From - http://jajahandoren.blogspot.com/2010/02/isteri-solehah-zikr-isteri-cerdik-yang.html
Isteri cerdik yang solehah,Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran,Di rumah dia isteri, dijalanan kawan,Diwaktu kita buntu dia penunjuk jalan.
Pandangan kita diperteguhkan,Menjadikan kita tetap pendirian,Ilmu yang diberi dapat disimpan,Kita lupa dia mengingatkan.
Nasihat kita dijadikan pakaian,Silap kita dia betulkan,Penghibur diwaktu kesunyian,Terasa damai bila bersamanya.
Dia umpama tongkat sibuta,Bila tiada satu kehilangan,Dia ibarat simpanan ilmu,Semoga kekal untuk diwariskan.
Terlalu besar pengertian isteri solehah. Tidak dapat diungkap dengan sebaris lagu atau sepotong ayat. Banyak yang perlu dikorbankan. Banyak yang perlu diikhlaskan. Sungguh besar tanggungjawab seorang isteri sehingga Allah s.w.t menjanjikan syurga untuknya.
Benar; ketika para kenalan menegaskan bahawa tugas isteri hanya untuk melayan suami, bukan untuk menjadi khadamnya. Tapi seperti yang pernah aku bahas dan bicarakan dihujung kopi yang masih bersisa; pokok pangkal kepada semua pengorbanan adalah ikhlas. Memasak untuk suami, menjaga makan, pakai, keperluannya adalah ibadah. Pagarlah hati dengan ikhlas, maka kepenatan pulang dari pejabat dan menguruskan urusan rumah tangga akan bertukar nikmat.
Aku kagum dengan kenalan yang tidak pernah meninggikan suara pada suami. Tidak pernah mengatakan tidak atas setiap permintaan suami. Tidak pernah merunggut atau bercerita mengenai kelemahan suami. Hanya yang baik-baik dan indah-indah saja diperdengarkan pada kami. Dia mengandung 4 bulan, dan mempunyai 2 orang anak yang berusia 2 tahun setengah dan setahun. Aku melihat dia mengangkat kepala suami yang sedang tidur tanpa bantal, untuk diletakkan di atas bantal. Kemudian dengan gagahnya dia mengangkat kipas untuk dipasang kerana bimbang kalau-kalau si suami itu akan tidur dalam keadaan kepanasan. Aku membisu kekaguman. Mencermin diri betapa kerdilnya diriku ini. Aku merasakan, aku telah cukup redha terhadap suamiku, ternyata redhaku tidak setanding redha dia.
Kisah benar, yang dicerita oleh mertuaku. Seorang isteri yang santapan hariannya pukulan dan makian. Menyara suami dan anak. Tetapi tidak ada sebarang keluh kesah yang keluar dari mulutnya. Seluruh warga kampung mengasihani takdir si isteri itu. Diakhir hayat suaminya, dia merawati si suami yang menghidapi penyakit kelamin. Dialah isteri dan jururawat. Sehingga si suami itu menghembuskan nafas yang terakhirnya dalam jagaan si isteri yang setia. Tidak beberapa lama kemudian, si isteri pergi menyusul suaminya. Wajahnya bersih kelihatan muda. Setelah dikebumikan, kuburnya bercahaya seperti ada lampu yang menyinari dari liang lahad layaknya. Sehingga pasukan polis terpaksa mengawal rapi perkuburan kerana bimbang kekurafatan berlaku. Setelah 3 hari baru cahaya dari kuburan itu hilang dan penduduk setempat terharu mengenangkan keredhaan si isteri ini. Moga-moga syurga balasannya, ameen.
Aku:Kemarin baru bertanya akan kepergian suamiku dengan nada-nada curiga. Semalam terlupa tidur untuk memeluknya dan memohon ampun. Pagi tadi lewat membancuh kopinya sehingga dia membancuh sendiri, dan bersikap.... ah! Biasalah tu sekali-sekala. Hari ini ku pohon ampun atas kelalaianku menjaga amanat seorang isteri yang terpikul dipundakku tatkala lafaz nikah itu di sahkan.
Suamiku, dikaulah syurgaku. Semoga aku tergolong dikalangan para isteri yang sentiasa menjaga maruah suaminya. Semoga aku tergolong dikalangan isteri-isteri yang sentiasa redha terhadap suaminya. Ameen.
No comments:
Post a Comment
Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...