As'kum semua;-)
Sapa suka tengok rancangan jalan2 cari makan? saya suka.especially episod awal yang dikendalikan oleh tengku maria tengku sabri...Memang mengliurkan habis lah.
Sekarang ni Que aka Qushairi plak yg jd pengacara tapi still best.Few months back pernah tengok Que makan bawal power goreng dekat salah sebuah warung. Tapi tak ingat location warung tu kat mana.. Masa tengok tu, ada Shila Amzah sekali join dia makan.. Meleleh air liur saya tengok sebab bawal ni dihidangkan dgn ulam ulaman yang menjadi kegemaran beta...
Nak dijadikan kisahnya lah, dan rezeki la jugak.Tadi lepas hantar my father in law kat airport subang, my husband ajak pegi makan kat damansara uptown. Seumur hidup mmg tak pernah gi situ walaupun dulu study kat KDU College setahun. (tapi saya budak baik, tak keluar malam time tu, duduk kat hostel diam2 baca buku or gossip dgn housemate je, padahal uptown tu sekangkang kera je dari KDU)..So, bila husband ajak mmg berbunga-bunga la jugak sbb excited nak gi try makan kat tempat baru. Dalam kepala otak ingt macam uptown danau kota yang ada jual baju bajan cetak rompak sekalian. Rupanya lain lah..This is more to food court yang ada pelbagai jenis makanan..
Bila sampai, kitaorg survey2 kedai mana yang berkenan, sekali ternampak la signboard "BAWAL POWER"....terus otak teringat muka Que makan bawal goreng lazat. Terus aim nak makan yang tu jugak..Jadi inilah santapan sy pada malam ini....
Ikan Bawal Goreng + Nasi Putih panas2 + Kuah Kari Penang + Sambal Belacan Berapi + Ulaman + Acar Bawang (TERBAIK DARI LADANG , eh salah dari laut) |
Ni la rupa paras kedai BAWAL POWER kat uptown damansara ni |
Selain ikan bawal, warung ni ada jugak sediakan ikan keli goreng dan beberapa jenis ikan lain jugak.tp tak ingat sebab dah nekad nak makan bawal goreng je so tak pandang dah ikan lain. Heheheh..
Kat uptown damansara ni ada banyak lagi warung2 yang jual pelbagai jenis makanan dari western, malay, chinese, thai and banyak lagi lah...
Suasana tempat makan di uptown damansara |
Tempat parking jugak sgt banyak dan menyenangkan pengunjung. Kalau parking berbumbung and ada security, charge cuma RM1 per first 3 hours. kalau xnak bayar, parking je la kat tepi2 jalan, tp chances nak dapat parking sgt rendah la sebab banyak kereta park kat tepi2 jalan.
Okayla, dah ngantuk sebab kenyang sgt dinner bawal sedap tadi.. Jadi, if any of u mengidam nak makan ikan bawal goreng yang lazat, sila lah gerakkan diri anda ke BAWAL POWER Uptown Damansara...Sekian...Selamat Malam semua =)
Published with Blogger-droid v2.0.2
akak pun dah bnyk kali mkn sini. 1st time tu tahu gara tgk jjcm tu la...bawal power ni owner dia bob KU2 tu kalau x silap akak. pernah mgak 1-2 kali akak pergi tu, bob tu ada..
ReplyDeletenakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
ReplyDeletedulu g sini zaman rosak akhlak kewkew.