Wednesday, February 24, 2016

Kari Kepala Ikan Salmon

I kan orang Penang. Memang tiap2 hari makan kari pon dari kecik. Sampai bila dah masuk asrama kat nogori sembilan, baru tertukar sikit selera makan tu. Kalau tak, hari2 mesti ada kari terhidang kat meja makan. Coz my dad menu wajib dia ialah kari dan kari. 
Lagi2 kari ikan. kalau kari ayam, dia kureng sikit, dalam sebulan, 2-3 kali boleh la kari ayam. 

Dulu my mum sampai jemu la masak kari. Padahal my dad orang Kedah, my mum yg orang Penang. 
Patutnya orang penang lagi suka kari, tp kalau dah hari2 berkari, muak jugak kan. 

I masuk asrama kat selatan tanah air umur 13 tahun. Form 1 la. 
Tp sepanjang 12 tahun hidup ngn parents kat rumah, I rasa mmg I dah terrer masak kari. Hhahahah, takdelah terrer sgt tp jenis observe mak masak kat dapur, walaupun tak tolong sgt (bukan tak nak tolg, dulu mak I prefer buat kerja sendiri sbb dia nak I study study study, so dia yg masak, I study)... 


Tpi I study kadang2 kat dapur masa mak masak, jadi dok tengok la mak masak mcm mana. So sebab dok observe2 ni, maka boleh la jugak memasak at the same time boleh la kira 'berjaya' dlm study. kuikuikui...perasan jap:d 

Antara masakan yg I rasa senang dan mudah is kari. Kebetulan my husband pon lahir kat Penang walaupun origin dia from Terengganu. N dia ni sama kepala ngn pak mertua dia (my dad la), consider hantu kari gak. So, kalau dah takde idea sgt, masak ke je lauk kari kat dia. Menambah la dia makan (tp masak lauk apa pon bertambah jugak dia makan...)




So nak masak kari ikan ni bahan2 dia lain sikit from kari ayam or daging. 

Yang extra nya ialah air asam jawa. 
Basic dia kena la ada rempah kari ikan. 
I akan cairkan siap2 (bancuh) dengan air suam or air hangat (tp bukan mendidih). I akan pakai byk jugak rempah kari. Kalau paket kecik, I guna 2 paket. Kalau yg jenis paket besar tu, dlm 4 sudu besar gak rempah kari. baru ummmppp. 
Pastu santan. (nak senang skrg I pakai santan serbuk/paket je). Kalau santan perah/fresh lagi best. tukar ngn susu pon boleh. 
Daun kari kena ada la, tp klu takde pun belasah je. jnji rempah kari ada. 
Sayur bendi.
Tomato. 
Bawang2 and halia muda. 
Nak blend lagi bagus sbb kuah jadi lebih pekat. depends la, I tak restrict masakan kena guna bawang blend je, apa yg ada masa tu . Kita ambil jalan mudah jah...sbb kita kerja nak masak cpt2 bgi siap before 7pm anak2 lapor dah. Bapak anak pon lapor nak makan. 


Ikan of your choice la. Kali ni I guna Ikan Salmon bersama kepalanya...
Beli kat Jusco. kat bahagian sushi tu. Biasa dorang dah wrap harga dlm 11.90 sepeket. Isi salmon pon ada lagi so agak berbaloi la I rasa. 
Kalau kat Holland, kepala salmon ni dorang jual 50sen je. tak pon bagi free. 

Memula, kena tumis bawang2 ngn daun kari..


Pastu masuk kan rempah kari yg dh dicampur air. kalau pekat sgt, tambah sikit lagi air. jgn byk2 ngat air. and kacau2 jap, pastu biarkan. 


Sampai la pecah minyak. Mak I pesan, kalau nak masak kari, part pecah minyak ni paling important. 
Sebab, kalau tak pecah minyak, sort of tak berapa menjadi la kari kita at the end. Rasa akan sama je, just warna and kepekatan kari tu akan berbeza sikit. 

So, jgn gopoh2 nak tambah2 bahan dah. Biar rempah n bawang kita pecah minyak dulu. Sebab tu kita biar je xyah kacau. 
Biasanya tak sampai 5 minit pon dh pecah minyak...
Lepas dh pecah minyak baru kacau2 n tambah bahan2 lain. 



I akan letak ikan, and air asam jawa. Buang la biji asam jawa tu. heheheh
pastu tambah air sikit jika perlu. 
Biar mendidih n tambah bendi. 




Lepas tu tambah santan. N perasakan dgn garam or apa2 jenis perasa la yg korang biasa guna. 
maggi cukup rasa ke, ajinamoto ke...ikut suka. 


Dah nak siap, tambah tomato n cili sebijik sebagai hiasan. 

Siap dah....

I estimate dlm 15 minit je masak kari. 

Kuah tu kalau nak pekat, kurang kan air, lebih kan rempah. 
Tapi kalau tak suka pedas sgt, kurang kan la rempah. 


Sekarang ni Ilyaas pun dah reti makan kari, so x payah sgt la nak masak utk dia. 

tu je la.. selama mencuba:D 


2 comments:

  1. sedapnya.. x penah lg mkn salmon kari.

    ReplyDelete
  2. Baru smlm mkn di rumah malaysia vienna kari kepala salmon..Memang sedap...

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...