Assalamualaikum,
Ramadhan tahun 2015 ni sedikit berbeza buat kitaorg. Selain daripada kami kehilangan kesayangan hati pada 2 Ramadhan yang lalu , tahun ni juga saya dan suami berpeluang dapat solat berjemaah Isyak dan Terawikh di masjid. Kalau nak dikirakan, sejak dari berkahwin hingga ke tahun 2014, sangat jarang kami dapat peluang untuk berjemaah di masjid untuk solat terawikh. Disebabkan kami ada anak kecik at that time dan kalau bawak dioarang ke masjid berkemungkinan besar menggangu jemaah lain serta beberapa sebab yang lain jugak lah.
Bila nampak banner with this caption....terus rasa Alhamdulillah, Allah permudahkan kali ni boleh bawa anak-anak ke masjid...
Lagipun, tahun ni anak2 pun dah agak besar dan boleh faham arahan dan keadaan sekeliling. Ilyaas dah 4 tahun, Imani pulak dah 2 tahun setengah. Memang plan asal sebelum mula puasa lagi, nak cuba bawa dioarang ke masjid. Bagai pucuk dicita ulam mendatang, beberapa hari sebelum masuk Ramadhan, kami di universiti dapat email yg Masjid Utp akan adakan Ramadhan Aulad Zone.
Ramadhan Aulad Zone by UTP Mosque =)
Syabas dan Tahniah saya ucapkan pada pihak pengurusan Masjid UTP serta penganjur program RAZ ni. Sangat2 membantu golongan ibu terutamanya untuk sama-sama menunaikan solat sunat terawikh di masjid, dapat mendengar bacaan ayat2 al quran dari iman waktu solat terawikh sesuatu yg indah sebenarnya. Kalau tak, anak2 merengak, atau berlari sana sini (at the same risaukan anak takut jatuh ketika berlari or turun tangga ), nak solat pun tak berapa nak kusyuk. Tapi, dengan kewujudan Ramadhan Aulad Zone ni, personally both myself and my husband rasa sangat bersyukur dapat tinggalkan anak2 sekejap dalam tempoh 1 jam ke 1jam 15minit dalam pengawasan anak2 murid kami jugak untuk membantu menjaga anak2.
Suasana dari luar khemah Ramadhan Aulad Zone UTP.
Setiap hari, ibu atau bapa perlu register kan anak2 sebelum ditinggalkan kat dalam khemah ni.
Bagi yang dah pernah register pada hari2 sebelumnya, boleh terus ke fast lane dan ingat nombor giliran yg dah diberi pada hari sebelumnya. Anak2 diberikan name tag serta no ditampal pada baju supaya tak hilang, senang dicari dan kakak2 yg menjaga dapat tahu nama anak2 ni.
Ibu atau bapa pula akan diberikan kad bernombor supaya mereka dapat serahkan kad tersebut bila nak ambil anak semula lepas solat.
Zone ni dibuka dari jam 8.15pm ke 9.45pm. Tapi kebiasaanya jam 10pm baru parents mula ambil anak masing2 sebab pukul 10 baru habis 8 rakaat terawikh .
Zone yang ada dalam RAZ.
Ilyaas and Imani rasanya paling berminat dengan Book Area (sebab dorang selalu cerita nak suruh kakak baca buku train), and Construction as well as I am a Muslim (movie/tayangan Cd)
Sedikit suasana malam pertama terawikh di mana parents mula menghantar anak2 ke sini.
RAZ ni accept kanak2 dari usia 1-6 tahun .
Saya blurkan gambar ni atas faktor menjaga identiti dan keselamatan kanak2 dalam pic ni.
Kalau anak sendiri takpela nak tunjuk kat blog:d
Apepun, saya sangat suka dengan concept yg dibawakan oleh pengurusan Masjid UTP utk Ramadhan kali ni. And hopefully program mcm ni di teruskan lagi pada tahun2 akan datang. Walaupun nanti mungkin nak implement bayaran, I don't mind to pay a bit a least anak2 tak bosan, selamat dan tak jauh dari saya n I can perform my prayers peacefully.
Kudos to all that have make this RAZ reality. and they are:-
EYLC Seri Iskandar
Rakan Masjid
One Quest
Helwi
SmartHuffaz
And thank you to all female utp students who had been volunteering to take care of our kids...
May Allah rewards you.
No comments:
Post a Comment
Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...