errrrrrgggggggggghhhhhh....
Part ni dah redho dah, biar la macam mana pon janji ada jugak makanan yang masuk perut dia. Itupun tak banyak mana, berapa butir nasi je yg masuk. Kalau bagi cokelat, laju bukan main makan.
Pastu bab tak dengar cakap. Lagi kita kata jangan, lagi tu dia buat. Paham dah, memang peel semua orang, lagi kita kata jgn, lagi tu la nak buat. Tapi ni peel Imani yang paling geram dan hilang sabar jugaklah kitaorg laki bini.
Imagine situasi ni yer.....
Ilyaas cakap nak makan telur kecai. I jawab dari dapur, OK kejap lagi umi masak.
Tiba-tiba, dengar bunyi peti ais di bukak. Pastu, dari jauh I pandang je, Imani amik telur sebiji datang bawa kat I. Ok, terima kasih nak sebab tolong ringankan tugas umi. Lepas tu dia pegi amik lagi dan amik lagi beberapa biji. Pastu tengah-tengah kita goreng telur tu, dia datang hulur2 tangan kat tempat masak tu. Table top yang dah di build in kat rumah sewa kitaorg ni rendah sikit, mmg dapat Imani capai bahagian atas tu. Dia raba2 cari pisau! Haishhhhh, gugup jantung umi nak oooiii...
Pastu bila kita tegur dia buat bibir monyok. Senyap2 dia pegi balik dekat peti ais, dia amik 2 biji telur. Ni kes dengan ayah dia pulak.. Ayah dia cakap, adik, letak balik telur tu. Adik jangan main telur tu...
Tau tak ape Imani buat????
Imani campak telur 2 biji yang dia pegang tu ....selamba.
dua dua biji telur pecah berkecai....
Gerammmmmmmnyaaaaa Ya Allah.
Imani buat muka selamba, tak bersalah.
Masa ni I baru sudah mandi, terus I ajak dia masuk bilik belakang (yang penuh mainan n baju) , I bukak lampu, I on kipas, I tutup pintu bilik.
Of course la dia menangis kuat kuat. Tapi kejap je.
Lepas tu dia senyap. Bila dia senyap, Ayah dia risau plak.
Ayah dia bukak pintu.
Time tu I pesan kat Imani, minta maaf dengan Ayah.
But pleaseeeeeee lah, Imani mmg susah sangat sangat nak bukak mulut cakap mintak maaf....
Ni ha, muka nakal sangat ni.
Geram tau tak umi rasa nak gigit2 je pipi tu.
Gigit manja dan mesra je la, mana sampai hati nak gigit kuat2.
|
Masa ni mmg tak habis2 beristighfar... Minta jangan la makin degil anak yang sorang ni and mintak kitaorg laki bini diberikan kesabaran yang tinggi nak besar kan anak-anak ni.
Sebelum ni dah banyak kali cuba cara lembut. Dia buat salah, kita tegur, peluk cium dia. Tapi tak sampai berapa minit, dia ulang lagi buat benda yang sama. Modal dia nangis nangis nangis non stop.
Kali ni cuba pulak cara naughty spot. Pun mcam tak berjaya. Tak tau dah nak buat macam mana...
Part gaduh dengan Ilyaas pon satu hal. Imani memang sangat suka kacau Abang Ilyaas dia. Dia akan tibe2 je pergi conteng buku Ilyaas. Tibe-tibe gi patahkan rekaan lego Ilyaas.
Bila Ilyaas marah, sekali Imani kena lepuk.
Dorang dua beradik ni boleh tahan ganas.
Sikit lagi nak wrestling.
Sikit lagi nak wrestling.
Geram mcm mana pun, kena sabar dan sabar dan terus bersabar.
InsyaAllah tak lama kot perangai memberontak and tunjuk besar Imani ni. Harap2 bila dah nak masuk umur 3 tahun, makin boleh dengar cakap and paham arahan kita... Satu lagi bab car seat, Imani mmg allergic duduk carseat unless dia mmg tgh ngantuk.
Kadang2 tak sampai sejam lebih duduk, dia menangis dengan high pitch sambil jerit2 nak duduk kat umi..... waaaaaaaaaaaaaaaaaa :((
I dukung kejap duduk kat I, pastu kena letak balik. Lantak la nak nangis macam mana pon.
Satu kereta kena bertabah dengar jeritan batin Imani.
Demi keselamatan ye nak oooiii..
Bibir bengkak sebab jatuh masa main keta mainan depan rumah... |
itu ajelah nak luah perasaan hari ni. Harapnya weekend ni kita sama2 dapat improve relationship kita ye nak. Imani jgn nakal2 sangat, umi pon jangan marah2 garang2 sngt ngn Imani and abang Ilyaas .
We make a deal. Ok?
Love you forever with all my heart.
xoxo
Umi
imani is bijak..... tak athi.. nnt dah besar dia tak buat perangai.. selalu budak kecik bnyk akal, dah besar baik... ihihihi positive..
ReplyDeleteimani the teribble two... sila call Nanny CikAwa untuk mawah-mawah only.
ReplyDelete