Monday, May 7, 2018

Impetigo


Assalamualaikum semua, 

Saya nak bercerita tentang pengalaman saya menguruskan anak yg diserang Impetigo, sejenis penyakit kulit. Kejadian ini berlaku lebih kurang setahun yang lalu. Dah lama gambar-gambar ni berada dalam draft, cuma sekarang saya tergerak hati untuk share pada public. Harapnya dapat memberi sedikit bantuan untuk parents yang mencari maklumat berkaitan penyakit kulit ni. 

First of all, apa tu Impetigo? 

Sebenarnya, impetigo ni mcm kudis. tapi jenis kudis yg timbul seperti ruam, kemudian, nampak seperti ada air dekat dlm ruam tu. Bila ruam tu pecah, air tersebut (or air bisa) akan merebak. menyebabkan bahagian kulit yg terkena air bisa tersebut akan jadi mcm berkuping, warna seakan2 rose gold. kuping tersebut, sekiranya di tarik utk dibuang/bersihkan, akan menyebabkan kulit kelihatan menjadi lebih nipis. Kuping2 tersebut boleh membesar sehingga lebih besar dari duit syiling 50 sen (yang design lama). 



Ini rupanya bahagian kulit yg terkena jangkitan impetigo. Asal nya luka yg kelihatan ni sebesar ruam/jerawat sahaja ye. 
Once merebak, dia akan membesar dan membersar. 
Pada mulanya, sebelum berjumpa pakar kanak2, saya balut luka ni, utk elakkan dia terkena baju yg anak pakai. Rupanya, itu satu kesalahan besar! 

JANGAN BALUT LUKA IMPETIGO! 

Bila kita balut, luka lambat kering, dah air bisa akan melekat pada kain yg digunakan utk balut, hence, melajukan lagi proses utk impetigo berjangkit dekat bahagian badan yg lain.

Sebenarnya, sebelum anak saya terkena impetigo ni, dua-tiga hari sebelum tu, saya sudah pun berjumpa pakar kanak2 yg sama, untuk kes anak cirit birit. Masa tu, saya dah perasan ada ruam2 kecil baru mula tumbuh di bawah ketiak anak saya. Saya ada tunjukkan pada doktor, dah doktor cakap cuma ruam biasa, heat rash. sebab belum nampak air bisanya. 

But, lepas balik tu, sebabkan anak kuat berpeluh, dia akn garu2 bahagian badan dia, makan ruam tersebut tercalar, dah cepatlah merebak ke bahagian dada/perut. 
Saya bawa ke klinik panel berhampiran rumah, doctor bagi ubat ruam. 

Bila saya tengok keadaan luka yg makin merebak dan jenis yg berkuping lain dari kebiasaannya, saya terus bawa jumpa pakar semula. Sah, Impetigo!



Ini masa menunggu nak jumpa pakar, Alhamdulillah walaupun kena Impetigo, si anak tak ada demam. Dia pon x merengek sebab sakit etc di bahagian yg mengelupas tu. Menurut doktor, luka tersebut tak sakit dan tak akan meninggalkan parut. 

Memang betul, lepas treatment dengan antibiotics ( I can't remember the type of medicine the doctor had prescribed since it has been a year past), tak ada scar langsung pada badan anak saya. kembali gebu seperti biasa, alhamdulillah. 


Punca terjadi nya impetigo ni dari persekitaran. 
Saya suspect, Iyaadh terkena impetigo semasa dalam perjalanan kami pulang dari terengganu ke perak. 

Kami memang letak kan Iyaadh di dalam car seat almost sepanjang perjalanan. 
Mungkin car seat tersebut kurang bersih dan bila di dlam perjalanan, dia berpeluh, dan naik ruam panas dan digaru2, maka ruam tersebut dijangkita kuman yg ada dekat car seat tu. 
Dari ruam biasa bertukar jadi Impetigo. Wallahualam. 

Apepun, saya harap perkongsian ini dapat membantu serba sedikit orang yg mencari maklumat ini. 

Sekian you all. 


No comments:

Post a Comment

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...