Hari ni hari ke 38 berpantang. eh salah masa type entry hari 36 lagi, ni auto publish.
Means minggu depan saya dah habis pantang. Hooooyeeeaahhhh.. Tapi ada lagi yang kena berpantang sampai 100 hari. Duuuhhhhh...
Sabar la wahai diri, untuk kebaikan diri sendiri jugak kannn..
Well, my main aim dalam tempoh berpantang ni ialah untuk kumpul stock EBM (selain mula menulis untuk journal submission which is in progress). So entry ni bermakna bermula kisah penceritaan my second breastfeeding journey with my second child, Imani Hafiyya. Harap tak bosan la yg membacanya :P
First of all, saya nak bagitau tujuan and niat sy bukan nak menunjuk-nunjuk berapa banyak susu yg saya dapat kumpul dan juga bukan nak riak. Susu ni rezeki dari Allah untuk anak. Entry ni untuk naikkan semangat diri sendiri nak realisasikan penyusuan susu ibu selagi diberi keizinan Allah. Tak kisah la setakat 6 bulan ke, setahun ke, kalau dimurahkan rezeki sampai 2tahun. Wallahualam. yang penting usaha.
Untuk penyusuan kali, rasa lebih bersedia mental dan fizikal. Sebab dah ada pengalaman susah payah bersama Ilyaas dulu. Husband, parents and adik2 saya pun lebih relax and bersedia membantu saya kali ni.
No more sore nipple, latching problems etc. Ilyaas pon sgt memahami setiap kali sessi saya susukan Imani.
Stock susu untuk 3 minggu pertama. Dah selamat di bawa balik ke Tronoh rumahku syurgaku
Stock susu dari hari 21 hingga hari 36. Menunggu masa untuk dibawa balik ke Tronoh
Saya mula mengepam pada hari ke 2 selepas bersalin. Masa ni tujuan mengepam bukan nak buat stock. Sekadar nak stimulate pengeluaran kolustrum. This time around, kolustrum keluar sampai day 4-5. Sikit-sikit. Warna dari putih jernih kepada yellowish. Pada asalnya saya dah mula risau, kenapa susu biasa belum kunjung tiba lagi, walhal ikut pengalaman anak sulung dulu, day 2 dah mula rasa bengkak. Mungkin perbezaan jantina anak yg menyebabkan kes mcm ni terjadi.saya tak pasti. Saya mula buat stock pada hari ke 5 atau ke 6. Stok2 dalam pantang ni saya pump guna madela manual je. miss pisa kesayngan masih simpan. masuk uni nnt, start guna balik la miss pisa.
Imani start minum susu ebm pada hari ke 25. Alhamdulillah dia ok je. pastu stop jap. Nanti cuba lagi.
Masa mula mengepam untuk buat stock, dapat around 1-2 oz sahaja. Kemudian slowly baru meningkat ke sukatan yg lebih memuaskan. Walaupun susu kali ni tak semeriah time Ilyaas dulu, tp dpt juga kumpul stok. Rasa nya sebab demand kali ni lebih rendah berbanding yg pertama dulu. Anak perempuan, minumnya sedikit je, jarak masa lebih lama. Nasib baik Imani tak ada kuning, so saya tak la risau sgt bila dia kerap tidur, kurang minum dan jarak antara penyusuan agak lama, antara 3jam setengan ke 4 jam. So, she gives me ample time to pump. Tapi saya culas jugak kadang2, malas punya pasal. Contoh tak baik, jgn ikut ye..
Saya guna beg sejuk beku mcm gambar kat atas ni untuk transfer susu dari BM ke Tronoh. Dulu transfer dari BM ke KL pun guna beg ni jugak. dan kotak ais yg isi ikan kat pasar tu jugak. Sebab dulu transfer one off je. Bila dah habis pantang. Memandangkan this time around travel time cuma 2jam je, so boleh transfer dua kali. Cara yg saya gunakan ialah saya layerkan susu dan ais batu berselang seli dalam bag sejuk beku ni. lapisan atas sekali ialah ais. Alhamdulillah semua susu ni selamat di transfer tanpa sebarang pencairan.
Masa pantang ni jugak, saya dah purchase 20 botol untuk simpan EBM. sebagai tambahan kepada 35 botol yg telah sedia ada sejak zaman Ilyaas. Niat di hati nak purchase botol stylo mama sebab warna nya yg hot pink tu boleh naik kan semangat sy nak kumpul stok (kononnya la). tp lepas baca a good entry pasal review botol susu untuk simpan ebm dari blog mama Imans ni, terus tak jadi beli. Saya beli botol Little Caliph dari e-mumshop. Warna pink dan yellow. Comel.
Selain botol, saya purchase juga plastic storage Autumnz kat sini. murah, 3 kotak rm30. 12oz plak tu.
Our (suami dan saya) nearest aim utk seminggu dua ni ialah nak beli deep freezer. Berdasarkan pengalaman pertama dulu, kami tak sanggup hari2 nak makan luar sebab tak boleh nak simpan ayam ikan sosej nugget dalam freezer dek dipenuhi ebm.
Lebih baik melabur sedikit untuk deep freezer,boleh guna lama walaupon nnt dah tak simpan ebm lagi. Plus nnt dah start solid saya akan buat frozen solid food utk Imani juga dan boleh simpan paste2 masakan untuk memudahkan tugas saya memasak.
Sediakan duit ajela nak melabur beli deep freezer ni. Info pasal jenis2 deep freezer boleh baca kat blog CuteMum
Okay, close case untuk entry pertama my second breastfeeding journey.
Welcome suka duka menyusukan anak.
Selamat berbreastfeeding sis..alhmdulillah..marila sesama kita menempuhnya..amin..
ReplyDeleteAdoyai...susah nor nak komen blok ko ni athi oi....
ReplyDeleteAsik x tkeluar part komen...
My internet explorer yg weng kot....
Btw,ni guna tab..br leh komen..heeee...
Sonok weh tgk susu bnyk!...
I pun pam jgk ms pantang..tp x serajin u...heee
good luck athi.alhamdulillah,nmpk gayanya rezeki imani byk kn.selamat berjuang utk perjuangan yg ke2 x ni:D
ReplyDeletebotol kite same..! ngeeee :)
ReplyDelete