Friday, November 18, 2016

Pengalaman Abscess Mastitis @ Bengkak Susu Bernanah

Assalamualaikum semua,

Ni entry panjang sgt. peram dah lama. type sikit2. so sekali publish, terpanjang jadinya. untuk rujukan di kemudian hari dan rujukan ibu2 menyusu juga.

Saya baru keluar wad. huhu.. dah almost sebulan discharge.
Admitted on 22nd Oct sampai 25th Oct. dekat KPJ Ipoh.
Reason for admission tu sebab abcess mastitis atau bahasa melayunye, bengkak susu yg dah bernanah. Scary kan dengar. Yang merasa sakit ni pon rasa scary lagi..hhuhu..

Al kisahnya, 20hb Oct tu, I amik EL. Sebab pengasuh ada urusan keluarga. Sepanjang duduk dekat rumah dengan Iyaadh, I cuma pump sekali je. Itupun waktu pagi. Pump pon guna pump silicone autumnz tu je, bukan electric pump... Sebab I tak rasa urge untuk pump pon..tak rasa penuh pun susu ni. masa 20hb ni rasa biasa je. takde masalah apa2.

Malam sebelum tidur, 20hb tu, tiba2 Iyaadh berak dan najis dia ada darah. I risau sebab ni bukan first time jadi, tp kali ni darah dia agak intense dan banyak. I terus ckp, esok 21hb tu nak gi jumpa pakar kanak2. sebab I tak nak tangguh2 lagi..husband setuju je la. Lagipun I mmg cuti lagi masa tu.

Pagi 21hb, I bangun awal. Pukul 5pg. Biasanya I akan pump dulu. tp pagi 21hb tu I pergi sapu rumah dan mop rumah dulu. Sedar2 dah Subuh and Iyaadh dah bangun tidur. So, sebelum solat subuh, I susukan Iyaadh sambil express milk lagi sebelah guna pump silicone tu. Lepas habis menyusu, I tak continue dah pump untuk kosongkan miss B sbb terkejar2 nak solat subuh plak.

Dah settle hantar Ilyaas and Imani ke taska, I dgn husband bawak Iyaadh ke hospital nak jumpa pakar kanak2 sebab dia berak ada darah tu. Tp pagi 21hb tu najis dia dah biasa. xde darah pon. But I dah start rasa berdenyut2 dekat miss B belah kanan. semacam je rasa. Iyaadh hisap pon rasa sakit2. sempat singgah office jap hantar email etc before gi hospital. Sampai je hospital, lucky terus dpt jumpa doc pakar kanak2. masa ni I dh mula rasa seram sejuk tapi bertahan je la. Well, mcm denial lagi kata nak jadi bengkak susu tu.

Sementara tunggu  payment untuk Iyaadh tu, I tibe2 jadi sejuk sesangat. Menggigil satu badan. Time tu jugak Iyaadh nak susu. I feed him dekat sebelah kanan sebb mmg rasa bengkak sangat2. I thot lepas feed I will feel better la. Tpi I salah, masa nak feed tu, sakit dia mmg melampau gila. Menitis2 air mata sambil nyusukan Iyaadh. Sakit sgt!!!!

After that, I terus gi ER dekat hospital tu dan jumpa doc. Mintak Mc. doc suggest jumpa pakar, but I refuse sbb I rasa ni akan surut sendiri. Dapt panadol je. But malam tu demam panas menggila. Tidur bilik asing sbb tak nak pakai aircond. Tp Iyaadh still tidur ngn I la sbb nak menyusu malam2.

The next day, Sabtu, pergi klinik panel dekat rumah sbb tak tahan dah sakit. Harapkan panadol ke, habis sepapan utk satu malam je. Doc tengok miss B, terus bg referral letter ke hospital. jumpa general surgeon sebab katanya dah abscess which is bernanah dah.. waaaaa :( takutnya dgr sbb takut kena operate miss b nak buang nanah tu.


Pening kepala pikir nak drive sndiri gi spitl kat ipoh, sbb husband kena jaga anak2. kalau nak bawa dorang, kesian je sbb dh la panas n nnt proses kat ER and of course kena admit (dah confident kena admit).. I mmg packing baju siap2. mula2 tu drive dah sndiri, gigihkan diri nak berubat sbb xnak sakit lelama. kebetulan, tibe2 my biras call ckp dorang nak sampai dah rumah kitaorg. dorg boleh tolg jagakan ilyaas n imani. Ya Allah, leganya rasa masa tu.. Dalam saat2 memerlukan, ada ahli keluarga datang membantu. Alhamdulillah, for the support system that we have.

So, I patah balik rumah, amik Iyaadh dan tinggalkan Ilyaas dgn Imani with my biras. Husband drive kan I ke hospital. Sampai hospital I terus gi ER, mujur Iyaadh tgh tido dalam carseat, jadi husband handle Iyaadh. Doc datang check, mmg kena admit kena masukkn antibiotic kot suntikan tangan.







Lama sgt urusan nak warded. Susukan Iyaadh atas katil ER. 

Masa ni mmg rasa insaf sgt2. Sebab walaupun dah masuk kali ketiga menyusukan anak, kononya 
dah expert dah. Kalau tak jaga elok2, kena juga sakit ni. 
Tak terbayang akan masuk hospital sbb bengkak susu. 
huhu..


Iyaadh berjaya meniarap sendiri masa kt hospital. 
Masa ni I dpt bilik 10 bedded. sbb bilik single mmg penuh. 
so mintak bilik double. tu pon lambat nak dpt. 
Husband dgn anak2 balik rumah , dkt Maghrib baru I dpt tukar bilik lain. 

Iyaadh siap2 salin baju tidur kat hospital. senang balik rumah, husband just uruskan Ilyaas and Imani jugak. 
Malam tu my parents datang from Penang straight ke rumah kitaorg. 
Jadi lega la sikit my husband, bila pagi je, my mum uruskan Iyaadh bg mandi etc. Husband dpt keluar cari makan dulu. 
Tgh hari tu dorg dtg melawat I kat hospital. 
My parents bawa Ilyaas n Imani balik dulu bila dorg dh bosan kat hospital. 

Thanks so much to my parents sbb dtg. Mak amik cuti utk tlg anak perempuan tunggal dia ni. 
Sampai dah tua bangka ni pon kakak still bergantung pada mak ayah...huhuhu, kasih ibu bapa sampai ke akhir hayat...selagi mampu dorg tolong. 

moga dpt ku balas serba sedikit pengorbanan mereka yg sgt besar ....





Penuh gambar awang ni sorang je ... 
sbb dia dok ngempeng Miss B sebelah lagi.. 
tahu agaknya kat rumah kena minum EBM dlm botol je. 


Duduk kat spital for 3 hari 4 malam... 
pastu dpt mc another 6 days. 
lega rasa dpt recover betul2. 
now mmg dh tak skip pumping, x lambatkan. 
biar sebelum tidur dan waktu bangun tidur kena pump. 
wajib.....


nasihat utk diri sndiri..

3 comments:

  1. Alahai..akk baca akk yg rsa denyut tu..mujut takde apa2 yg bahayakan sis..

    Alhamdulillah..lega dengar dh sembuh

    ReplyDelete
  2. Huhu demam bengkak susu mmemang perit sgt rasa. So athi on antibiotik je ke haritu?

    ReplyDelete
  3. Huhu demam bengkak susu mmemang perit sgt rasa. So athi on antibiotik je ke haritu?

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...