Friday, January 27, 2012

CNY holiday in Ganu



Entry ni supposedly dah publish 2-3 hari lepas, tp disebabkan kesuntukan masa nak menaip dengan tenang (alasan) terpaksa di post-poned ke malam jumaat nan indah ni. Dah menjadi kebiasaan kami, bila cuti CNY, kami akan balik ke Terengganu, kampung sebelah my husband. Sebabnya, kalau balik Penang, confirm jem gila3x kat plus highway. Lagipun, semua adik-beradik sebelah husband akan berkumpul kat ganu time CNY ni. 
So, aktiviti2 menarik yang terjadi sepanjang percutian CNY kami di Ganu are as below :- 

1) Bercanda di Pantai Batu Buruk
Ilyaas muka tertekan sebab dia takut pasit. Penat je umi bg pakai seluar mandi nak suruh dia bergelumang dgn pasir.
Sekali letak atas pasir, nangis meraung tak ingat donia dah...padahal umi pon org penang, main pasir gak okay...
main-main pasir...

Ilyaas and Tok Dad. Teruja tengok layang-layang 


View kat pantai batu buruk. Memang tempat family lepak2 and muda mudi dating.hahaha

Family Halaman Dhuha (minus mak, kak jah, kak dilah, abg hafiz, hakim)



2) BBQ kambing, ayam, sotong dan ikan segar dari ladang eh salah dari laut tganu

Kambing baru sembelih nak kena marinate

Tok Dad tengah marinate paha kambing



Pembakar tegar,suami saya =)

Husband and biras in action. tu paha kambing yg berzaman nak masak

3) Naik Van KT Skill (hak milik kekal Tok Dad)


Aktiviti wajib ni kalau balik Ganu, naik van beramai-ramai. Muat 15 orang, haha, gi bandar pusing kampung semua naik van ni.
Ni antara gambar Ilyaas bermesra dgn Nenek...kalau tak, pantang nenek nak pegang Ilyaas merauang.ntah apa2 la anak kesayangan saya ni...takut dgn orang..Ni masa kat pantai gi beli ikan nak buat BBQ


4) Main Badminton (tapi kali ni tak jadi) =(

5) Layan Budak kecik comel ni main


My happy son wearing Thomas & Friend pyjamas. sgt suka pyjamas ni.comel . 

Dinner time. Makan kat luar rumah, sambil tengok ayah and pakcik2 bakar BBQ

6) Sessi Bye-bye (sobs sobs sobs)

Akhir sekali, bila dah nak habis cuti, kena la balik kl. Kena la bye-bye semua orang. sedih sobs sobs.. tak sure bila lagi nak balik ganu ni...macam2 nak kena settlekan 2-3 bulan ni..

Sessi bye-bye..
2 cucu paling bekkeng dalam keluarga halaman dhuha. Kak Rayhana dan Ilyaas.

Published with Blogger-droid v2.0.2

3 comments:

  1. bekkeng tu xyah double k rasanya..heh3x...:)

    ReplyDelete
  2. Best klu dpt kawen org ganu or kelantan..jt sana tmpt2 dia menarik..

    ReplyDelete
  3. ktne ganu tu..sy pon kg ganu..;)
    .
    dh lama xg pntai..winduu..

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...