Wednesday, March 6, 2013

Peek Away 4 in 1 Essentials Nursing Kit

Morning Morning,

I baru tau pasal product ni. So nak masukkan dalam wishlist la. Selain daripada Storksak. Haha. Ini semua wishlist yang tak mungkin saya dapat kot. Sebab saya sendiri rasa tak sampai hati nak spend dollar saya untuk beli barangan semahal ini. Tapi kalau ada kawan-kawan or husband tercinta nak hadiahkan, besar tapak tangan nyiru saya tadahkan... (hint hint hint)

Produk yang menjadi pojaan hati I buat masa ni ialah Peek Away 4 in 1 Essentials Nursing Kit, from PeekAway.com

Ni brand from USA. Kat Malaysia ni, rasanya ada satu kedai je yang jual Peek Away 4 in 1 ni, Kat kedai MamaPanda. Mama Panda jual RM188. So sapa nak bg hadiah kat I, boleh la..(xmalu mintak orang hadiahkan)







Ni info pasal Peek Away. Directly from Website PeekAway.
About Peek AwayPeek Away is a wonderful product that promotes nursing and is an invaluable item for offering moms a nurturing start both for meeting their child's nutritional needs and bonding. Peek Away is committed to producing a safe, fashionable product made with love from people who care about children, life, and family.     

                                                                                            
.............................................................................................................................
4-in-1 Kit Uses
  • handbag
  • travel nursing pillow
  • changing pad
  • nursing cover
...........................................................................................................................................

Handbag
  • subtle pockets to place keys, a cell phone and other small necessities inside
  • adjustable, detachable strap
  • measures 14.5"L x 6.5"H x 5.5"W
  • total weight 1.55 lbs.
...........................................................................................................................................

Nursing Pillow
  • pillow height provides just the right amount of support for baby’s head and body to ensure comfort
  • adjustable, detachable strap can be used to go around the mother's waist to hold the pillow in place while nursing
  • adjustable strap measures 20" – 35"
  • measures 14.5"L x 6.5"H x 5.5"W 
Best Care Instructions
  • wipe clean
  • line dry
  • do not iron 
   ...........................................................................................................................................

Convertible Changing Pad, Wipe Case, and Diaper Storage
  • 3-panel, cushioned change pad measures 27"L x 1.25"H x 14.5"W
  • removable white plastic wipes case measures 7.75"L x 1"H x 4.5"W
  • velcro closure storage pocket measures 15" x 6"
.................................................................................................................................................................
No-Peek Nursing Cover

  • viewing window at the top to maintain eye contact with baby during nursing and ensure a good latch
  • oval shape to help provide mom with the extra privacy
  • attached adjustable strap 
  • large minky pocket that act as a burp cloth
  • 100% cotton
  • measures 27"H x 36"W 
Best Care Instructions
  • hand wash warm
  • line dry
  • warm iron if needed
   


Tuesday, March 5, 2013

First parcel from Nuffnang

Ini perlu diabadikan dalam blog picisan ni. sebab hari ini dalam sejarah, setelah beberapa tahun dok berblog, ni la first time dpt parcel from nuffnang. Bukan nak eksyen jauh menunjuk-nunjuk okay...

tidak tidak, saya langsung tak berniat begituuu..sebab sy ni la first time kot dpt parcel untuk product review dari nuffnang. tak sia-sia selama setahun dulu dok biar iklan2 nuffnang kat blog ni. Alhamdulillah. rezeki. 


Dapat parcel ni tgh hari tadi. Ilyaas yg excited nampak van poslaju depan gate. Kemain dia ingt nak bawa dia jalan2 kot. Kelam kabut dia cari slipar semua nak pegi bukak gate. Tak sempat pulak nak snap gambo tadi, comel sgt anak teruna tu. Hahah, dan dan puji anak lagi ..

Ok, tunggu ye next entry.. 
Nak share experience guna product yang nuffnang hantar ni.. 

Tak sabarrrrrrrrr

Dengan itu, tengok dulu parcel ni apa isi kandungan dia





Bungkusan Merah tanda nak dapat ang pow:P





Monday, March 4, 2013

Saya surirumah sepenuh masa

 Yes! Since hari Jumaat lepas, saya dah bergelar suri rumah sepenuh masa. Bermula dari hari saya dan anak-anak ikut suami balik ke Tronoh masa Day 40. Now dah day 43. Esok last day pantang.. Yaaayyyyyyyyyy.

Saya amik cuti 70hari. weird number kan? Actually sebab saya ni student, so tak kisah sgt la 2bulan ke 3 bulan ke. Saya amik 70 hari sebab nak mula kerja eh study secara professional balik on 1st April. So until that, I will become a housewife. (dengan harapan boleh kurang beberapa kilo lagi dalam tempoh one month ni)

Mulanya, nak hantar Ilyaas ke babysitter. Tp, pikir pikir balik rasa mcm rugi je. Duk rumah layan Imani sorang je pun. Plus honestly looking at his sparkling eyes membuatkan saya rasa tak sampai hati nak hantar dia sorang ke babysitter. Biarlah saya jaga selagi boleh. Nanti dah sampai masanya, saya hantar mereka dua beradik duduk dengan babysitter. Sekarang ialah masa untuk saya spend dgn anak-anak. Bukannya lama pun, sebulan je. Saya ni bab2 ni touching sikit. Nanti katakan lepas UPSR, Ilyaas dpt masuk asrama kan, dah duduk jauh. So, biarlah sebelum tu saya jaga dia selagi boleh.

So, sepanjang beberapa hari dan hari2 seterusnya lepas ni, apa la aktiviti kami anak beranak... Sy bangun awal mcm biasa, sebab husband nak pi uni. Buat brekpes apa yg patut. Sapu rumah. Brekpes ngn husband. Pump susu sementara anak2 tidur lagi. Pastu sambung tidur lepas husband pi uni. Bangun, mandikan anak2. Bagi Ilyaas brekpes. Susukan Imani. Pastu biar dorang golek2 depan TV while saya prepare apa2 untuk lunch.
Abang Ilyaas layan Upin Ipin & Adik Imani main di playgym

I love them so much.
Tak lengkap hidup tanpa mereka

Lepas lunch, rehat jap..Pastu ajar Ilyaas ABC. hehe. Lama sgt dah tinggalkan aktiviti pembelajaran Ilyaas ni. 
Emmm, sebenarnya Ilyaas dh nak masuk 2tahun hujung bulan ni, tp dia tak reti bercakap lagi. Hanya beberapa perkataan je yg dia pandai sebut. Contohnya : Ayah, Umi, Maaa, Acu, Ayam, Bola bunyi Laaa, Makan bunyi Amm, Motor bunyi vrooom vrooom...Allahuakbar, lailahaillah ...emmm tu je la yg dia boleh sebut. Lain2 tak berapa jelas lagi sebutan dan bunyinya. Normal je kan? 

Ilyaas dgn flash card. Bertahan 15minit
Satu lagi, Ilyaas ni buas benar sekarang ni. Hari2 mesti ada la terhantuk ke terjatuh ke. Bukan main ngn sapa pon, main sendiri je. Tengah tendang bola terjatuh la..Sian tengok dahi benjol. Lasak jugak la Ilyaas ni. Tak tau camne nak susun perabot dalam rumah ni dah. Dah kosong dah rumah ni sebenarnya.. Nak bg child friendly punya pasal..

Sementara ajar Ilyaas ABC dgn flash card, Imani main2 lagi di playgym
 This time around, Ilyaas dpt bertahan lama sikit dgn flash card. Kalau tak, 2minit dah bosan. Ni ok la. 10-15minit. Dia pay attention jugak. Hari ni dapat word baru, gajaaahhhhh..
Flash card ni sy suka. Beli kat Mydin. Rm5.
Ilyaas dah pandai susun2 card tu. Tak la campak or koyak or masuk mulut je macam dulu. Clever Boy=)


Lepas bosan dgn flash card, bagi dia main puzzle pulak. Pon beli kat Mydin.Ada 3 puzzles in a box. 

Menyusun puzzle farm animals
Tp asyik suruh umi yg lekatkan puzzle tu

hasil kerja Ilyaas dgn bantuan umi


Haaa, tu je la aktiviti saya dgn anak-anak. Selain tidur berjemaah. Penat rupanya uruskan anak tgh membesar ni. Skrg baru tau dan paham apa orang kata, sorang ibu mampu jaga hatta 10 orang anak tanpa mengeluh. tp 10 orang anak nak jaga sorang ibu belum tentu mampu. 

Apepun, I'm going to enjoy being a housewife dalam masa sebulan ni. While anak2 sleep dpt jugak saya baca journal. Have to start reading back. Tak leh stop lama sgt. Nanti berkarat otak:P



Sunday, March 3, 2013

5th Batch Diaper Clutch at Myhafiy Blogshop


Assalamualaikum and Hello All. 

New designs diaper clutches are back. This time around we are using imported fabric except for DC33_Pink Eblem.  All designs for 5th Batch Diaper Clutch can be found ONLY at Myhafiy Blogshop. 

Those interested please fill in order form here. Or leave ur comment below/pm me at our facebook page
 or simply email me at myhafiy_blogshop@yahoo.com

 I will reply as quick as I can. Thanks.


DC33_Pink Eblem
RM50 (exclude postage)
Using local fabric exclusive only at myhafiy blogshop
Inner cloth and rim is hot pink

DC33_Pink Eblem (close up)
RM50 (exclude postage)
Using local fabric exclusive only at myhafiy blogshop
Inner cloth and rim is hot pink


DC34_Black Dashing
RM54 (exclude postage)
Using Imported Fabric 
Inner Cloth and rim is black
DC34_Black Dashing (close up)
RM54 (exclude postage)
Using Imported Fabric 
Inner Cloth and rim is black

DC35_Brown Dashing
RM54 (exclude postage)
Using Imported Fabric 
Inner Cloth and rim is Light Brown
DC35_Brown Dashing (close up)
RM54 (exclude postage)
Using Imported Fabric 
Inner Cloth and rim is Light Brown



DC36_Pink Stripes (RESERVED)
RM54 (exclude postage)
Using Imported Fabric
Inner Cloth and rim is Hot Pink
 

DC36_Pink Stripes (close up) (RESERVED)
RM54 (exclude postage)
Using Imported Fabric
Inner Cloth and rim is Hot Pink
 

DC37_Pastel Dots
RM54 (exclude postage)
Using Imported Fabric
Inner Cloth and rim is Dark Brown
 

DC37_Pastel Dots (close up)
RM54 (exclude postage)
Using Imported Fabric
Inner Cloth and rim is Dark Brown
 
DC38_Happy Dribbles
RM54 (exclude postage)
Using Imported Fabric 
Inner Cloth and rim is Navy Blue

DC38_Happy Dribbles (close up)
RM54 (exclude postage)
Using Imported Fabric 
Inner Cloth and rim is Navy Blue

Sijil Tapak Kaki Imani & Antenatal Class di PPAR


Taaa daaaa...Comel kan?

Imani dapat Sijil Tapak Kaki from Pusat Perubatan Ar-Ridzuan. Hadiah dari PPAR untuk setiap bayi yang lahir di sini. What a good service kan? Nak baca lebih lanjut pasal perkhidmatan di PPAR, boleh rujuk entry ini.

Sebenarnya, kitaorg tak tau pon Ar Ridzuan sediakan gift secomel and bermakna macam ni. Tibe2 je aritu dorang call suruh amik. kitaorg ckp, eh mana ada kami order sijil ni. Rupanya mmg surprise untuk semua ibu bapa yg memilih Ar Ridzuan sebagai tempat untuk lahirkan baby masing-masing. So sweeetttttt hahahha..

Apepun, terima kasih Ar Ridzuan. Kalau nak tunggu kami mak pak dia nak pi amik cap tapak kaki etc semua ni entah bila la. Terima kasih kerana tolong buatkan and akan jadi good remembrance of how small Imani is. 

Btw, nak share jugak pasal info kelas antenatal yang di adakan sepanjang 2013 di Pusat Perubatan Ar Ridzuan .


Kelas ni SANGAT MURAH ok!!!!

RM10.00 jeeeeee

 Berikut adalah Jadual nya...

16 Februari 2013
13 April 2013
15 Jun 2013
24 Ogos 2013
26 Oktober 2013
14 Disember 2013
 (tertakluk kepada perubahan tarikh)

Masa: 8.30pagi - 3.00petang

Tempat:
Pusat Perubatan Ar Ridzuan, 
A-1, Greentown Suria, 
Jalan Dato' Seri Ahmad Said
30450 Ipoh Perak. 

Topik:
Perubatan Fisiologi Semasa Mengandung
Masalah Perubatan Semasa Mengandung
Penjagaan Kandungan Pra Kelahiran dan Proses Kelahiran 
Fisiologi Penyusuan dan Teknik Penyusuan


Nak register, boleh contact Ar Ridzuan kat nombor ni 05-242 1111

Btw, tempat adalah terhad ye. So sapa cepat dia la dapat. 




Thursday, February 28, 2013

Printed Surah Yassin untuk Majlis

Hari ni adalah tidak ada idea nak tulis apa. Tapi sebab xmalas, so nak tulis jugak. Lagipun kobar-kobar ni semangat nak update blog ni tiap2 hari. Dulik lah apa orang nak kata, I ada reason sendiri kenapa smngt kobar-kobar ni. Semangat ni adalah WAJIB seiring dengan semangat study. Kalau tak, nak suruh husband I berleter marah sebab rajin tulis belog, tp malas study (now bagi chance lagi sbb pantang tak abis lagi, hahahaha)

Nak citer pasal kedai2 yang ada jual printed surah yassin untuk majlis mcm tahlil, aqiqah, wedding, doa selamat etc. Hari ni dah genap 9 hari datuk kesayangan pulang ke Rahmatullah. Tok meninggal pukui 10pg, Rabu 20hb Februari 2013. Sampai skrg ni dok terbayang lagi muka tok and my last word to him sebelum meninggal dan sebelum tok dikapankan. Ok, tak mau sedih2 dah. 

So, sempena hari ke 40 tok meninggal nanti, kami nak buat majlis tahlil, panggil sedara mara semua. Jadi nak buat printed yassin sempena majlis tu. Jadi survey sana sini nak tengok yassin yg berkenan di hati. Tok sorang lagi (wife tok sutan), dah bagitau criteria2 surah yassin mcm mana yg dia berkenan. Kitaorg nak yg size A5, tulisan surah yassin tu besar2 sikit, takdela makcik2 yg mai nanti sakit mata nak membaca ayat2 yassin yg kecik2 sizenya. Hasil survey yang I selaku orang tak buat apa2 bila anak-anak tidur ialah seperti berikut...

btw, harap bermanfaat untuk yg tgh mencari kot2 nak print yassin , al-mathurat, surah2 amalan untuk majlis2 korang

1. DarulNuman.Com
Sumber: Website DarulNuman.com

Dari Website Tempahan Khas. Tak ada quotation harga etc kat website ni. So, kena email dorang untuk tanya. I e-mail tp amik masa 2-3 hari untuk direply. Makanya, I just call dorang guna nombor yang dah dipaparkan kat website tu. So, details untuk tempahan kat DarulNuman.com ni...
-size A5,kulit tebal jugak.
-Ada 8 pilihan warna untuk kulit depan (biru muda, royal blue, hitam, hijau gelap, kuning, cream, hijau muda, putih)
-Boleh print nama arwah di kulit hadapan. kalau majlis aqiqah or wedding, print nama baby or pengantin. 
- muka surat pertama dalam yassin ni boleh jugak untuk tulis nama ahli keluarga etc..
- Harga sekeping ialah RM5.
- Tiada servis penghantaran. So kena pi pick up di Jalan Masjid India. sebab company ni kat sana. 
- untuk urusan printing nama etc tu boleh berhubung melalui email ataupun lebih senang, pi kat kedai dia. 
- Personally I rasa hasil kerja dorang memuaskan.sbb dah tengok contoh surah yassin yg ditempah kat sini. cuma tak best sbb kat KL je la kan.and tak dak delivery pulak tu. 
-Sapa dok KL nak order kat dorang leh terus contact Puan Hajah Aida kat talian ni 03-26912645


2. Creatively Designed.Com


 Ni website dia. Klik k;ik klik
HQ dia kat Gombak. Ada servis delivery. Buku Yassin dia hanya satu size iaitu A6. So, tak tepati criteria yg kami nak. 
Tapi Yassin2 dia sgt comel serta cantik. Sngat banyak pilihan warna serta decorations.
Lebih sesuai untuk majlis kahwin, and aqiqah. 
Harga range dari RM1.50 (kulit depan hitam putih) atau RM2.50-RM3.00 (kulit depan bewarna)
Reply email sgt cepat. Thumbs up.servis depa bagus .
Oh ye, ada paper bag sekali untuk setiap surah yassin.

3. Penghulu Card

Sumber website Penghulu Card
Saya tak contact admin company ni. So, tak leh nak bg idea how's their servis etc.
tapi ni website dia.
Ada size A5 jugak, samada 96 pages or 48 pages.
Termasuk penghantaran.
Harga ada kat dalam link yg saya letak tu.

4. Warna Inspirasi
Sumber:Warna Inspirasi


Ni yassin A5 jugak. Warna beberapa jenis warna ada.
Dia display Putih. tulisan gold. Agak ekslusif la.
Saya tak contact admin dia jugak. So tak sure la mcm mana. Ni details yg ada kat website dia

Specifications:-

size :5 " x 7"
cover : white/ cream / gold/light pink/light purple (other colours-special order)
hot stamping : gold / silver/red/fuschia/pink/blue/turquoise
envelope : white / cream / gold/light pink/light purple
text : black & white
Paper : Simili 80g

5. Firma Kreatif Sdn Bhd

Yassin Velvet. Baldu you all.
Cun and sgt ekslusif. Harga satu RM5. Tapi size A6 jugak. So xmenepati ciri2 yg kitaorg nak.
Tp dia ada servis sekali dgn tasbih. ada box .
Rasa lebih comel buat doorfgift majlis kawin ni.

Sumber website Firma Kreatif


Wednesday, February 27, 2013

Mengepam dalam pantang~misi kumpul EBM~

Hari ni hari ke 38 berpantang. eh salah masa type entry hari 36 lagi, ni auto publish.  
Means minggu depan saya dah habis pantang. Hooooyeeeaahhhh.. Tapi ada lagi yang kena berpantang sampai 100 hari. Duuuhhhhh... 
Sabar la wahai diri, untuk kebaikan diri sendiri jugak kannn.. 

Well, my main aim dalam tempoh berpantang ni ialah untuk kumpul stock EBM (selain mula menulis untuk journal submission which is in progress). So entry ni bermakna bermula kisah penceritaan my second breastfeeding journey with my second child, Imani Hafiyya.  Harap tak bosan la yg membacanya :P 

First of all, saya nak bagitau tujuan and niat sy bukan nak menunjuk-nunjuk berapa banyak susu yg saya dapat kumpul dan juga bukan nak riak. Susu ni rezeki dari Allah untuk anak. Entry ni untuk naikkan semangat diri sendiri nak realisasikan penyusuan susu ibu selagi diberi keizinan Allah. Tak kisah la setakat 6 bulan ke, setahun ke, kalau dimurahkan rezeki sampai 2tahun. Wallahualam. yang penting usaha.
 Untuk penyusuan kali, rasa lebih bersedia mental dan fizikal. Sebab dah ada pengalaman susah payah bersama Ilyaas dulu. Husband, parents and adik2 saya pun lebih relax and bersedia membantu saya kali ni. 
No more sore nipple, latching problems etc. Ilyaas pon sgt memahami setiap kali sessi saya susukan Imani. 


Stock susu untuk 3 minggu pertama. Dah selamat di bawa balik ke Tronoh rumahku syurgaku
Stock susu dari hari 21 hingga hari 36. Menunggu masa untuk dibawa balik ke Tronoh

Saya mula mengepam pada hari ke 2 selepas bersalin. Masa ni tujuan mengepam bukan nak buat stock. Sekadar nak stimulate pengeluaran kolustrum. This time around, kolustrum keluar sampai day 4-5. Sikit-sikit. Warna dari putih jernih kepada yellowish. Pada asalnya saya dah mula risau, kenapa susu biasa belum kunjung tiba lagi, walhal ikut pengalaman anak sulung dulu, day 2 dah mula rasa bengkak. Mungkin perbezaan jantina anak yg menyebabkan kes mcm ni terjadi.saya tak pasti. Saya mula buat stock pada hari ke 5 atau ke 6.  Stok2 dalam pantang ni saya pump guna madela manual je. miss pisa kesayngan masih simpan. masuk uni nnt, start guna balik la miss pisa. 
Imani start minum susu ebm pada hari ke 25. Alhamdulillah dia ok je. pastu stop jap. Nanti cuba lagi. 
Masa mula mengepam untuk buat stock, dapat around 1-2 oz sahaja. Kemudian slowly baru meningkat ke sukatan yg lebih memuaskan. Walaupun susu kali ni tak semeriah time Ilyaas dulu, tp dpt juga kumpul stok. Rasa nya sebab demand kali ni lebih rendah berbanding yg pertama dulu. Anak perempuan, minumnya sedikit je, jarak masa lebih lama. Nasib baik Imani tak ada kuning, so saya tak la risau sgt bila dia kerap tidur, kurang minum dan jarak antara penyusuan agak lama, antara 3jam setengan ke 4 jam. So, she gives me ample time to pump. Tapi saya culas jugak kadang2, malas punya pasal. Contoh tak baik, jgn ikut ye..





Saya guna beg sejuk beku mcm gambar kat atas ni untuk transfer susu dari BM ke Tronoh. Dulu transfer dari BM ke KL pun guna beg ni jugak. dan kotak ais yg isi ikan kat pasar tu jugak. Sebab dulu transfer one off je. Bila dah habis pantang. Memandangkan this time around travel time cuma 2jam je, so boleh transfer dua kali. Cara yg saya gunakan ialah saya layerkan susu dan ais batu berselang seli dalam bag sejuk beku ni. lapisan atas sekali ialah ais. Alhamdulillah semua susu ni selamat di transfer tanpa sebarang pencairan.



Masa pantang ni jugak, saya dah purchase 20 botol untuk simpan EBM. sebagai tambahan kepada 35 botol yg telah sedia ada sejak zaman Ilyaas. Niat di hati nak purchase botol stylo mama sebab warna nya yg hot pink tu boleh naik kan semangat sy nak kumpul stok (kononnya la). tp lepas baca a good entry pasal review botol susu untuk simpan ebm dari blog mama Imans ni, terus tak jadi beli. Saya beli botol Little Caliph dari e-mumshop. Warna pink dan yellow. Comel. 
Selain botol, saya purchase juga plastic storage Autumnz kat sini. murah, 3 kotak rm30. 12oz plak tu. 

Our (suami dan saya) nearest aim utk seminggu dua ni ialah nak beli deep freezer. Berdasarkan pengalaman pertama dulu, kami tak sanggup hari2 nak makan luar sebab tak boleh nak simpan ayam ikan sosej nugget dalam freezer dek dipenuhi ebm. 
Lebih baik melabur sedikit untuk deep freezer,boleh guna lama walaupon nnt dah tak simpan ebm lagi. Plus nnt dah start solid saya akan buat frozen solid food utk Imani juga dan boleh simpan paste2 masakan untuk memudahkan tugas saya memasak. 
Sediakan duit ajela nak melabur beli deep freezer ni. Info pasal jenis2 deep freezer boleh baca kat blog CuteMum

Okay, close case untuk entry pertama my second breastfeeding journey. 

Welcome suka duka menyusukan anak.