Monday, October 15, 2012

Review Photobook Malaysia

2 minggu lepas, saya ada beli satu deal/coupun from I Love Discount. Deal from Photobook Malaysia.

Hajat di hati mmg nak buat album untuk Ilyaas Hafiy since sejak dia lahir sampai sekarang, kitaorg tak pernah print any of his pictures except masa buat magnetic pictures dulu. Itupun beli dekat Milkadeal. Back to the deal from Photobook tu, I beli deal untuk Imagewrap Hardcover Medium Potrait Size Photobook dengan harga RM52 (+RM12 for postage), Original price is RM128. Size dia 8inch X 11inch, 40pages.

Mula-mula, once dah beli coupun/deal ni dekat ILoveDiscount (notification email akan diberi acknowledge pembelian success yada yada), and kena tunggu sampai deal tu habis. Then, admin ILoveDiscount akan hantar another notification email untuk bagi Voucher Number. Menggunakan Voucher Number ni, kita boleh tebus our photobook dekat website photobook Malaysia.

Part yang renyah or leceh sikit ialah nak design photobook kita sendiri la. Dah la orang tak berseni macam I ni, buat photobook guna software pun boleh rasa stress.Hahaha, lawak pun ada bila teringat. Stress bukan sebab software tu susah tp sebab tak banyak high-quality pictures yang cantik-cantik untuk diletak dlm photobook. Baru la faham kenapa bila kita hire photographer masa kawin dulu, dia mintak masa 1-2 bulan untuk siapkan album hardcover kita, reception album, outdoor album semua tu. Rupanya mmg perlukan kesabaran, kreativiti serta masa untuk design and pilih gambar.

Cara nak design and upload gambar-gambar kita sebenarnya senang je. Guna konsep, download, design, order.  Software tu boleh di-download kat page ni. Once dah download, boleh lah start design, letak gambar, words, frames etc etc.. Kalau malas or tak cukup masa, kita boleh je guna readybooks yang dah disediakan dekat website photobook. Lagi senang, tak perlu susah payah pikir design itu ini. Dan confirm margin semua ok. 

Last Sunday, I finished all the uploading and then terus submit dekat photobook. Actually, using software yang Photobook sediakan, kita boleh buat proof copy in pdf or jpeg, and then boleh la simpan sebagai bukti kalau-kalau photobook salah print etc. Lepas submit tu, dpt order number and on tuesday petang dorang dah pos kan ke kita. Cepat jugak servis nya. Dorang guna GDEX Courier;.part ni tak berapa best sikit sbb last-last kitaorg kena gi pickup kat office GDEX tu since 2x dorang datang kitaorg takde kat rumah.Yela, dah tau datang time orang kerja, call la kan..Ini tak, tinggal notice je.Tu pon notice yang salah tarikh..Hmmm...tak kisahla, janji album dah sampai kat tangan ni..

Overall berpuas hati dgn hasil Photobook. Berbaloi lah dengan harga RM52 tu..Jom sneak peak on album Ilyaas =)

Front cover

Ilyaas time baby

at 2 months plus

HD family picture raya 2012
Ok la kan? Next time kalau ada deal lagi, nak beli lagi. Sebab banyak je lagi gambar2 yg tak di-print. Hehhe, So, saying this, I am one happy customer of Photobook Malaysia and surely will return for their products. 



6 comments:

  1. nice! i ni mmg jaraaaaaaaaaaaaang tgk groupon ke milkadeal ke apa.sbb i xberapa yakin.tp tgk org lain sll beli voucher(cth mcm photobook ni) servis semua ok je teringin la pulak. lps ni kene rajin tgk groupon milkadeal etc la ni hehe

    ReplyDelete
  2. gambar raya family tu cantek.. nk try jgak la nnt.. tp x tahu utk occassion ape.. huhu..
    kena tunggu anak sulung kot baru start.. hee~

    ReplyDelete
  3. nak tanya ...kita bayar dulu then baru hantar art work ya

    ReplyDelete
  4. salam.nak tanya. even deal tu belom habis run, boleh tak kita download dulu software dia?

    ReplyDelete
  5. oh ok. then mcm dgn total bayaran? sy dah beli grupon tu dgn harga rm52. then bila proceed in photobook malaysia diorang suruh byr lagi rm60. so means that total byrn kat sini rm100 lebih (grupon + photobook). betul x?hehe noob sikit dlm grupon2 ni.1st time guna heheh

    ReplyDelete
  6. oh ok thanks...prob sy dh solve hehe

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...