Tuesday, February 16, 2016

CNY 2016 Trip to Medan

Minggu lepas I amik cuti seminggu. Sambung dari cuti raya cina hari isnin ngn selasa, ke rabu -jumaat. Nasib baik la ada carry forward leaves from tahun lepas, dapat la amik extra cuti tahun ni. Kalau tak, menangis jugak sbb cuti 14 hari je setahun. 

so cuti panjang jadi mmg dah plan pergi berjalan-jalan. Kali ni plan mmg awal betul, dari bulan october tahun lepas lagi. Plan gi holiday ke negara seberang. Kitaorg pilih Medan sbb jarak penerbangan yg sekejap and cost yg tak terlalu tinggi. Percutian kali ni fully sponsored by my dad.. thank you ayah :) 

Ni first time kami sekeluarga pergi bercuti sekali. Dah byk kali plan tak jadi. Mulanya nak gi langkawi, tp alih-alih tahun lepas, 2 kali my parents dapat pergi langkawi ikut office dorang. So, nak ke langkawi lagi mcm boring la for them. After all, adik2 I belum pernah gi oversea, so kita pilih destinasi yg kena cop pasport, saja feeling2 gi oversea. padahal flight tak sampai sejam pon. 

entry details untuk trip kat medan ni akan menyusul kemudian la. yg ni mcm sum up je. sebab gambar2 belum dipilih and letak water mark lagi. Tak sempatttttt...ni curik gambar from fb husband dulu. 

Itinerary kami ialah 4 hari 3 malam. 
Day 1: Sampai Medan, teruskan perjalanan ke Parapat. 
Bermalam di Parapat. 

Day 2: Naik bot ke Pulau Samosir, balik ke Parapat dan teruskan perjalanan ke Berastagi. 
Singgah minum kopi di Sidikalang. 
Bermalam di Berastagi for Day 2. 

Day 3. Ke Bukit Gundaling dan berjalan di Berastagi. Teruskan perjalanan ke bandar Medan. 
Shopping di Medan. Bermalam di Medan. 

Day 4: Melawat sekitar Medan and final shopping sebelum balik ke Penang. 


Skrg ni kita layan beberapa keping pic dulu la yer...

Dekat highest point on the way ke Berastagi dari Parapat. 
Masa ni berhenti minum kopi. Nama kopi tu Sidikalang Coffee. 
Pemandangan belakang tu berkabus tebal. memang sejuk mcm dekat Amsterdam jugak la. 
Bestnya sebab ada jual sate padang, jagung bakar and makan panas2 time sejuk ni...

Dalam pic ni, first time nampak baby bump. So kena letak label baby no 3 jugak kot entry ni :D 
Masa travel ni I am in my 17 weeks.



Kami berdua banyak selfie bersama. Semua kat camera husband. Anak2 ada je berpusing2 kat bawah kaki. hahha. Bila husband upload dalam fb dia, ramai tanya, pergi honeymoon berdua ke..hahahah, 
mesti la tak, kami kalau boleh tak nak tinggal anak2 kalau pergi bercuti... saja selfie x bagi nampak anak2...

Ni dekat Bukit Gundaling, Berastagi. Sayup2 kat belakang tu Gunung Berapi Sinabung, yg masih aktif and sentiasa keluarkan asap (ash). 



My siblings minus yg no 2, Imran. 
Imran x dpt ikut. tiket untuk dia dah dibeli tp 2-3 minggu before trip dia dapat email kata bos besar nak lawat ladang dia. jadi dia tak dapat la nak join coz that trip is very important, kalau dia takde kat ladang susah. So, nak buat mcm mana kena terima gak la satu tiket burn and one family member x dapt join. 

Yg baju merah tu adik bongsu. yg baju purple tu adik no 3. 
Hidung dan kening kami kami semua sama. Penyet tp tak sepenyet ayam penyet. 




All of us dekat Pulau Samosir, pulau orang Batak. 
Haish, kat sini Ilyaas mengamuk nak toys! geramnya kalau ingat2 balik...





My kiddos.Abang Ilyaas and Kak Imani. 
Dekat Air Terjun Sipiso-piso. 
One stop before ke Berastagi. 
View sangat cantik, nnt kita share lagi gambar2  k. 

For now, ni dulu. 

Overall, I rasa trip ni bnyk mendekatkan kami sekeluarga. Lebih mengenali antara satu sama lain. Dah lama tak berjalan sekali, especially after I kawin.
Ada perkara manis ada perkara masam untuk dikenang sepanjang trip ni. 

Apepun, moga Allah kukuhkan ikatan kekeluargaan kami sekeluarga. 
Bak kata orang, air dicincang tak akan putus kan. 



2 comments:

  1. bestnya gi medan... nnt citer detail ye

    ReplyDelete
  2. Memang seronok bercuti di medan.. Rugi tak pergi😁😁
    Kami pun ada buat pakej percutian murah ke medan.. Harga bermula dari serendah RM379 sahaja ya...
    Yang nak sewa driver saja pun boleh.. πŸ™‚πŸ‘Œ
    Harga murah bukan sebab pakej x best ya.. kami tawarkan hotel 4bintang dan 3bintang untuk anda!!
    Sila whatsapp 0195153550 untuk pertanyaan..
    Like page fb kami : PAKEJ PERCUTIAN BAJET INDONESIA

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...