Thursday, February 28, 2013

Printed Surah Yassin untuk Majlis

Hari ni adalah tidak ada idea nak tulis apa. Tapi sebab xmalas, so nak tulis jugak. Lagipun kobar-kobar ni semangat nak update blog ni tiap2 hari. Dulik lah apa orang nak kata, I ada reason sendiri kenapa smngt kobar-kobar ni. Semangat ni adalah WAJIB seiring dengan semangat study. Kalau tak, nak suruh husband I berleter marah sebab rajin tulis belog, tp malas study (now bagi chance lagi sbb pantang tak abis lagi, hahahaha)

Nak citer pasal kedai2 yang ada jual printed surah yassin untuk majlis mcm tahlil, aqiqah, wedding, doa selamat etc. Hari ni dah genap 9 hari datuk kesayangan pulang ke Rahmatullah. Tok meninggal pukui 10pg, Rabu 20hb Februari 2013. Sampai skrg ni dok terbayang lagi muka tok and my last word to him sebelum meninggal dan sebelum tok dikapankan. Ok, tak mau sedih2 dah. 

So, sempena hari ke 40 tok meninggal nanti, kami nak buat majlis tahlil, panggil sedara mara semua. Jadi nak buat printed yassin sempena majlis tu. Jadi survey sana sini nak tengok yassin yg berkenan di hati. Tok sorang lagi (wife tok sutan), dah bagitau criteria2 surah yassin mcm mana yg dia berkenan. Kitaorg nak yg size A5, tulisan surah yassin tu besar2 sikit, takdela makcik2 yg mai nanti sakit mata nak membaca ayat2 yassin yg kecik2 sizenya. Hasil survey yang I selaku orang tak buat apa2 bila anak-anak tidur ialah seperti berikut...

btw, harap bermanfaat untuk yg tgh mencari kot2 nak print yassin , al-mathurat, surah2 amalan untuk majlis2 korang

1. DarulNuman.Com
Sumber: Website DarulNuman.com

Dari Website Tempahan Khas. Tak ada quotation harga etc kat website ni. So, kena email dorang untuk tanya. I e-mail tp amik masa 2-3 hari untuk direply. Makanya, I just call dorang guna nombor yang dah dipaparkan kat website tu. So, details untuk tempahan kat DarulNuman.com ni...
-size A5,kulit tebal jugak.
-Ada 8 pilihan warna untuk kulit depan (biru muda, royal blue, hitam, hijau gelap, kuning, cream, hijau muda, putih)
-Boleh print nama arwah di kulit hadapan. kalau majlis aqiqah or wedding, print nama baby or pengantin. 
- muka surat pertama dalam yassin ni boleh jugak untuk tulis nama ahli keluarga etc..
- Harga sekeping ialah RM5.
- Tiada servis penghantaran. So kena pi pick up di Jalan Masjid India. sebab company ni kat sana. 
- untuk urusan printing nama etc tu boleh berhubung melalui email ataupun lebih senang, pi kat kedai dia. 
- Personally I rasa hasil kerja dorang memuaskan.sbb dah tengok contoh surah yassin yg ditempah kat sini. cuma tak best sbb kat KL je la kan.and tak dak delivery pulak tu. 
-Sapa dok KL nak order kat dorang leh terus contact Puan Hajah Aida kat talian ni 03-26912645


2. Creatively Designed.Com


 Ni website dia. Klik k;ik klik
HQ dia kat Gombak. Ada servis delivery. Buku Yassin dia hanya satu size iaitu A6. So, tak tepati criteria yg kami nak. 
Tapi Yassin2 dia sgt comel serta cantik. Sngat banyak pilihan warna serta decorations.
Lebih sesuai untuk majlis kahwin, and aqiqah. 
Harga range dari RM1.50 (kulit depan hitam putih) atau RM2.50-RM3.00 (kulit depan bewarna)
Reply email sgt cepat. Thumbs up.servis depa bagus .
Oh ye, ada paper bag sekali untuk setiap surah yassin.

3. Penghulu Card

Sumber website Penghulu Card
Saya tak contact admin company ni. So, tak leh nak bg idea how's their servis etc.
tapi ni website dia.
Ada size A5 jugak, samada 96 pages or 48 pages.
Termasuk penghantaran.
Harga ada kat dalam link yg saya letak tu.

4. Warna Inspirasi
Sumber:Warna Inspirasi


Ni yassin A5 jugak. Warna beberapa jenis warna ada.
Dia display Putih. tulisan gold. Agak ekslusif la.
Saya tak contact admin dia jugak. So tak sure la mcm mana. Ni details yg ada kat website dia

Specifications:-

size :5 " x 7"
cover : white/ cream / gold/light pink/light purple (other colours-special order)
hot stamping : gold / silver/red/fuschia/pink/blue/turquoise
envelope : white / cream / gold/light pink/light purple
text : black & white
Paper : Simili 80g

5. Firma Kreatif Sdn Bhd

Yassin Velvet. Baldu you all.
Cun and sgt ekslusif. Harga satu RM5. Tapi size A6 jugak. So xmenepati ciri2 yg kitaorg nak.
Tp dia ada servis sekali dgn tasbih. ada box .
Rasa lebih comel buat doorfgift majlis kawin ni.

Sumber website Firma Kreatif


No comments:

Post a Comment

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...