Assalamualaikum semua,
Hari ni saya introduce kan Ilyaas pada bergedil. Home made bergedil, made with lots of love from his Umi...
Saya hidangkan bergedil ni dengan soto ayam with nasi impit. Ilyaas tak la excited sangat try makanan baru walaupun Umi dia excited gila. (Okay, saya mmg jenis semua benda pun suka excited, agaknya Ilyaas ni ikut ayah dia kot, heartless sikit dalam banyak perkara, hehehehe).
Saya nak share resepi macam mana nak buat bergedil ni ye ...actually ni bergedil sayur, so tak de bahan seperti daging/ayam digunakan. Kalau nak tambah minced chicken or minced meat pun okay jugak.
5-6 biji ubi kentang (boleh replace dengan ubi keledek juga)
1/2 batang carrot
2-3 sudu tepung jagung
2-3 sudu tepung gandum
7-8 kuntum bunga broccoli
Sedikit bawang besar (dicincang halus)
Minyak jagung untuk menggoreng
sebelum digoreng |
1. Rebus kentang dan carrot hingga lembut. Biarkan sejuk sekejap.
2. Lenyek kentang bersama carrot.
3. Rebus broccoli dan ambil florets sahaja dari broccoli.
4.Campurkan florets broccoli ke dalam lenyekkan kentang + carrot
5. Campurkan tepung jagung dan tepung gandum ke dalam campuran ubi + carrot + broccoli dan gaul
6. Bentukkan bergedil anda. Saya guna dua sudu and bentukkan bulat2 bujur.
Boleh juga bentukkan guna tangan, and tangan yang basah akan memudahkan kita untuk membentuk bergedil jadi bulat.
7. Panaskan minyak jagung dalam kuali and goreng hingga garing.
Tips menggoreng: Goreng sebelah hingga masak dahulu baru di kalih ke sebelah lagi satu, sebab bergedil masih lembik dan sukar di kalih kalau belum betul2 garing.
Bergedil with soto ayam junior |
Untuk membuat soto pulak, saya pakai nasi impit instant je. Senang.hehehe.
Kuah Soto, saya masak sama je macam masak sup ayam and tambah seleri, carrot serta baby corn sedikit. Isi ayam dari sup tu saya racik-racik kan sebelum dihidangkan pada anak teruna saya ni.
bila dah jadi mak2 ni, apa jua perkara yg pertama kali nak cuba kat anak, mesti excited terlebih kan....anak boleh meniarap pun kita excited..:)
ReplyDeletenice! nampak sedap sgt :D lagi 2-3 months boleh try masak for my baby pulak :D
ReplyDeletesedapnya!! nak try resepi u ni dear..thanks for sharing!!! =)
ReplyDeletethanks dear..yup, alhamdulillah setakat ini nampak memberangsangkan..stail tu mmg target utk orang yg pakai shawl..tunggu next batch la ek..ada something yg lagi eksklusif! =)
ReplyDelete