Tuesday, September 22, 2015

Pusara Zarifa

Assalamualaikum, 

Genap 3 bulan Zarifa, si wildan syurga pergi meninggalkan kami semua. 
Pasti dia tengah gembira bermain-main di taman syurga dengan kawan-kawan yang lain. 

Alhamdulillah, dalam tempoh 3 bulan ni, saya, suami dan anak-anak berkesempatan menziarahi pusara Zarifa. Memang letaknya dekat dengan rumah abang ipar, jadi tak susah untuk singgah. Ayah dan Mama Zarifa pun dah tempah batu nisan yg comel untuk anak kesayangan mereka ini.  


Ilyaas dah besar, dah pandai baca Al-Fatihah, jadi dia pun tahu untuk sedekahkan Al-Fatihah buat Zarifa. Bukan sahaja kalau ke kubur, kalau kat rumah pun, kadang2 diorang tersalah sebut Zafira dan Zarifa, atau terlihat gambar2 Zarifa di hand phone or laptop, saya dan suami akan pesan, ingat Zarifa, ktia kena baca Al-Fatihah. 





Sayu tengok muka Imani masa ni. 

Walaupun baru 2 tahun, dia mmg betul2 ingat pada Zarifa. 

Dia akan tanya macam-macam soalan pada saya, especially berkaitan Zarifa dan tanah.
Sebab dia faham, sekarang adik susuannya berada di bawah tanah.

Pernah beberapa kali dia bagitau saya, 

Imani nak bawa tanah rumput ni, nak pergi rumah Mamu. 
Imani nak bagi dekat Jaripa. 

*syahdu sangat, tak tahu nak response mcm mana bila Imani ckp macam tu*

Pernah juga dia tanya, kenapa Mamu dah tak jaga Zarifa. 
Allah Sayang Zarifa,jadi Zarifa Allah yg jaga, Mamu dah tak kena jaga Zarifa.. (itu jawapan saya)..


Apapun, damailah kamu di sana wahai anakku, Zarifa. 

Umi hari2 tak lupa sedekahakan Al-Fatihah buatmu sayang, moga umi tak kan lupa sampai bila-bila. 





4 comments:

  1. sayu bila anak2 dah tahu erti sedih...mesti diorg pun terasa sangat kehilangan zarifa

    ReplyDelete
  2. CAN lately asyik teringat jippa... tengok gambar je la mampu. :(

    ReplyDelete
  3. Innalillah, pandai ilyaas bacakan alfatihah..by the way kina baru pasan komen athi dekat blog pasal grill tu..betul2 tu.. kalau wrought iron die ade bergerigi..kalau besi biasa straight..macam grill kina memang ade gerigi kalau tengok betul2 dekat tepi..tapi kina buatkan design saja straight sebab tak suka berukir2..sebab color matte black jadi xnampak sangat gerigi..bila tengok yang glossy tu baru nampak gerigi..tak semestinya berukir tapi tepi2 mst bergerigi baru wrought iron..

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...